Monday, November 17, 2008

Neraca langit atau neraca bumi?

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan jugak saya mencuri sedikit masa untuk menyiapkan entry ini.Dah lama tertunggak entry ni untuk diposkan. Musim-musim exam nih, asyik berkejar-kejaran mencari masa untuk mengkhatamkan buku-buku, nak tulis entry, makan dan sebgainya...sekarang waktu siang agak panjang dan waktu malam sangat pendek. So, I still need some time to adjust my self and to adapt with the changes..pening jugak..Siang tadi, saya menghabiskan masa di library. Bukan apa, banyak sangat ujian kalau di bilik i.e: internet, mknn dan sebagainya.Tak study jadinya..Setelah hampir waktu untuk solat asar, saya pun menuju ke musolla. Setelah sampai ke sana, tak berapa lama kemudian, ada seorang brother ni mengumandangkan azan. Syahdu je mendengarnya. Iye la kalau dah nak hampir 10 bulan asyik dengar azan dari laptop je..Time ni jugaklah teringat azan kat Malaysia..And I really miss my hometown..

Kembali kepada tajuk entry ini. Neraca langit atau neraca bumi? Perkataan neraca langit dan neraca bumi ini saya menjumpai penggunaanya dalam tafsir fi zilal karangan Syed Qutub. Minggu lepas, saya diberi mandat untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai surah 'Abasa. Daripada surah inilah perkataan neraca langit dan neraca bumi itu terlekat dalam hati saya. Saya akan menyentuh bahagian pertama surah ini dari ayat 1-16. Kita mulakan dengan tafsiran surah ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"(1)Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. (2)kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah bin Ummi Makhtum). (3)Dan tahukan engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa). (4) atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?. (5)Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy). (6)maka engkau (Muhammad) memberi perhatian kepadanya, (7) padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman). (8) Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). (9) sedang dia takut kepada Allah. (10) engkau (Muhammad) malah mengabaikannya. (11) Sekali-kali jangan (begitu)!Sungguh, (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan. (12) maka barangsiapa mengkehendaki, tentulah dia akan memperhatikannya. (13) di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (disisi Allah). (14) yang ditinggikan (dan) disucikan. (15) di tangan para utusan( malaikat) .(16) yang mulia lagi berbakti."

Bahagian pertama surah ini memperkatakan salah satu peristiwa yang berlaku dalam sirah Rasulullah SAW, iaitu ketika beliau sibuk melayani rombongan pembesar-pembesar Quraisy untuk menyeru mereka kepada agama Islam. (Dengan Islamnya pembesar-pembesar Quraisy ini akan memudahkan penyebaran Islam di Mekah keran mereka terdiri daripada golongan yang berpengaruh dan kuat menentang Islam). Tiba-tiba Rasulullah ditemui oleh seorang buta yang miskin. "Wahai Rasulullah, Bacalah kepadaku dan ajarkanku apa yang telah diajarkan Allah kepada anda". Ia tidak mengetahui Rasulullah sedang duduk melayani rombongan itu. Ia terus meminta Rasulullah SAW mengajarnya apa yang disampaikan Allah kepada baginda. Ini membuat Rasulullah tidak senang dan memasamkan mukanya dan tidak melayaninya, lalu turun surah ini daripada Allah SWT untuk menegur Rasulullah.

Ayat 3 dan 4 itu, telah dihuraikan oleh Syed Qutub bahawa si lelaki buta itu barangkali telah dicampakkan hidayah oleh Allah untuk menuntut ilmu agama Islam yang akan membersihkan hatinya dan mencari pengajaran untuk dirinya.

Ayat 5 hingga 10 pula, menyatakan kehairanan kerana orang yang berdikari (dimaksudkan dengan orang yang merasakan tidak perlu kepada Islam) telah Rasulullah memberikan layanan baik dan bersusah payah supaya mereka mendapat hidayah-(perlu diingatkan di sini bahawa Rasulullah berbuat demikian bukanlah untuk tujuan lain tetapi untuk agama Islam itu juga). Dan diberitahu bahawa tidak menjadi mudharat apa-apa kepada Rasulullah jika pembesar-pembesar Quraisy itu masih bergelimang dalam dosa. Allah lebih mengutamakan orang mukmin yang ingin mencari pengajaran berbanding orang-orang kafir itu.

