Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah tak terhingga ke hadrat ilahi kerana saya masih lagi berpeluang untuk menulis blog ini..Syukur juga diberikan peluang pada saya untuk mengisi winter holiday kali ini dengan perkara yang bermanfaat dan sudah tentu mencoretkan kenangan terindah bagi saya. Perlbagai perkara yang saya lalui, pelajari dan insafi pada winter ini dan biarlah saya simpan kemas dalam ingatan saya. Satu program yang sangat memberikan kenangan yang manis bagi saya ialah Jalinan Musim Dingin (JMD 2009) di Portsea Camp, Melbourne. =)..Saya membina ukhuwah, mengeratkan ukhwah dan mengenal erti ukhuwah di sini...
Sebiru, judul lagu tema untuk Jalinan Musim Dingin pada tahun ini..Liriknya sungguh bermakna dan berkisarkan tentang ukhuwah dalam tali ikatan ilahi..Sampai sekarang, apabila mendengar lagu itu, saya akan tersenyum sendiri mengingatkan kenangan dulu..
Dan baru-baru ini juga diadakan Palestine Roadshow di 3 buah negeri iaitu Melbourne, Adelaide dan Sydney. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kutipan derma mencapai belasan ribu dollar..Semoga Allah mengganjari kalian dengan amal yang kalian lakukan dengan kebaikan. Pada sesiapa yang masih lagi ingin menderma walaupun satu dolar, boleh lakukannya sekarang kerana tabung palestin itu akan ditutup pada akhir bulan ini. Tabung Kempen Palestin BSB : 062239 No : 10195861. Hasil ini akan diserahkan kepada Aman Palestin Malaysia untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin terutamanya masyarakat Gaza. Bantulah saudara kita di sana yang mana sedang berjuang mempertahankan Palestin dan khususnya Al-Aqsa.
Sabda Nabi Saw bermaksud:"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Sekarang, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya kembali ke uni meneruskan semester kedua dan terakhir saya di Australia. Tugas semakin berat dan saya mahu meninggalkan bumi Australia ini dengan satu senyuman bukannya tangisan. Tapi kalau tangisan yang terjadi, itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Untuk itu, saya akan berusaha sebaik yang mungkin untuk mendasyatkan diri, mengejar risalah dan ijazah.
Wallahualam..