Friday, January 9, 2009

Renungan sejenak

Assalamualaikum wbt...Sudah hampir sebulan saya tidak mengupdatekn blog ini..Bukan tidak mahu, tetapi saya berada di rural area, Alexandra, Melbourne. Cuti musim panas selama tiga bulan ini, saya isikan dengan bekerja di sebuah ladang cerry yang terletak 2 jam dari Melbourne City. Satu pengalaman baru yang saya alami. Tarbiyah yang betul-betul berguna untuk diri sendiri. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerja disitu kerana beberapa orang kawan saya sendiri tidak berkesempatan untuk mencari pengalaman bekerja di situ kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Mungkin dalam entri yang lain, saya akan bercerita mengenai pengalaman saya sepanjang 2 minggu bekerja di sana. Sedang saya asyik dengan kerja, datang satu berita tergempar yang mengatakan Gaza diserang lagi.Ketika itu saya dan akhowat yang lain sedang menjamu selera ketika waktu rehat tengahari. Terhenti jantung rasanya mendengar berita itu. Geram kepada Israel laknatullah itu tidak dapat saya gambarkan. Petang itu juga, beberapa sahabat saya cuba untuk ke library yang terletak di pekan tetapi tutup. Beberapa hari selepas itu, barulah kami dapat mengakses internet dan mengetahui info-info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana. Antara point-point penting yang dapat saya ingat melalui pembacaan daripada beberapa website yang dipercayai ialah:-

1)Perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui oleh pihak Israel dan Hamas telah dicabuli oleh Isreal.
2) Mesir yang dikatakan menjadi tulang belakang kepada proses gencatan senjata itu membelot dan berpihak kepada Israel(Wallahualam)
3)Iran dan Indonesia akan menghantar mujahid-mujahid mereka untuk membantu Hamas
4)Muammar Gadaffi(General Libya) telah mengadakan perhimpunan tergempar bersama pemerintah-pemerintah Tanah Arab untuk membantu Palestin. Beliau turut menyelar sifat-sifat pemimpin Arab agar tidak hanya berdiam diri.
5) Dua tokoh pimpinan Hamas telah syahid setelah menjadi sasaran tentera Isreal
6) Hamas sukar untuk dikalahkan dan masih mempunyai strategi-strategi untuk menentang Israel.
7)Jumlah tentera sayap kiri Hamas (Briged Al-Qassam) yang syahid lebih sedikit daripada jumlah tentera Israel yang terkorban
8) Yang terbaru, Hizbullah(kumpulan pejuang Islam di Lubnan)membantu Hamas dengan melancarkan serangan kepada Israel

Berapa ramai saudara-saudara kita yang terkorban disana. Bolehkah kita hanya memejamkan mata atau sekadar mendengar sahaja berita kematian mereka seperti satu bed time story?Cukuplah dengan sikap ignorance kita itu. Sama-sama kita berubah. Umat Islam ini seperti satu batang tubuh dimana, jika satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh iu akan merasai kesakitannya.

Saya menyeru diri saya sendiri dan sahabat sekalian untuk memboikot barang-barang yahudi itu. Kita sudah tentu tidak mampu untuk ke sana dan turut mengangkat senjata memerangi tentera Israel itu tetapi sudah memadai jika dengan memboikot ini, mampu sedikit sebanyak melemahkan sumber ekonomi mereka. Kalian boleh melihat senarai barangan-barangan yahudi di bahagian bawah blog saya ini. Fatwa untuk memboikot barangan yahudi sudah dikeluarkan. Jika fatwa sudah dikeluarkan, apa hukumnya kalau kita tidak mengikutinya? Pada sesiapa yang tau, mungkin boleh kongsikan disini.

"Each riyal, dirham..etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them( the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression"-Syekih Yusuf Al-Qardhowi-

Wallahualam

No comments: