Thursday, July 21, 2011

update

Assalamualaikum wbt..lama sungguh tidak bertandang ke blog ini. Lama juga tidak menulis dan yang seangkatan dengannya. Bukan apa tapi kesibukkan sehari-hari yang menghambat diri dari berkongsi cerita.

Apa khabar sekarang? Ramadhan semakin menjelma dan tidak sabar rasanya untuk menemuinya. Ingin sekali saya rasakan bagaimana Ramadhan ketika sudah bekerja. Adakah sama dengan sewaktu belajar dahulu? Sudah tentu tidak. Menjadi seorang guru dan juga warden memang mengambil masa 24 jam dan 7 hari sepenuhnya. Setelah pulang dari sekolah kira-kira jam 5 petang, disambung pula tugas di asrama seperti memastikan pelajar ke surau, tidak ponteng kelas prep malam dan jika ada yang sakit, hantar mereka ke hospital. Kalau di hospital pula, jika tidak ramai orang, paling sekejap cuma 30 minit tapi pernah juga menjangkau selama 2-3 jam menunggu. Sampai tertidur-tidur dibuatnya di kerusi tempat menunggu di hospital.

Kalau waktu belajar itu, mempunyai banyak masa terluang untuk melengkapkan mutabaah amal terutamanya di bulan Ramadhan, boleh membuat masjid hopping iaitu berkunjung ke masjid-masjid di sekitar tempat belajar untuk bersolat terawih dan juga berlumba-lumba dengan akhwat untuk khatam quran. Tapi sekarang, saya bersendiri dan disibukkan dengan kerja-kerja seharian. Akhwat-akhwat yang teman sebilik yang selalu bersama sudah tiada kerana masing-masing tercampak jauh ke tempat yang telah ditetapkan.

Rasanya tahun ini pasti akan berbeza. Amat terasa bagaimana perbezaannya jika berseorangan dan beramai-ramai dalam cuba menjadi muslim yang istiqamah.

Rasanya sampai di sini dahulu.

Wallahualam...

p/s: semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna...=)