Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem


Ahlan ya Ramadhan..
Moga dikau kali ini lebih kuhargai
Moga dikau kali ini lebih bermakna bagiku
Moga dikau kali ini meninggalkan seribu satu kemanisan padaku
Moga dikau kali ini lebih baik dari sebelumnya
Moga dikau kali ini segala-galanya buatku....
=)

Wallahualam

Sunday, August 8, 2010

1909 or 1924?

Assalamualaikum wbt..

Dalam kesibukan membuat lesson plan, tiba-tiba idea utk menulis blog datang mencurah-curah. Akhirnya tergendala sekejap lesson plan dan hasilnya 2 post untuk hari ini termasuk yang ini..

Situation:
In a daurah .....

Ustaz: Pada tahun berapakan jatuhnya khalifah dan khilafah Islam di Turki?

Peserta daurah: 1924 (dengan yakin)

Ustaz: 1924 atau 1909?

Peserta daurah: 1924 Ustaz

Ustaz: 1924? Bukan..1909 sebenarnya..cari la sendiri

Peserta daurah: aaaa??

Ustaz: Baik, kita teruskan dengan topik hari ini..

Peserta daurah yang bernama Fariena: Nak kene korek sejarah balik ni...Buku yang dibeli itu tak khatam lagi..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

-Turki Negara Dua Wajah: Pengkhianatan Ataturk terhadap dunia Islam. Ditulis oleh Dr, Abdullah Azzam-

p/s: Nak tahu sejarah kejatuhan khilafah? Nak tahu dari mana datangnya Erdogen, Abddullah Gul? Nak tahu siapa itu Mustapha Kamal Attarturk? Jom sama-sama baca buku ini. Kuntuman Islam semakin mekar rupanya di Turki hasil bajaan dan siraman golongan-golongan yang tetap berpegang kepada Quran dan sunnah..=)

Wallahualam..

Natrah dan kebangkitan kaum muslimin..Apakah kaitannya??

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah untuk seminggu yang lepas, Allah memberikan peluang kepada saya berada di IPBA tercinta untuk mid-practicum briefing. Sepanjang minggu briefing ini, ada sharing session between students and lecturers. So, if we have any problems or concerns regarding our practicum, we can bring that up. Dan sebagai hasil daripada sesi tersebut, saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk kembali ke sekolah. Memang tak dapat dinafikan semangat saya jatuh merundum terutama untuk minggu ke empat berpraktikum. Okay, enough with practicum and we continue with the main business for today.

Saya nak share sedikit pembacaan saya mengenai satu buku. Saya telah berjaya menghabiskan novel Natrah antara cinta, rusushan dan airmata. Buku setebal 4++ mukasurat ini memang berjaya membuatkan saya addicted untuk membacanya tanpa henti. Banyak ibrah atau pengajaran yang boleh diambil drpd kisah Natrah itu sendiri..

Natrah? Who is she?

The setting for this story was mainly in Indonesia, Singapore, Tanah Melayu and Holland from 1939 -2009. The story about her was significant to those countries as it brought huge changes and wave for changes for them.Natrah was a Dutch girl born in Indonesia. Her mother was a housewife and her father was a soldier for the Dutch Army. When the Japanese Occupation (pendudukan jepun ) occurred, the white people were oppressed. The Japanese had cut down the food and all other supplies to the white people. Natrah and her family were also among the victims.

Nak dijadikan cerita, Natrah diberikan kepada seorang Melayu iaitu Che Aminah sebagai anak angkat. Che Aminah berasal dari Kemaman, Terengganu dan merupakan seorang bangsawan. Untuk beberapa tahun, Natrah tinggal bersama Che Aminah dengan gembira. Setelah Jepun kalah kepada Inggeris, seorang general Inggeris di Tanah Melayu menyedari adanya seorang budak perempuan yang berbeza daripada budak-budak melayu yang lain. General Inggeris ini menyiasat dan mendapati itu adalah orang Belanda. Akhirnya, diberitahu pada pihak Belanda dan usaha utk mendapatkan Natrah dimulakan.

Natrah pada masa itu sudah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki melayu ketika usaha besar besaran dilakukan utk mengambilnya kembali. Gerakan kristianisasi di belanda turut menekan ibu bapanya supaya berusaha mengambilnya kembali. Tuntutan yang dibuat adalah mengenai 3 perkara yang didasarkan kepada undang-undang belanda iaitu:
-Agama (tidak sah agama islamnya dan perlu ikut agama bapanya krn dia masih bawah umur)
-Hak penjagaan (masih milik bapanya kerana bapanya tidak tahu menahu mengenai dia diserahkan kepada Che Aminah sbg anak angkat-ini krn ketika peristiwa itu, bapanya berada dalam tawanan tentera jepun. Hanya ibunya yang bersetuju)
-Perkahwinan (masih dibawah umur dan tidak sah perkahwinan itu)

Hal yang dibngkitkan itu menghina undang-undang Allah kerana segalanya sah di sisi agama. Kebangkitan besar-besaran oleh semua orang Islam termasuk India dan Chinese Muslim. Umat Islam terutamanya Kaum Melayu yang berada di Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura bangkit. Ini termasuklah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. All medium of communication digunakan untuk mengajak umat Islam bersatu. Sungguh besar impact yang diberikan sehingga menakutkan para penjajah dan itu juga salah satu daripada sebab merdekanya negara kita. SubhanAllah bukankah indah kalau itu juga yang berlaku skrg, bersatu utk islam..

Untuk sambungan cerita ini, bolehlah membeli bukunya dan telusurilah jalan kehidupan Natrah itu sendiri. Menarik sangat-sangat..

Moral yang ingin disampaikan: Bersatulah kaum Melayu dan kita angkat martabat Islam itu...

Wallahualam