Assalamualaikum wbt... Written by Ziadh |
Monday, 24 August 2009 03:04 |
Source: Al-Jazeera
The case of a Muslim woman in Malaysia who is to be caned for drinking alcohol has created a public storm in the multi-ethnic Southeast Asian nation. If the punishment goes ahead as planned, Kartika Sari Dewi Shukarno will become the first woman in Malaysia to be caned under Islamic law. But critics say the caning will damage Malaysia's international standing as a progressive and moderate Islamic country. Judge Datuk Ismail Yahya, one of Malaysia's chief sharia judges, added his voice to the debate on Sunday, cautioning that the punishment ran contrary to the law. "Kartika can sue. This is because her detention, and subsequently the whipping, is illegal," he was quoted by Malaysia's New Straits Times as saying. The 32-year-old mother of two was sentenced to six strokes by a court in Pahang state after pleading guilty to drinking alcohol at a hotel nightclub last year. She was also fined the equivalent of $1,420, but not given a prison sentence. "The only way for her to end up in jail is if she doesn't pay her fine. But from what I understand, she has paid it," Ismail was quoted as saying. "So, this means that there is no way that the whipping sentence can be executed." National debate Islamic scholars have backed the sentence, and said it would be carried out with Kartika fully clothed and using a cane that is smaller and lighter than the heavy length of rattan used in criminal cases. Human-rights group Amnesty International has urged Malaysia not to carry out the sentence and to abolish what it called a "cruel and degrading punishment". Despite the domestic furore and the international concern, Kartika has expressed no intention of avoiding her punishment. In an interview at her home in a small Malay village in Kuala Kangsar earlier in the month: "Sometimes I feel sad and stressed as I have tarnished my family's name. But now after spending time reading the Quran, I feel calm and am not afraid of being caned." Speaking to Al Jazeera, she confided that she had accepted the punishment at least partly to avoid what could be the two-year legal process of an appeal. The former hospital worker and part-time model is expected to turn herself over to authorities at a women's prison in Kajang, south of Malaysia's capital Kuala Lumpur, where the punishment will be carried out on Monday. Malaysia, which has large Chinese and Indian communities, uses a dual-track legal system where sharia courts, those following Islamic law, can try Muslims for religious and moral offences. Wallahualam... |
Wednesday, August 26, 2009
Sekadar berkongsi
Thursday, August 20, 2009
Target amal fardhie di bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt...
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)
Alhamdulillah tinggal sehari je lagi untuk kita start puasa..So di kesempatan ni, saya nak mohon ampun atas segala kesilapan yang saya lakukan sama ada sedar atau tidak..Dan insyaAllah marilah kita sama-sama berusaha menjadikan ramadhan ini sebagai ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Melangkahlah ke dalam bulan ini denan hati yang bersih. Seperti analogi air keruh di dalam jug. Walau ditambah sebanyak mana pun air jernih ke dalam jug itu, pasti akan ada kesan air keruh itu di dalam jug itu. Tapi lain kesannya kalau dibuang dahulu air yang keruh itu dan baru lah ditambah air jernih itu ke dalam jug itu. Begitu lah diibaratkan cahaya Ramadhan..Pastikan hati kita bersih dan sedia untuk menerima cahaya Ramadhan itu.. InsyaAllah sama-sama kita berdoa agar dikurniakan hati yang bersih untuk memasuki bulan yang mulia ini...Disini saya sertakan list of amal or kotak-kotak untuk amal kita di bulan Ramadhan.Semoga amal kita lebih tersusun dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa..Boleh ke ruangan download box untuk mendownload borang amal fardhie ye...Semoga bermanfaat untuk semua...
Antara doa yang sentiasa Rasulullah SAW amalkan ialah:

Tuesday, August 18, 2009
Rezeki itu ditanganNya
Assalamualaikum wbt.. Dah berkurun lamanya saya mencari idea untuk dicurahkan ke dalam blog ini. Entah kenapa saya merasakan sedikit sukar untuk memerah otak mencari idea untuk menulis. Sudah tentu saya tidak mahu untuk hanya mengcopy dan paste daripada artikel orang lain untuk kesekian kalinya. Mungkin saya boleh bercerita tentang apa yang berlaku kepada saya. insyaAllah boleh diambil iktibar daripadanya..
