Monday, March 9, 2009

12 Rabiulawal...

Assalamualaikum wbt...12 Rabiulawal, hari kelahiran Nabi besar junjungan kita SAW...Rindu padanya tidak terkata..Hanya mampu membaca sirah perjalan hidup baginda...InsyaAllah akan ku sambut dakwah perjuanganmu...

12 Rabiulawal juga hari kembalinya ayah kepada seorang ukhti saya yang jauh di New Zealand sana. Sedih rasanya tak dapat saya bersama-sama disampingnya sekarang. Beribu batu jarak yang memisahkan kami. Mendengar suaranya yang ceria di corong telefon membuatkan saya bertambah kagum padanya. Seberat ini ujian yang diterima, tapi masih mampu dihadapi dengan tenang hati.

"Aku mesti sangat kuat sampai Allah berikan ujian yang sebegini besar pada aku"

"Ye Ore. Mu memang sangat kuat dan Allah sayang mu lebih dari orang lain. Sebab tu ujian ni yang mu dapat. Orang lain dok sekuat mu nok atasi ujian ni"

"Ye Fariena. Aku percaya tu..Aku pegang kata-kata Allah"

SubhanAllah..sungguh kuat sahabat ku yang seorang ini. Katanya, tak akan pulang ke Terengganu memandangkan keadaan kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan. Kalau pulang pun, tidak akan sempat untuk bertemu dengan arwah ayahnya. Tidak disangkanya kepulangannya ke tanahair sewaktu cuti summer yang lalu merupakan pertemuan terakhir dengan ayahnya. Tapi dirinya puas kerana berjaya menjaga ayah yang sedang sakit itu sebaik mungkin.

-maaf teman, tak berada di sampingmu sewaktu kau memerlukan teman untuk menyuntik kekuatan diri. Aku serahkan dirimu pada Allah. Jaga dia ya Allah, kuatkan hatinya..tabahkan dirinya-

p/s: sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah Norazirah Majid atau Ore. Menemui ilahi pada 12 Rabiulawal, Isnin di Terengganu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang soleh.

Wallahuaalam

2 comments:

AISHAH roslan said...

salam.
Al-Fatihah ...
May Allah bless his soul, amin ...

Anonymous said...

insyaAllah ..