Berdasarkan surah ini, membuktikan Allah lebih memandang mulia seseorang itu berdasarkan ketakwaannya. Sesiapa yang berkehendakkan agamaNya, itulah yang lebih dipandangnya berbanding sesiapa yang langsung tidak mahukan agamaNya. Semua nilai-nilai dunia tidak mempunyai erti dan maknanya. Inilah neraca langit. Dalam surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman : "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa". Ini lah hakikat agung yang diturunkan kepada manusia dan juga menunjukkan bimbingan Allah kepada Rasulullah SAW.

Selepas turunkan surah ini, Rasulullah SAW terus menyebarkan surah ini agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Lihatlah betapa mulianya akhlak yang ditunjukkan baginda..

Apa pula neraca bumi? Bagi saya neraca bumi itu ialah apabila kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan manusia. Contohnya: pangkat,kekayaan dan sebagainya. Tapi itu semua tidak dikira pun di depan Allah..Manakan sama neraca langit dan neraca bumi....

rujukan: Tafsir fi Zilalil Quran (Di bawah naungan Quran) oleh Syed Qutub
boleh didownload di bahantarbiyah.info

p/s: saya hanya seorang hambaNya yang cuba untuk memahami agama ini dengan lebih mendalam.Masih lagi dalam proses pembelajaran..So kalau ada salah silap, mohon tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja.=)

pos ni mcm perlu diperlengkapkan lagi..tapi skrg dah ngantuk..nnti sy smbung lagi..=)

Wallahualam..

Friday, November 14, 2008

Knowledge is the light



shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as la yu`ta al-`as
fal ilman nur

shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as la yu`ta al-`as
fal ilman nur

The great Imam ash-Shafi',
he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, 'abandon rebellion,
for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
The light of Allah
knowledge is light

shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as
al ilman nur
The light of Allah
knowledge is light



Telah dinukilkan di dalam sebuah syair Imam Asy Syafi'i Rahimahullah;

"Aku mengadu kepada Waqi' akan betapa buruknya hafalanku, maka beliau menyuruhku untuk meninggalkan maksiat. Dan beliau jua mengatakan kepadaku bahawa Ilmu itu adalah nur, dan nur Allah dan tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat"

p/s: renung-renungkan...

Wallahualam...

Thursday, November 13, 2008

One man’s journey to Islam (Idris Tawfiq)



Assalamualaikum wbt..I was really touched with this man's story of how he converted to Islam..Reading his story makes me realizes that Islam is a very beautiful religion where it is the only way to find peace in our heart. I am very grateful to be a muslim and I bet so do you. Thanks to Allah SWT for giving me the tawfiq and hidayah to understand Islam better when I am in Australia..I hope I will die with Islam full-filled in my heart.Amin =)..Let me share with you his story...


"Strongest among men in enmity to the Believers wilt thou find the Jews and Pagans; and nearest among them in love to the Believers wilt thou find those who say “We are Christians”: because amongst these are men devoted to learning (priests), and men who have renounced the world (monks), and they are not arrogant. And then they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth. They pray: ‘Our Lord! We believe, write us down among the witnesses.’ (Surat Al-Maida 82-83)”

This was what happened to the former British Catholic Priest Idris Tawfiq on reciting the holy book, Al Qur’an, to his students at a school in the UK. And this was one of the important steps in his journey of conversion to Islam. During a recent lecture he gave at the British Council in Cairo, Tawfiq made clear that he has no regrets about his past and his five years at the Vatican.

I enjoyed being a priest and helping people for some years. However, deep inside, I was not happy and I felt that something was not right. Fortunately, and it is God’s will, some events and coincidences in my life led me to Islam,” he told a packed hall at the British Council.

An important event for Tawfiq was his decision to quit his work at the Vatican, a step followed by making a trip to Egypt. “I used to think of Egypt as a country of pyramids, camels, sand and palm trees. I actually took a charter flight to Hurghada. Shocked to find it similar to some European beaches, I took the first bus to Cairo where I spent the most wonderful week.”

"This was my first introduction to Muslims and Islam. I noticed how Egyptians are such gentle, sweet people, but also very strong."

“Like all Britons, my knowledge about Muslims up to that time didn’t exceed what I heard from the TV about suicide bombers and fighters, which gave the impression that Islam is a religion of troubles.

