Monday, October 24, 2011

Sedikit kecewa yang bertandang

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah perhimpunan sejuta ummat iaitu HIMPUN telah selamat dan berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas. Walaupun jasad saya tiada di situ, tapi hati tetap bersama mereka yang berhimpun untuk mempertahankan aqidah ummat Islam..


Pelbagai feedback yang saya baca daripada pelbagai pihak mengenai HIMPUN ini. Ada yang negatif dan ada yang positif. Kalau yang positif itu alhamdulillah. Namun, ada individu-individu yang terus-terusan mengutuk usaha NGO-NGO Islam yang mahu berganding bahu membuka mata rakyat Malaysia bahawa kami "ummat Islam" masih ada dan jangan perlekehkan agama kami. Kenapa harus begitu? Jika kamu tidak suka dan tidak mahu ikut serta, tak apa. Ini bukan satu paksaan. Ini adalah usaha pihak-pihak yang memilih untuk mempertahankan agama melalui perhimpunan sebegini.


Saya memang memihak kepada HIMPUN kerana saya sebahagian daripada mereka. Saya ditarbiyah dalam jemaah yang menjadi salah satu tulang belakang kepada HIMPUN iaitu ISMA.


Kita ada cara kita masing-masing untuk menaikkan Islam. Ini cara kami dan mungkin kamu ada cara kamu tersendiri. Tapi pada hakikatnya matlamat kita sama hanyalah untuk menaikkan addin kita ini kembali. Saya begitu sedih bila ada individu-individu yang menghina perjuangan yang dibawa oleh ISMA. Mengata itu dan ini..Saya tidak katakan jemaah yang saya pilih ini memang perfect. Mesti ada juga cacat cela di mana-mana tapi akan cuba diperbaiki.


Sepanjang berada dalam jemaah ini, langsung tidak pernah saya mendengar sebarang kutukan daripada pihak atasan terhadap pihak lain. Kami hanya ditekankan bahawa setiap orang ada cara yang berbeza untuk bekerja. Jadi berlapang dadalah kamu. Jika ada yang setuju, ikut tapi kalau tidak, diamkan sahaja.


Jadi bagi saya, kami dengan cara kami dan kamu dengan cara kamu. Mana-mana sahaja cara yang diusahakan untuk menaikkan kembali islam ini, kami terima dengan hati terbuka.

Semoga kita bertemu di satu titik yang sama di akhirnya iaitu setelah Islam kembali menakluki dunia ini.




Wallahualam..

Friday, October 7, 2011

Quartet brings me alive

Assalamualaikum.just want to share beautiful words of wisdom..

"She was a flower from the heaven, who came and went but whose scent shall forever remain in my mind"-Saidina Ali..

Kata-kata indah untuk sang isteri..

p/s:tertarik kata-kata ini setelah membaca novel quartet...

wassalam

Friday, September 9, 2011

Friday, September 2, 2011

Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt..

Eid Mubarak to everyone...

Nothing much to say...Till then..

p/s: I really miss this blog..

Thursday, July 21, 2011

update

Assalamualaikum wbt..lama sungguh tidak bertandang ke blog ini. Lama juga tidak menulis dan yang seangkatan dengannya. Bukan apa tapi kesibukkan sehari-hari yang menghambat diri dari berkongsi cerita.

Apa khabar sekarang? Ramadhan semakin menjelma dan tidak sabar rasanya untuk menemuinya. Ingin sekali saya rasakan bagaimana Ramadhan ketika sudah bekerja. Adakah sama dengan sewaktu belajar dahulu? Sudah tentu tidak. Menjadi seorang guru dan juga warden memang mengambil masa 24 jam dan 7 hari sepenuhnya. Setelah pulang dari sekolah kira-kira jam 5 petang, disambung pula tugas di asrama seperti memastikan pelajar ke surau, tidak ponteng kelas prep malam dan jika ada yang sakit, hantar mereka ke hospital. Kalau di hospital pula, jika tidak ramai orang, paling sekejap cuma 30 minit tapi pernah juga menjangkau selama 2-3 jam menunggu. Sampai tertidur-tidur dibuatnya di kerusi tempat menunggu di hospital.

Kalau waktu belajar itu, mempunyai banyak masa terluang untuk melengkapkan mutabaah amal terutamanya di bulan Ramadhan, boleh membuat masjid hopping iaitu berkunjung ke masjid-masjid di sekitar tempat belajar untuk bersolat terawih dan juga berlumba-lumba dengan akhwat untuk khatam quran. Tapi sekarang, saya bersendiri dan disibukkan dengan kerja-kerja seharian. Akhwat-akhwat yang teman sebilik yang selalu bersama sudah tiada kerana masing-masing tercampak jauh ke tempat yang telah ditetapkan.

Rasanya tahun ini pasti akan berbeza. Amat terasa bagaimana perbezaannya jika berseorangan dan beramai-ramai dalam cuba menjadi muslim yang istiqamah.

Rasanya sampai di sini dahulu.

Wallahualam...

p/s: semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna...=)




Friday, June 3, 2011

it is hard to say goodbye


Assalamualaikum wbt...


