Tuesday, January 18, 2011

words of encouragement

Assalamualaikum wbt..

“ Aku berlindung dari berteman dengan perjalanan hidup orang-orang yang kita tidak dapat mencontohi cita-cita tinggi mereka buat generasi selanjutnya,dan bukan juga sang warak yang tidak dapat diambil manfaat sifat zuhudnya, hendaklah kamu memerhatikan perjalanan hidup mereka yang mempunyai cita-cita besar dan tinggi, mengkaji penulisan dan karya mereka, berusaha meningkat dan memperbanyakkan membaca buku-buku mereka..” imam ibnul jauzi

Wallahualam..

Friday, January 14, 2011

Al-Baqarah:216 - tidak semudah membacanya


Assalamualaikum wbt..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Baru ku tahu, untuk menerimanya, bukan semudah membacanya

p/s: Cubalah semampu dayamu agar kau kan lihat hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. insyaAllah..

wallahualam

Monday, January 10, 2011

KEMM1511


Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511-2011 (KEMM1511)
29 Januari 2011


kalau roboh kota melaka,
papan di jawa hamba dirikan
kalau sungguh Islam bertakhta
jiwa dan raga hamba korbankan


p/s: Jangan lupa bahawa kaum Melayu itu juga ada empayarnya. Tidak akan tertegak empayar itu jika Islam tidak kunjung ke Tanah Melayu. Oleh itu, tidak rugi sedikit pun untuk bersama-sama menyoroti kembali sejarah kegemilangan itu. Bersama kita kembalikan kegemilangan itu. Bangkitlah kaum Melayu...

Wallahualam