“However, in Cairo I discovered how beautiful this religion is. Very simple people selling goods on the street would abandon their trade and direct their face to Allah and pray the moment they heard the call to prayer from the mosque. They have a strong faith in the presence and will of Allah.” he said.

“On my return I resumed my old job of teaching religion. The only compulsory subject in British education is Religious Studies. I was teaching about Christianity, Islam, Judaism, Buddhism and others. So everyday I had to read about these religions to be able to teach my lessons to the students, many of whom were Arab Muslim refugees.

“In other words, teaching about Islam taught me many things. Unlike many troublesome teenagers, these students set a good example of what a Muslim could be. They were polite and kind. A friendship developed between us and they asked if they could use my classroom for prayers during the fasting month of Ramadan.

“I got accustomed to sitting at the back, watching them praying for a month. I sought to encourage them by fasting during Ramadan with them, even though I wasn’t yet a Muslim.

“Once, while reciting a translation of the holy Qur’an in class I reached the verse: ‘And when they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth.’

“To my surprise, I felt tears welling up in my eyes and I tried hard to hide it from the students.”

A turning point in his life, however, came in the aftermath of the terrorist attacks in the US on September 11, 2001. “The following day, I was taking the underground and noticed how terrified the people were. I was also afraid of the repetition of such acts in Britain.

“At the time, the Western people started fearing this religion they blamed for terrorism. However, my previous experience with Muslims took me to a different direction. I started wondering ‘Why Islam? Why do we blame Islam as a religion for the action of terrorists who happened to be Muslims, when no one accused Christianity of terrorism when some Christians have acted the same way?

“One day I headed to the biggest Mosque in London, to hear more about this religion. Getting into London Central Mosque, there was Yusuf Islam, the former pop singer, sitting in a circle talking to some people about Islam. After a while, I found myself asking him ‘What do you actually do to become a Muslim?’

“He answered that a Muslim should believe in one God, pray five times a day and fast during Ramadan. I interrupted him saying that I believed all this and had even fasted during Ramadan. So he asked, ‘What are you waiting for? What is holding you back?’ I said, ‘No, I don’t intend to convert.’

“At that moment the call to prayer was made and everyone got ready and stood in lines to pray. I sat at the back, and I cried and cried. Then I said to myself, ‘Who am I trying to fool?’

“After they ended their prayers, I headed to Yusuf Islam, asking him to teach me the words by which I announce my conversion. After explaining its meanings to me in English, I recited after him in Arabic that there is no God but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah,” recounted Tawfiq, holding back his tears.

Thus his life has taken a different course. Living in Egypt, Tawfiq wrote a book about the tenets of Islam. Explaining why he penned his book Gardens of Delight: a simple introduction to Islam, Tawfiq noted that everyone is saying that Islam is not a religion of terrorism and isn’t a religion of hatred, but no-one tries to explain what it is.

“I decided to write this book to give non-Muslims an idea about the basic principles of Islam. I tried to tell people how beautiful Islam is and that Islam has the most extraordinary treasures, the most important being Muslims’ love for each other. The Prophet says ‘even a smile to your brother is a charity.’

The end.

written by Manal Abdul Aziz

Wallahualam...

Tuesday, November 11, 2008

Bila hati kecil ku berbicara

Assalamualaikum wbt... Bila dahi mencecah ke sejadah....terasa begitu dekat denganNya...Damai juga datang mengetuk pintu hati....terasa betapa kerdilnya diri ini....Di hadapan Sang Pencipta Agung...Hati kecilku berbicara pada hari ini....Sudah lama tidak kudengari bisikan itu...Bisikan yang membuatkan aku tertanya..Di mana silapnya?...Hati ini memerhatikan kerenah manusia...Dari yang mengenal Tuhannya kepada yang tidak kenal akan TuhanNya...Dari yang tahu akan Tuhannya kepada yang berpura-pura tidak tahu...Di mana puncanya?..Hati seakan mahu menjerit..wahai muslimah sekalian, jagalah peribadi mu..jagalah dirimu..jagalah tingkah laku mu...Ingat akan perintahNya..Ikuti perintahNya..Barangkali kerana diri masih muda lalu mahu berseronok-seronok dahulu..Ingatkah kalian, kematian itu datang menyapa tanpa mengira umurnya...Saat itu telah terlambat bagi kita untuk baru tunduk kepadaNya...Hati ini tahu yang kalian tahu itu semua...Hati ini yang lemah imannya, tidak mampu menegur kalian...Cuma secebis luahan rasa yang mampu hati ini coretkan...Hati ini juga tidak sempurna...Masih bertatih mencari yang Maha Sempurna...Cuma hati ini tidak tegar melihat kalian begitu...kerana apa??kerana hati ini sayang pada kalian..sangat menyayangi kalian..