Finally, our convocation day had arrived
After a while, we met again
Iz, Sa and me
We told a lot of stories at that special place
We shared, we laughed
We advised, we consoled
Those precious moments

On that very last moment after the convocation,
I said goodbye to Sa
Which was surrounded by her family
I searched for Iz but nowhere to be seen

Then, Iz came to me to bid farewell
I saw those shining eyes smiling
Trying hard to not letting go the tears
So did I

We both pretended to smile
We both pretended to cheer up
We hugged each other with one mutual understanding
Which was we did not know when we would meet again

Friends, eventhough we are far apart but deep inside our hearts
We are very close as we are bonded by one chain
It is the chain of da'wah and tarbiyah
As long as we are still in this path
We always be together
We always be....

Wallahualam








Saturday, May 7, 2011

Rindu mereka


Assalamualaikum wbt..

Andai masa boleh diputar kembali,
Akan aku putar dan biarkan ia terhenti
Terhenti pada zaman ku ditarbiyah dengan sebenar-benar tarbiyah
Terhenti pada zaman ku dibajai dengan sebenar-benar ilmu

Ku rindu tempat itu
tempat yang mengajarku erti jihad
Erti susah dan payah menuju ilahi

Tidak mungkin luput dariku
kenangan terindah di tempat itu
Bersama mereka yang seangkatan denganku
Mencari dan mengejar sinar ilahi

Kini aku di sini
Di sebuah tempat yang juga mengajarkanku erti jihad
Iaitu tempat untuk beramal dengan apa yang dipelajari
Sesungguhnya benarlah kata-kata seseorang bahawa
tarbiyah itu bermula selepas tazbih kifarah

Namun ku rasa lemah
kerana tanpa mereka yang sentiasa bersamaku
Aku bukan sehebat mereka yang mampu berkata cukuplah Allah bagiku
Aku ini seperti Musa yang amat mengharapkan Harun sebagai penguat diri

Oh Tuhan, ku rindu mereka itu
Akhwat-akhwat tercinta
Sampaikan salam rinduku untuk mereka
Bersama doa-doa semoga mereka itu tsabat dijalanMu.

Wassalam...

Saturday, April 9, 2011

and on and on and on

Assalamualaikum wbt...

Finally, the wireless is able to connect me to the other part of the world. It has been 1 month living here without the internet. However, I manage to survive. Alhamdulillah..

A lot of things going on and it really keeps me struggling with my new life. One after another, obstacles do come and make me becomes another person. I hope the change is for the better not the other way around.

Well...Decision making...
It is hard to make decision which will determine how your life will be after this. Things will not be the same and you have to face all the consequences as it is what you have chosen. Not to forget there is always the syaitan who will try to lead you away from the right path. But if you know that all the decisions that you have to make must be seen by the view from the above(neraca langit), you will finally come back to the right path and your choices will be based on that. insyaAllah your choice will be blessed by Him.

Currently, I am in that situation and no one can help me except for Allah. Therefore, Oh Allah please help and guide me so that every decision that I make will be because of You. Things get tougher everyday and I badly need You.

Allah does not burden you beyond your means, and when Allah tests you, He loves you. Test, trials, calamities, hardships,they are all package of having Faith in Allah,putting your trust in Allah.

Wallahualam

Monday, March 14, 2011

itu ini sekolah

Assalamualaikum wbt..

Cuti sekolah..alhamdulillah..ada juga sedikit masa terluang untuk update blog ni. Life as a working person is really exhausting. Masa seperti sangat cepat berlalu. Dalam kesibukan sehari-hari, ada juga tertinggal amalan-amalan yang sentiasa istiqamah dahulu. Kadang-kadang Al-Quran pun tidak mampu untuk dibaca dalam sehari. Lalu qada' pada keesokkan hari. Ada juga qada'nya sampai 2 hari. Itu cerita dengan amalan sendiri tidak lagi dengan amal dakwah.

Pesan orang-orang lama, kalau nak tengok tsabatnya seseorang itu di jalan dakwah, lihatlah komitmennya pada dakwah ketika dia bekerja dan lebih elok lagi dilihat ketika dia sudah berumahtangga. Baru sekarang saya memahami apa yang diperkatakan. Semoga saya sentiasa tsabat.

Perkara menarik yang berlaku sepanjang sebulan menjadi guru, saya dilantik menjadi warden asrama dan juga guru pancaragam sekolah (brass band). Menjadi warden bukanlah perkara yang saya idam-idamkan tetapi apabila ditawarkan, saya terus menerima. Setelah 2 minggu menjadi warden, saya sudah rasa penatnya. Pagi-pagi sudah meronda dorm-dorm memeriksa tahap kebersihan dan mengerahkan budak ke sekolah. Maghrib pula, ke surau dan mengawal keadaan di surau. Selepas solat berjemaah maghrib, saya ke asrama untuk melihat budak-budak yang tidak ke surau. Malamnya, mengerah budak ke kelas prep dan kalau ada yang inginkan pertolongan akan dibantu. Tapi alhamdulillah dengan pengalaman yang ada sewaktu bersekolah dahulu, saya boleh menjalankan tugas sebagai warden dengan agak baik. Rahsia-rahsia budak-budak asrama semua dah ada dalam poket saya..=)..Itu yang seronok jadi ramai yang kantoi..

