Monday, March 14, 2011

itu ini sekolah

Assalamualaikum wbt..

Cuti sekolah..alhamdulillah..ada juga sedikit masa terluang untuk update blog ni. Life as a working person is really exhausting. Masa seperti sangat cepat berlalu. Dalam kesibukan sehari-hari, ada juga tertinggal amalan-amalan yang sentiasa istiqamah dahulu. Kadang-kadang Al-Quran pun tidak mampu untuk dibaca dalam sehari. Lalu qada' pada keesokkan hari. Ada juga qada'nya sampai 2 hari. Itu cerita dengan amalan sendiri tidak lagi dengan amal dakwah.

Pesan orang-orang lama, kalau nak tengok tsabatnya seseorang itu di jalan dakwah, lihatlah komitmennya pada dakwah ketika dia bekerja dan lebih elok lagi dilihat ketika dia sudah berumahtangga. Baru sekarang saya memahami apa yang diperkatakan. Semoga saya sentiasa tsabat.

Perkara menarik yang berlaku sepanjang sebulan menjadi guru, saya dilantik menjadi warden asrama dan juga guru pancaragam sekolah (brass band). Menjadi warden bukanlah perkara yang saya idam-idamkan tetapi apabila ditawarkan, saya terus menerima. Setelah 2 minggu menjadi warden, saya sudah rasa penatnya. Pagi-pagi sudah meronda dorm-dorm memeriksa tahap kebersihan dan mengerahkan budak ke sekolah. Maghrib pula, ke surau dan mengawal keadaan di surau. Selepas solat berjemaah maghrib, saya ke asrama untuk melihat budak-budak yang tidak ke surau. Malamnya, mengerah budak ke kelas prep dan kalau ada yang inginkan pertolongan akan dibantu. Tapi alhamdulillah dengan pengalaman yang ada sewaktu bersekolah dahulu, saya boleh menjalankan tugas sebagai warden dengan agak baik. Rahsia-rahsia budak-budak asrama semua dah ada dalam poket saya..=)..Itu yang seronok jadi ramai yang kantoi..

Berbalik kepada menjadi guru pancaragam. Saya dulu juga bekas ahli pancaragam. Semangat itu sangat berkobar-kobar untuk menaikkan brassband sekolah itu kembali. Cumanya, you have to do it my way. Maksudnya, bila waktu solat tiba, kita berhenti dan solat dahulu. Pukul 7, wajib berhenti dan solat maghrib, ikut acara di surau dan selepas isyak baru latihan kembali bermula. Alhamdulillah budak-budak ikut tanpa banyak soal walaupun jenuh juga untuk menyuruh mereka solat. Suatu malam, selepas latihan, saya memberikan kata-kata akhir dan memberikan sedikti tazkirah. Rasa macam tak berapa masuk dengan keadaan tapi hentam saja la..Kemudian tergelak sendiri.

Fikir saya, cubalah sedaya-upaya untuk menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri pelajar-pelajar. Walaupun tidak melalui duduk berhalaqah, tapi dengan peringatan-peringatan dan peraturan yang mampu kita jalankan mengikut Islam itu sudah mencukupi. Mereka ini perlukan peringatan yang berterusan. Semoga semua guru-guru yang berfikrah sentiasa tabah dan kreatif untuk membaikkan pelajar-pelajarnya. Semoga mampu untuk menjadi lebih dari seorang guru biasa.

Wassalam.