Wallahualam...

Saturday, November 8, 2008

As-solah

Assalamualaikum wbt..

Lega rasanya dah habiskan semua esaimen untuk sem ni..tepat jam 12 mlm smlm saya dah hantar esaimen terakhir untuk sem 2 2008....alhamdulillah...

Rasanya untuk entri kali ni, saya nak menyentuh mengenai perihal solat...

Korang baca dulu hadis ni:

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa bersolat tepat pada waktunya dgn melengkapkan wudhuknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: ”Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku.”Tetapi barangsiapa yang bersolat tidak di dalam waktunya yang ditentukan dan tidak melengkapkan wudhuknya serta tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu akan naik ke atas dalam keadaan hitam legam sambil berkata: ”Semoga Allah menyia-yiakan dirimu sebagaimana engkau menyia-yiakan aku”. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki Allah, ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul kepada muka pelakunya”

(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)


Nauzubillah...Janganlah solat kita jadi seperti yang tertulis pada bahagian kedua hadis itu..Tidak diterima, hitam legam dan di lemparkan pada kita kembali..dan apa yang kita boleh dapat dari hadis di atas? Hadis ni mengingatkan kita bahawa janganlah main-main time solat..Time solat tu kan waktu untuk kita menghadap Allah..Bukan ke sia-sia bila kita solat, tapi tak dapat apa-apa..pahala pun tak dapat...redha Allah pun tak dapat..walaupun susah untuk mencapai tahap kekusyukkan seperti solat para nabi,para sahabat serta alim ulama yang lain, kita cubalah berusaha untuk khusyuk dlm solat kita..kalau rasa macam terlari sket ingatan tu, kembali kan ia..dan seelok-eloknya, kita fahami makna bacaan solat tu barulah senang nak khusyuk..


Kadang-kadang ramai orang tdk menyedari yang solat ni merupakan penghubung antara Allah dan hambanya..Seakan-akan kita berinteraksi dengan Allah..Dalam entri saya yang lepas-lepas, ada saya kupaskan sedikit mengenai interaksi Allah ngan manusia dalm solat iaitu ketika membaca surah Al-Fatihah..Suka untuk saya bertanya:

Kenapa kamu solat?

"mak suruh..."

"dah dari kecik kene solat, pastu bila tak solat rasa lain plak"

"sebab nanti kawan-kawan tahu kita tak solat"

"isi masa lapang"-(emm..yg ni tk sure sgt)


Sahabat sekalian, solat itu tiang agama dan kalau tiada tiang itu, bagaimana mahu tegak agamanya?Mungkin hanya dengan sedikit angin taufan, sudah runtuh agamanya itu..Lebih dasyat lagi jika hanya runtuh dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...Cuba fikirkan..rasanya kalian mengerti apa yang cuba saya sampaikan di sini...=)


Solat itu juga mencegah kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar..Ini bukan hanya sekadar kata-kata saya tetapi ini adalah kalam Allah..Cuba kita muhasabah diri sendiri..Kalau ada melakukan sesuatu maksiat, refleks balik ngan solat kita..Adakah solat kita itu elok atau tidak..Saya memang sangat berpegang dengan prinsip ini..Jika saya ada melakukan kesilapan atau suatu dosa, maka solat saya ada yang tak kena..Bila solat dijaga, hati jadi tunduk pada Dia..dan jika hati sudah lembut dan lunak, tentulah tidak akan sanggup kita melakukan sesuatu dosa atau maksiat..dan dari solat itu juga akan terbit segala amal-amal baik yang lain..


Jagalah solat kita, jadikan ia sebagai satu mutiara yang berharga..dan bersegeralah dalam menunaikan solat..


