Assalamualaikum wbt...
Dua hari yang lepas, saya sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu sempena cuti persekolahan. Seperti biasa, institut perguruan akan turut mendapat cuti seperti pelajar-pelajar sekolah. Saya memilih untuk menaiki bas pada kali ini yang mana memang jauh lebih murah harganya berbanding dari menaiki kapal terbang. Setelah bertolak dari hentian Putra, saya memasangkan earphone lalu memilih untuk mendengar siaran IKIM.fm. Kebetulan ketika itu, sedang diadakan wawancara bersama pelajar cemerlang SPM 2009 iaitu adik Khadijah dari SMAP Labu yang mendapat 9A+.Dia berada di tempat ketiga dari seluruh pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2009.
Saya kagum mendengar cara adik Khadijah itu bertutur. Dia sangat petah berkata-kata dan setiap soalan dijawab dengan baik. Tidak henti-henti mulutnya mengucapkan syukur pada Allah atas kejayaannya dan juga betapa berterima kasihnya dia kepada kedua umi dan abinya yang banyak memainkan peranan dalam kejayaannya. Antara banyak-banyak jawapan yang dijawab, ada satu jawapannya yang saya dapat mengagak bahawa adik ini mempunyai fikrah Islam bagus. Dia menghuraikan mengenai sejarah Islam terdahulu yang mana betapa ramainya ilmuan-ilmuan Islam yang hebat-hebat dan betapa perlunya kita mengembalikan zaman itu.
Setelah itu, muncul pula giliran abinya untuk ditemuramah. Abinya turut mengucapkan syukur kepada Allah atas kejayaan anaknya itu. Satu perkara yang diceritakan oleh abinya itu, adalah tips-tips untuk mendidik anak dengan cemerlang..Dialognya lebih kurang begini:
Orang bertanya: Macam mana cara awak mendidik anak sampai berjaya?
Abi kepada Khadijah: Ish tanya kita..kita bukannya ulamak.Mari kita ikut cara ulamak mendidik anak. Tips yang saya dan isteri, adalah mendidik anak berpandukan buku '"Tarbiiyatul Aulad" karangan Syeikh Abdullah Naseh Ulwan. Dalam buku ini diceritakan segala tips untuk mendidik anak yang mana ia bermula dari sebelum kelahiran anak itu lagi iaitu berkenaan dengan pemilihan pasangan hidup itu sendiri.
Bertambah kagum saya kepada keluarga ini dan ia menjadi salah satu contoh yang menunjukkan bahawa mendidik anak dengan cara yang dianjurkan Islam mampu melahirkan anak-anak yang insyaAllah mampu berjaya di akhirat dan tidak lupa juga berjaya di dunia dengan cemerlang.
Dan sekarang, adik Khadijah mengikuti kursus persijilan di Darul Quran Kuala Kubu Baru yang insyaAllah akan menjadikannya seorang hafizah. Dia juga ingin menyambung cita-cita dalam jurusan undang-undang. Katanya lagi, angan-angannya dahulu sudah kesampaian dan dia ada satu lagi angan-angan. Dia bercita-cita untuk menjadi Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kalau individu seperti inilah yang ingin menerajui negara, saya menyokong seratus peratus dan insyaAllah mampu mengislahkan rakyat dengan bercorakkan Islam.
Wallahualam...

No comments:
Post a Comment