Berbalik kepada menjadi guru pancaragam. Saya dulu juga bekas ahli pancaragam. Semangat itu sangat berkobar-kobar untuk menaikkan brassband sekolah itu kembali. Cumanya, you have to do it my way. Maksudnya, bila waktu solat tiba, kita berhenti dan solat dahulu. Pukul 7, wajib berhenti dan solat maghrib, ikut acara di surau dan selepas isyak baru latihan kembali bermula. Alhamdulillah budak-budak ikut tanpa banyak soal walaupun jenuh juga untuk menyuruh mereka solat. Suatu malam, selepas latihan, saya memberikan kata-kata akhir dan memberikan sedikti tazkirah. Rasa macam tak berapa masuk dengan keadaan tapi hentam saja la..Kemudian tergelak sendiri.

Fikir saya, cubalah sedaya-upaya untuk menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri pelajar-pelajar. Walaupun tidak melalui duduk berhalaqah, tapi dengan peringatan-peringatan dan peraturan yang mampu kita jalankan mengikut Islam itu sudah mencukupi. Mereka ini perlukan peringatan yang berterusan. Semoga semua guru-guru yang berfikrah sentiasa tabah dan kreatif untuk membaikkan pelajar-pelajarnya. Semoga mampu untuk menjadi lebih dari seorang guru biasa.

Wassalam.

Friday, February 18, 2011

Bermulanya sebuah profession

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan segala nikmat kurniaNya pada diri ini. Pelbagai ujian didatangkan untuk melihat adakah hambaNya itu bersyukur atau tidak, mampu menjadi muslim yang baik atau tidak dengan bersabar atas segala musibah atau perkara yang tidak begitu diingini.

Tergamam rasanya apabila dikhabarkankan akan diberikan tempat mengajar di negeri sendiri. Saya agak sukar untuk menerima kenyataan kerana bukan negeri ini yang saya pilih untuk menabur bakti. Sudah tentu saya ada sebab yang tersendiri untuk bekerja di beberapa negeri lain yang saya pilih. Bukan tidak semangat kenegerian atau bukan benci dengan negeri sendiri cuma seperti yang saya katakan ada sebabnya tersendiri.

Selama seminggu saya sukar untuk menerima kenyataan dan saya juga melalui waktu-waktu yang sukar ketika itu. Futur juga sudah tentu cuma tidaklah terlalu jauh kerana saya masih ada sahabat-sahabat yang memberikan kata-kata semangat. Disebabkan seminggu itu juga, saya menulis entri yang bertajuk al-baqarah 216- bukan semudah membacanya.

Lama kelamaan, saya sudah lali dengan mendapat apa yang tidak diingini kerana saya berharap mendapat daerah tertentu dan bukannya daerah yang sekarang ini. Entah kenapa susah untuk saya melihat hikmah disebaliknya..Astaghfirullah..Pada waktu emosi yang tidak stabil itu juga saya tidak dapat berjumpa dengan akhwat-akhwat tercinta kerana kekangan dari segi jarak. Ohh tak dapat nak digambarkan saat itu. Murung jadinya dan selera makan juga tiada.

Bertarikhkan 8 Februari 2011, saya melaporkan diri ke PPD dan terus ke sekolah. Saya hanya mengetahui sedikit maklumat mengenai sekolah yang bakal saya berkhidmat itu. Sewaktu di PPD, jika ada pegawai yang bertanyakan sekolah mana yang akan dimasuki, semuanya akan membuat reaksi yang semacam bila mendengar nama sekolah saya. "oh ni ke yang akan mengajar ******?" .."tahniah, awak sungguh bertuah".."erm tuan, maksudnya apa?". "Itu sekolah premier, sekolah kawalan. Hanya budak terpilih masuk ke situ. Semoga awak mampu menaikkan proficiency mereka dalam Bahasa Inggeris"..haa?..rasa cuak mula mengalir dalam diri.

Setelah memasuki beberapa kelas, saya mendapati pelajar-pelajarnya sungguh baik dan memang tiada masalah untuk menguruskan kelas. Jumlah pelajar di setiap kelas juga kurang daripada 30 orang pelajar. Selain itu, tahap Bahasa Inggeris juga bukanlah terlalu rendah malah berada di tahap pertengahan. Sekolah itu pula sangat mementingkan aspek rohani dimana setiap pagi, pelajar akan membaca satu mukasurat al-quran sebelum mula belajar ( oh..ini adalah kelas dan pelajar impian setiap guru..subhanAllah)...Jadi, selain mengajar subjek akademik, saya juga boleh menekankan aspek lain seperti pembangunan sahsiah dan segalanya..(dah terbuka mata hati saya akan hikmahnya..=) )

Rasanya bila mengingati segala yang dikurniakan ini, tiada lafaz yang mampu untuk memberitahu betapa bersyukur saya dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah...

Inilah pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup ini....

p/s: semoga tidak hanya menjadi guru biasa

wallahualam