Oleh itu, saya ingin menyeru kwn-kwn sekalian, muslimin muslimat dan mukminin mukminat termasuk diri saya sendiri supaya menjaga solat kita dan bersegera dalam bersolat..Jangan kita bertangguh lagi...Tinggalkan dulu kerja-kerja dunia tu sekejap...Solat pun takla ambil mase smpai setengah jam kn....Kalau Allah bleh ada masa dengan kita, takkan kita hambaNya ini tak ada masa untuk khaliq kita...

p/s:

"If solah is offered with sincere heart and proper devotion, it has the power to clean the heart and change one's life by building an inner sense of peace, certainty and discipline in the individual"


Wallahualam..


Saturday, November 1, 2008

=) Mujahadah =)

Assalamualaikum wbt...

Bangun fariena!! jangan tido lagi..banyak artikel nak kene baca nih..This is my last assignment for this sem..mujahadah sket.. :)
Satu ubat yang saya rasa memang mujarab untuk hilangkan mengantuk adalah dengan singgah kat blog-blog orang..Dah jadi habit dah sekarang..Dalam duk melompat dari satu blog ke satu blog yang lain, saya jumpa satu petikan ayat yang membuatkan saya membacanya berulang-ulang kali..Sangat best ayat dia..Meh nak share..

"Yang dilihat dan diukur-Nya bukan sejauh mana usahamu, tapi yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu... pergantunganmu pada-Nya...
Tapi tak bermakna tidak perlu berusaha... USAHAlah semampumu, tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan... tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya... Itulah penentu KEJAYAANmu..."

So, what do you think?? I think its true.. indeed very true..Credit to Jie..(amek dari blog dia nih.. =) )..Ok nak sambung baca lagi.. =)

Wallahualam...

Tuesday, October 28, 2008

Mau hati..

Assalamualaikum wbt..

Hati ingin:

1) berlabuh ke pantai pada malam hari..

2) sambil merenung langit dan melihat bintang-bintang..

3) merasai bayu pantai, damai yang menampar-nampar diri..

4) Melafazkan mathurat bersama-sama hati-hati yang terpaut padaNya, diselang-seli dengan deruan ombak..Mungkin turut sama mengalunkan zikir itu..


- hati yang teringin =) -

Wallahualam..

Saturday, October 25, 2008

Refleksi diri 2

Assalamualaikum wbt...

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan"(As-Shaff:2-3)

Tiba-tiba berat je perasaan ni..Rasa diri macam sangat hipokrit..Bercakap depan orang bukan main lagi, dalam blog pun tulis benda yang insyaAllah bermanfaat..Tapi diri sendiri sangat kontra dengan apa yang dicakapkan dan ditulis..Lemah betul diri sendiri..Mudah sangat lalai..Betulla cakap orang yang apabila sesuatu yang keluar dari mulut kita tu, kitalah dulu yang akan diuji dengannya..Ada satu perkara yang saya dah lakukan dan rasa sangat malu sebab macam mencemarkan peribadi seorang muslimah. Malu kat sape? kat manusia..Tiba-tiba hati cakap: ooo.. malu kat manusia..Tu kat Allah tak malu ke?Patutnya before buat tu ingat Allah...adeh..dah terkena..

Sebenarnya kan, bila malu dalam diri dah takde, macam-macam manusia ni akan buat. Ye lah dah tkde rase pape dah dalam diri tu..Kat baju saya ada tertulis shyness is a part of faith..Menarik quotation tu..iyalah kalau dah Nabi yang sebut tentulah menarik kan..dan sangat mendalam la ayat tu..malu kat manusia dan paling penting malu kat Allah..So, bila malu kat Allah dah jadi nombor satu, takkan kita akan buat perkara yang Dia larang kan..ni pesanan terutamanya untuk diri sendiri..tanamkan sifat malu tu dalam diri..tapi biarlah malu yang bertempat..dan paling penting malu untuk buat maksiat...Terutamanya muslimah..Jaga tingkah laku, jaga diri sendiri..

