Monday, January 11, 2010

New life

Assalamualaikum wbt...

Lain rasanya bila bermula semula di tempat baru. Saya yang sekarang berbeza sekali dengan saya yang dahulu. InsyaAllah ke arah yang lebih baik.. Ukhuwah?? Bersama teman seperjuangan dulu, rindu sungguh dengan mereka.. Alhamdulillah masih kekal dalam tarbiyah dan ada juga yang sudah berjinak dengan tarbiyah.. Sungguh, hanya Alah yang pegang hati hamba-hambaNya. Sekarang, bersama dalam barisan baru, baru mula mengenal hati budi dan yang sudah tentu, tidak akan habis proses taaruf ini. Syukur sungguh doa saya telah termakbul.Tidak sanggup bersendirian lagi seperti berada di sana dahulu. Inginkan teman seperjuangan yang berjuang di tempat yang sama dan berusaha membina biah solehah. Sedikit dedikasi kepada ahli-ahli bilik saya yang terbaru, jazakunallahu khairan kathira kerana bersama-sama saya. Semoga sama-sama berusaha ...=)...Dan kepada sahabat seperjuangan dahulu, ukhuwah antara kita tetap utuh. Tetap seperti dulu cuma hanya lain cara kerjanya. Walau apa pun, matlamat kita tetap satu iaitu mengajak manusia kepada Allah.

Wallahuaalam

p/s: Jagalah hati

2 comments:

Bro Syah said...

salam mujahadah di bumi sendiri.

nurilahi said...

insyaAllah..