Wednesday, January 27, 2010

Bukan sekadar wanita

Assalamualaikum wbt...

Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah”.

Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat. Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan panji-panji Islam. Dengan itu, akan tertegaklah kalimah Allah di muka bumi ini.

Bagaimana untuk menghasilkan ‘rijal’ dakwah yang mantap ini? Tentulah memerlukan satu proses tarbiyah yang benar-benar mantap. Merangkumi segala aspek. Ruhi, jasmani, akal, aqidah, akhlaq, dan amalnya. Ia adalah proses untuk membentuk manusia, bukanlah semudah menguli tepung. Ia merupakan satu proses yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Ia juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan calang-calang orang boleh melakukan ini. Tetapi cuba bayangkan seandainya impian ini jadi kenyataan suatu hari nanti. Nescaya dunia ini akan makmur di bawah naungan Islam. Tentu kita akan rasa sangat gembira. Kerana di situ ada hasil titik peluh kita.


Tangan Yang Lembut Itu


Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia? Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu merubah masyarakat? Siapa kata wanita tidak boleh berdakwah?

Di sinilah hebatnya wanita. Memiliki keistimewaan tersendiri. Dari manakah lahirnya seorang ‘rijal’ kalau bukan dari rahim seorang wanita. Mungkin kadangkala terselit rasa lemah dan rendah diri kerana wanita tidak berpeluang berjuang di medan jihad seperti orang lelaki. Tetapi betapa bertuahnya seorang wanita. Seorang wanita yang luarannya lemah lembut mampu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, mengasuh dan mendidik seorang ‘rijal’. Bukankah itu satu kemuliaan yang Allah kurniakan hanya buat wanita.

Bukan sekadar itu. Wanita juga dimuliakan dengan suaminya. Tetapi bagaimana? Dalam sebuah riwayat dituturkan, bahawasanya Ibnu ‘Abbas berkata:

“Sesungguhnya seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah, lalu ia berkata:‘Wahai Rasulullah, saya ini utusan dari kaum perempuan untuk menemuimu. Jihad ini diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki. Jika mereka menang, mereka mendapat pahala, dan jika mereka terbunuh, mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka, dan mendapat ganjaran. Sedangkan kami kaum perempuan hanya membantu mereka. Maka, apa bahagian kami dalam hal in?’ Rasulullah Saw menjawab, ‘Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengan itu (jihad di jalan Allah)’.” (Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)


Wanita Juga ‘Rijal’


Jika anda wanita, anda juga boleh menjadi rijal. Sejarah telah membuktikan bagaimana peranan Khadijah di sisi Rasulullah. Beliaulah suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. Ketika baginda Rasulullah baru menerima wahyu, beliau menguatkan Rasulullah dengan kata-katanya:

“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau menghubungkan silaturrahim, menghubungkan keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang memerlukan, menerima dan menghormati tetamu, serta menolong orang-orang yang susah.”

Wanita pertama sebagai syuhada adalah Ummu Amr bin Yasir yang bernama Sumayyah. Beliau dan suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya. Besarnya peranan seorang wanita ketika hijrah Rasulullah, Asma’ bintu Abu Bakr. Dalam keadaan beliau sedang sarat mengandung, merentas padang pasir menghantar makanan buat baginda ar-Rasul. Menahan perit tamparan Abu Jahal, demi mempertahankan agama Allah. Beliau juga merupakan ibu kepada seorang ‘rijal’ yang berjaya melakar nama dalam sejarah Islam, ‘Abdullah Ibnu Zubair.


Jadilah Wanita ‘Rijal’


Seandainya seorang wanita itu mengangkat dirinya dengan Islam, beramal untuk Islam, dia boleh menjadi aset yang sangat penting dalam usaha mengembalikan khilafah di bumi Allah ini. Namun jika wanita itu merendahkan dirinya dengan melakukan kerosakan di bumi ini, dia boleh menjadi punca jatuhnya ummat tersebut.

‘Rijal’ atau tidak seorang wanita itu bergantung pada dirinya sendiri. Samada dia mahu menjadi seorang wanita ‘rijal’ atau sebaliknya. Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Memerlukan persiapan yang rapi serta tarbiyah yang teliti.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menjadi seorang isteri, ibu, serta wanita yang berhati ‘rijal’ sodiq (benar). Jadilah bukan sekadar wanita.


Oleh: Asma’ Ahmad Khalid (Ummu Asiah)
Ketua Wanita ISMA-Jordan

So??what are we waiting for??Let us try to be one ok..sekadar mana yang mampu..=)..insyaAllah

Wallahualam

words of wisdom to be shared

Assalamualaikum wbt..