Ada satu hari tu, terfikir ke munafik dah aku ni....pastu istighfar balik..nauzubillah..jauhnya melalut...Tapi takut jugak kalau tergolong dalam golongan munafik..Kalau Umar Al-Khattab pun sangat takut sampai berkali-kali beliau bertanya pada seorang sahabat(dah lupa nama sahabat ni..tapi Rasulullah mempercayai beliau dan hanya beliau yang tau senarai nama orang-orang munafik di zaman baginda).. Umar bertanya kepada sahabat tersebut, siapakah nama-nama orang yang munafik itu..Tapi sahabat itu tidak memberitahu Umar. Dan banyak kali jugaklah Umar tanya..Selepas agak lama bertanya, mungkin Umar give up kot..Pastu Umar pun tanya kalau camtu just bagitau aku ni termasuk ke tak dalam senarai nama tu..Comel kan Umar..Tapi kalau Umar yang tersenarai sebagai salah seorang dari 10 orang yang dijanjikan syurga itu pun takut dirinya tergolong dalam golongan munafik, inikan pula kita..Nauzubillah...

InsyaAllah kita sama-sama perbaiki diri..Saya pun insan yang lemah yang sering buat silap..Tapi jangan tengok orang yang memberi nasihat,, cuma ambil nasihat yang diberikan..Kita masing-masing ada akal dan boleh fikir mana yang baik dan buruk..Nasib baik terjumpa ayat yang dibawah ini dan tenang sikit hati rasanya..Tapi ini bukanlah bermakna kita boleh la buat dosa sebab manusia memang tak lari dari buat silap..Tu konsep yang salah ye...

"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas(dari kesalahan),kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan,kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang"(Yusuf:53)

"Ya Tuhanku, ampuni aku kalau ada perkara yang aku lakukan mendatangkan kemurkaanMu..Sesungguhnya aku hanya insan biasa..Berikan aku peluang untuk memperbaiki diri ini dan menjadi hambaMu yang lebih baik dari sebelumnya..amin"

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahn-kesalahannya)" -(Al-A'raf:201)

Wallahualam...

Monday, October 20, 2008

What a day..

Assalamualaikum wbt..

what happened today? today, there were lots of things that I faced. As usual, went to lectures, learning support class and also meeting with the coordinator for my cohort. What differs were two times I was asked with the questions about the religion..and guess what..I didnt give the best answer that I supposed to give and why was that??

First: I was not that spontaneous people in answering questions..I need time to think first before I answered..

Second: My English proficiency is NOT GOOD..Im so angry and depressed and sad with myself..(haha..its my own fault)

Two questions were asked today in different places..First question..I am so surprised to see all of you can be together, chit chatting and you guys seem so close..you know, even among the nonmuslims and also among the muslims where some wear hijab and some are not..How can you be like that?? (ok..this is the question given to us in the learning support class)

Second question: Why do you say that you know your religion better when you are here(Sydney)-asked by my coordinator..

the way and what I have answered are just one part from what I want to say..isk2..Sorry God for not being able to convey the messages perfectly..

moral of the story: improve your English la girl and dont forget to think faster next time...

mode for today: frustrated with myself, sad and yang sewaktu dengannya...

Wallahualam...


Sunday, October 19, 2008

Refleksi diri

Assalamualaikum wbt..

Meriah open house hari ni..start dari malam semalam dah preparekan makanan..Mana yang bley dimasak dulu, saya usahakan bersama kawan-kawan..Kemudian, pagi ni, sambung lagi masak sikit lagi..Seronok..InsyaAllah makin bertambah erat ukhuwah kami..Open house start dari pukul 2 sampai pukul 5..Tapi dalam maghrib jugakla siap semua kemas..Tapi not 100 percent la..Tuan rumah yang paling penat..Saya hanya salah sorang ahli yang ade share dalam open house ni..Seronok sangat bila orang ramai datang..Kemudian makan-makan, borak-borak, ambil gamba dan sebagainya..Lepas tu, balik bilik sendiri..Seronok pun hilang..Habis di situ je keseronokkan tu..Saya terfikir..seronok di dunia ni hanya sekejap je..Abeh open house, hilanglah perasaan seronok tu..Tapi kalau seronok di akhirat mesti berpanjangan kan??..Walaupun letih dan penat dirasai dahulu, tapi tentulah berbaloi untuk keseronokan yang berkekalan..Tapi saya tidaklah terus menolak keseronokan dunia..nanti kata ekstrim pulak..cuma berpada-pada lah..Nak berseronok boleh, tapi biar kene caranya..mengikut acuan Islam..Hmm..ini sebagai peringatan untuk diri sendiri..Things for me to ponder...:)

"Ya Allah, letakkan dunia itu di tanganku bukan di hatiku..amin"



Wallahualam...