Assalamualaikum wbt.. Dah berkurun lamanya saya mencari idea untuk dicurahkan ke dalam blog ini. Entah kenapa saya merasakan sedikit sukar untuk memerah otak mencari idea untuk menulis. Sudah tentu saya tidak mahu untuk hanya mengcopy dan paste daripada artikel orang lain untuk kesekian kalinya. Mungkin saya boleh bercerita tentang apa yang berlaku kepada saya. insyaAllah boleh diambil iktibar daripadanya..
Seperti yang sudah diketahui, setiap bulan saya akan menerima AUD 1200 oleh sponsor saya iaitu BPG (badan perkhidmatan guru). Dan BPG menggunakan polisi di mana duit elaun akan diberikan 3 bulan sekali. Ini memerlukan perancangan kewangan yang baik daripada pelajar-pelajar kerana jika terover spend di awal-awal bulan, maka akan kekurangan duit pada bulan yang terakhir. Ini terjadi kepada saya kerana mungkin kurang cekap mengendalikan kewangan diri sendiri. Entah kenapa duit semakin sedikit dan berbaki sebulan lagi untuk elaun seterusnya masuk. Setelah dikira dan dihitung, memang tak cukup untuk saya survive sehingga elaun seterusnya. Duit yang ada hanya cukup untuk membayar sewa rumah yang sangat mahal itu. Tapi insyaAllah ok (kata saya di dalam hati). Ini kerana saya sedang bekerja sebagai seorang nanny di sebuah rumah guru piano dan gaji itu lah yang akan saya gunakan untuk makan. Tiba-tiba ujian didatangkan kepada saya. Guru piano saya itu mengatakan dia tidak memerlukan khidmat saya untuk bulan itu kerana dia mahu berpindah rumah. Dia akan sibuk menguruskan rumah barunya dan kelas piano tidak akan berjalan untuk sebulan. Jadi, saya tidak perlu ke sana untuk menjaga anaknya. Astaghfirullah..apa yang perlu saya buat ni.. Tidak mungkin saya mahu meminta daripada ibubapa kerana bagi saya ini akan membebankan mereka walaupun mereka kerap kali mengatakan mintalah jika tiada duit. Tambahan pula, currency Australia pada ketika itu sangat tinggi. Hati saya semakin gundah. Di mana saya mahu mendapatkan wang. Untuk meminjam daripada kawan-kawan juga sedah tentu tidak mungkin kerana mereka mungkin berada dalam keadaan saya juga. Dan juga menjadi prinsip saya untuk tidak sesenang hati meminjam wang daripada orang. Perasaan berhutang itu juga sungguh tidak enak. Entah kenapa saya rasakan sangat resah ketika itu. Kekurangan harta dunia benar- benar memberikan impak kepada saya yang mana sepatutnya kekurangan harta di akhirat yang patut saya risakan. Saya terlupa seketika yang rezeki itu di tangan Allah..
Pada suatu hari ketika berada dalam sesi bersama coordinator batch saya, saya semakin tertekan. Saya diberitahu perlu membuat school observation di sebuah sekolah selama lapan hari. Dan tidak dinyatakan lagi ke sekolah mana saya akan pergi. Andai kata ke sekolah yang berdekatan, sudah tentu tidak memerlukan duit tambang untuk ke sana. Saya menghantar email kepada coordinator saya agar diberikan sekolah yang dekat itu. Jawapan dari emailnya itu sangat mendukacitakan saya. Nama saya telah dihantar ke sekolah yang lain dan tidak boleh bertukar nama lagi. Dan untuk ke sekolah yang jauh itu memerlukan tambang 10 dollar sehari dan saya perlu ke sana selama 8 hari. Ya Allah sangat runsing ketika itu. Dirasakan bertimpa-timpa ujian yang datang. Saya terus menangis ketika itu dan berdoa dengan sesungguhnya. Saya yakinkan hati unutk terus berharap dan bersangka baik pada Allah. Tapi syaitan itu tidak membiarkan saya begitu sahaja. Ada saja perasaan resah dan kurang percaya akan datangnya pertolongan Allah kepada saya. Itulah selemah-lemah tahap tawakal. Dirasakan sungguh lemah iman pada ketika itu.
Al-Quran dibuka dan tiba-tiba saya terbaca satu ayat surah At-talaq: 2-3. SubhanAllah melegakan hati saya. Berharap dan terus berharap. Doa dan terus berdoa. Doa yang saya ulangi adalah "Ya Allah, kurniakan aku sedikit rezekiMu biarlah walaupun hanya 80 dollar (untuk tambang ke sekolah)"... "tweet-tweet SMS" . Satu mesej masuk ke dalam inbox saya. Rupanya daripada majikan saya. ' Fariena, would you like to help me looking after Eidlih while I am not at home today?'..Alhamdulillah tak terhitung rasa syukur saya itu. 'Yup sure..Ill be there at 10 o'clock.. See you then'. Akhirnya rezeki datang kepada saya. Dan saya menerima duit gaji pada hari itu juga. Saya hanya mengambilnya dan langsung tidak melihat kepada jumlahnya. Di dalam bas, barulah saya melihat jumlahnya dan cuba teka berapa jumlahnya..80 dollar!!!.Saya menangis disitu dan hati tidak henti-henti mengucapkan hamdalah. Seusai pulang ke rumah, saya sujud syukur kepada pemberi rezeki saya. SubhanAllah pengalaman yang memerikan seribu satu erti pada saya... REZEKI ITU DITANGANNYA...Ingatlah bahawa:
"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)
"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "(At-Talaq: 2-3)
p/s: Mari kita amalkan juga bersama solat sunat dhuha.. Banyak hikmahnya =)
Wallahualam

2 comments:
salam fariena,
alhamdulillah, Allah murahkan rezeki awak. Allah itu Maha Baik kan? :)
Ramadhan dh tak lama.saya nak mohon maaf kalau ade salah silap selama ni. Mohon maaf ye. Moga Ramadhan kita kali ni dipenuhi dgn ribuan makna. Ameen. Take care!^-^
to dyanakamal: yup Allah itu Maha Baik..Kita je yang sering ada prasangka ngan Allah bila dpt sesuatu musibah..padahal ade je hikmah disebalik tu...
amin...same la sy pun minta maaf byk2 jugak klau ada salah silap...kirim slm kat kwn2 kite yg lain ye kat sane..=)..Ni ramadhan terakhir kita di overc...=)
Post a Comment