I just received an SMS from my dearest best friend, Ukht Aisya Nabilah. The SMS that she sent to me really touched my heart and boosted my spirit to keep on doing da'wah. Well, it was not the SMS that had touched my heart the most..but it was the person who sent it. She always being there for me and never failed to give me advices. Ana uhibukifillah ukhti...Now, I really feels like sharing the powerful words with others. So, there it goes...

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi, aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" (Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna)

Pesan AIsya: Moga kita punya hati itu...
Jawab Fariena: InsyaAllah...=)

p/s: (Aisya jangan baling ana ngan pasir ye)..

Btw, I would like to invite all of you to Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna this Saturday..Let us have a clearer view and gain more understanding of this 20th century's mujaddid.

Wassalam


Friday, January 22, 2010

The chosen one

Assalamualaikum wbt...

Suddenly misses him..It has been a long time since I do not go through his stories of life. So shameful for slowly forgetting him which is very contrast with what he had done. He had never forgotten about his people until the end of his breath.

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول اللهAlign Center

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

huh..=(

Wassalam

Friday, January 15, 2010

Tak pernah jauh dari hatiku...azan

Assalamualaikum wbt..

Laungan azan yang saya dengari 5 kali sehari itu, tak pernah membosankan saya. Setiap kali mendengarnya timbul suatu 'rasa' yg tak dapat didescribekan. Kadang-kadang teringat juga kisah-kisah semasa di Sydney dahulu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya saya pada laungan azan itu. Di sana, tiada azan yang kedengaran kecuali azan dari Athan Finder (satu software dalam laptop saya). Lain sungguh rasanya..Walaupun boleh dikatakan banyak juga masjid atau surau yang ada di sana, tatapi azan tidak dibenarkan untuk dilaungkan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman orang-orang disana. Terutamanya waktu Subuh. Setahu saya juga, hanya ada satu tempat yang dibenarkan untuk azan iaitu di Auburn (sebuah pekan yang penduduknya majority orang-orang Turki). Tetapi azan itu hanyalah boleh dilaungkan pada waktu zohor untuk satu hari sahaja.Sedih bukan??. But I have to accept the fact that this is a non-islamic country ruled by non-islamic government. So muslims cannot do anything about it. Btw, it is good enough for muslims that they can practice theyir religion without being harmed by the kuffar.

Well, pernah juga tertanya ngan diri sendiri kenapa tak pernah rasa bosan mendengar panggilan untuk bertemu Allah itu? Rasanya kalian semua pun begitu ye tak?.. Boleh jawab sendiri ye soalan ini..

Indah sungguh Islam ini. Seruan azan memanggil kita bertemu Allah, adalah satu penghargaan agung bagi umat Islam kerana dapat bermuamalat dengan Allah melalui solat. Ini adalah satu peringatan unutk diri saya sendiri juga kerana selalu cuai dalam melaksanakan solat. Bukannya sampai meninggalkan solat tetapi cuai di dalam solat itu sendiri seperti kata orang tiada ruh dalam solat. Nauzubillah..

Kembali kepada laungan azan tadi.. Harapnya sepanjang hidup saya, saya sentiasa dapat mendengar 5 laungan azan itu setiap hari unless I will be posted to somewhere rural areas maybe Sabah and Sarawak. Something that I really do not wish for..Huhu...takut jugak..

Wassalam...

Monday, January 11, 2010

New life

Assalamualaikum wbt...

Lain rasanya bila bermula semula di tempat baru. Saya yang sekarang berbeza sekali dengan saya yang dahulu. InsyaAllah ke arah yang lebih baik.. Ukhuwah?? Bersama teman seperjuangan dulu, rindu sungguh dengan mereka.. Alhamdulillah masih kekal dalam tarbiyah dan ada juga yang sudah berjinak dengan tarbiyah.. Sungguh, hanya Alah yang pegang hati hamba-hambaNya. Sekarang, bersama dalam barisan baru, baru mula mengenal hati budi dan yang sudah tentu, tidak akan habis proses taaruf ini. Syukur sungguh doa saya telah termakbul.Tidak sanggup bersendirian lagi seperti berada di sana dahulu. Inginkan teman seperjuangan yang berjuang di tempat yang sama dan berusaha membina biah solehah. Sedikit dedikasi kepada ahli-ahli bilik saya yang terbaru, jazakunallahu khairan kathira kerana bersama-sama saya. Semoga sama-sama berusaha ...=)...Dan kepada sahabat seperjuangan dahulu, ukhuwah antara kita tetap utuh. Tetap seperti dulu cuma hanya lain cara kerjanya. Walau apa pun, matlamat kita tetap satu iaitu mengajak manusia kepada Allah.

Wallahuaalam

p/s: Jagalah hati