Seperti yang sudah diketahui, setiap bulan saya akan menerima AUD 1200 oleh sponsor saya iaitu BPG (badan perkhidmatan guru). Dan BPG menggunakan polisi di mana duit elaun akan diberikan 3 bulan sekali. Ini memerlukan perancangan kewangan yang baik daripada pelajar-pelajar kerana jika terover spend di awal-awal bulan, maka akan kekurangan duit pada bulan yang terakhir. Ini terjadi kepada saya kerana mungkin kurang cekap mengendalikan kewangan diri sendiri. Entah kenapa duit semakin sedikit dan berbaki sebulan lagi untuk elaun seterusnya masuk. Setelah dikira dan dihitung, memang tak cukup untuk saya survive sehingga elaun seterusnya. Duit yang ada hanya cukup untuk membayar sewa rumah yang sangat mahal itu. Tapi insyaAllah ok (kata saya di dalam hati). Ini kerana saya sedang bekerja sebagai seorang nanny di sebuah rumah guru piano dan gaji itu lah yang akan saya gunakan untuk makan. Tiba-tiba ujian didatangkan kepada saya. Guru piano saya itu mengatakan dia tidak memerlukan khidmat saya untuk bulan itu kerana dia mahu berpindah rumah. Dia akan sibuk menguruskan rumah barunya dan kelas piano tidak akan berjalan untuk sebulan. Jadi, saya tidak perlu ke sana untuk menjaga anaknya. Astaghfirullah..apa yang perlu saya buat ni.. Tidak mungkin saya mahu meminta daripada ibubapa kerana bagi saya ini akan membebankan mereka walaupun mereka kerap kali mengatakan mintalah jika tiada duit. Tambahan pula, currency Australia pada ketika itu sangat tinggi. Hati saya semakin gundah. Di mana saya mahu mendapatkan wang. Untuk meminjam daripada kawan-kawan juga sedah tentu tidak mungkin kerana mereka mungkin berada dalam keadaan saya juga. Dan juga menjadi prinsip saya untuk tidak sesenang hati meminjam wang daripada orang. Perasaan berhutang itu juga sungguh tidak enak. Entah kenapa saya rasakan sangat resah ketika itu. Kekurangan harta dunia benar- benar memberikan impak kepada saya yang mana sepatutnya kekurangan harta di akhirat yang patut saya risakan. Saya terlupa seketika yang rezeki itu di tangan Allah..
Pada suatu hari ketika berada dalam sesi bersama coordinator batch saya, saya semakin tertekan. Saya diberitahu perlu membuat school observation di sebuah sekolah selama lapan hari. Dan tidak dinyatakan lagi ke sekolah mana saya akan pergi. Andai kata ke sekolah yang berdekatan, sudah tentu tidak memerlukan duit tambang untuk ke sana. Saya menghantar email kepada coordinator saya agar diberikan sekolah yang dekat itu. Jawapan dari emailnya itu sangat mendukacitakan saya. Nama saya telah dihantar ke sekolah yang lain dan tidak boleh bertukar nama lagi. Dan untuk ke sekolah yang jauh itu memerlukan tambang 10 dollar sehari dan saya perlu ke sana selama 8 hari. Ya Allah sangat runsing ketika itu. Dirasakan bertimpa-timpa ujian yang datang. Saya terus menangis ketika itu dan berdoa dengan sesungguhnya. Saya yakinkan hati unutk terus berharap dan bersangka baik pada Allah. Tapi syaitan itu tidak membiarkan saya begitu sahaja. Ada saja perasaan resah dan kurang percaya akan datangnya pertolongan Allah kepada saya. Itulah selemah-lemah tahap tawakal. Dirasakan sungguh lemah iman pada ketika itu.
Al-Quran dibuka dan tiba-tiba saya terbaca satu ayat surah At-talaq: 2-3. SubhanAllah melegakan hati saya. Berharap dan terus berharap. Doa dan terus berdoa. Doa yang saya ulangi adalah "Ya Allah, kurniakan aku sedikit rezekiMu biarlah walaupun hanya 80 dollar (untuk tambang ke sekolah)"... "tweet-tweet SMS" . Satu mesej masuk ke dalam inbox saya. Rupanya daripada majikan saya. ' Fariena, would you like to help me looking after Eidlih while I am not at home today?'..Alhamdulillah tak terhitung rasa syukur saya itu. 'Yup sure..Ill be there at 10 o'clock.. See you then'. Akhirnya rezeki datang kepada saya. Dan saya menerima duit gaji pada hari itu juga. Saya hanya mengambilnya dan langsung tidak melihat kepada jumlahnya. Di dalam bas, barulah saya melihat jumlahnya dan cuba teka berapa jumlahnya..80 dollar!!!.Saya menangis disitu dan hati tidak henti-henti mengucapkan hamdalah. Seusai pulang ke rumah, saya sujud syukur kepada pemberi rezeki saya. SubhanAllah pengalaman yang memerikan seribu satu erti pada saya... REZEKI ITU DITANGANNYA...Ingatlah bahawa:
"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)
"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "(At-Talaq: 2-3)
p/s: Mari kita amalkan juga bersama solat sunat dhuha.. Banyak hikmahnya =)
Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)