Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah satu exam paper telah berjaya dilepasi pada pagi tadi dan saya bertawakal sepenuhnya kepada Allah untuk memberikan apa yang terbaik buat saya. Sebelum sempat untuk saya membuat research yang lebih lanjut mengenai 'sibghah Allah' yang pernah saya postkan dalam entri yang sebelum ini, Allah telah menghantar seorang ukhti yang sudi meluangkan masa untuk menerangkan kepada saya tentang perkara tersebut. Jazakillah khair ukhti for the tinta emas that you have sent to me through email.
I would like to share it here...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ana terbaca your blog and email ini just nk share a few something berkenaan ayat Allah dlm surah al-Baqarah ayat ke 138:
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.
[al-Baqarah:138]
Ana petik kata-kata Ustaz Sayyid Qutb dari Fi Dhilal al-Quran:
Sibghah 'celupan' Allah, yang dikehendaki Allah menjadi celupan risalah terakhir bagi manusia, untuk menjadi landasan tegaknya kesatuan manusia dengan cakerawala-Nya yang luas, tanpa fanatisme, kedengkian, dan terikat pada kesukuan dan warna kulit.
Kita berhenti di sini pada satu tanda yang diungkapkan oleh al-Quran, yang memiliki pentunjuk yang amat dalam. Kalimat ini bersumber dari kalam Allah yang menetapkan, "Sibghah Allah. Dan, siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah?" Sedangkan, bahagian kalimat berikutnya adalah perkataan-perkataan orang yang beriman, yang disusulkan dalam rangkaian itu - tanpa dipisahkan - dengan kalam Allah yang Maha Suci, yang semuanya adalah al-Quran yang diturunkan Allah.Akan tetapi, bahagian pertama menceritakan tentang perkataan Allah, sedang bahagian kedua menceritakan tentang perkataan Allah, sedang bahagian kedua menceritakan tentang perkataan orang yang beriman. Itu merupakan penghormatan yang besar, di mana perkataan orang-orang mukmin dirangkaikan dengan firman Allah dalam satu rangkaian kalimat, sebagai petanda adanya hubungan yang kuat antara mereka dan Tuhannya, dan menunjukkan konsistensi yang menghubungkan mereka dengan Tuhannya. Contoh ini banyak terdapat dalam al-Quran dan hal ini mempunyai makna yang besar.
Menurut Ibn Kathir pula, sibghah Allah adalah agama islam itu sendiri. Ini ana petik ayat sepenuhnya dari tafsirnya:
(The Sibghah of Allah). Ad-Dahhak said that Ibn `Abbas commented, "The religion of Allah.'' This Tafsir was also reported of Mujahid, Abu Al-`Aliyah, `Ikrimah, Ibrahim, Al-Hasan, Qatadah, Ad-Dahhak, `Abdullah bin Kathir, `Atiyah Al-`Awfi, Ar-Rabi` bin Anas, As-Suddi and other scholars.
Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa hanya orang yang beriman akan mendapat sibghah Allah dan mereka inilah yang telah Allah angkat darjatnya dimana kalam-Nya menyatakan apa yang mereka katakan.
Moga Allah menempatkan kita di kalangan mereka yang ikhlas menjual harta dan jiwa di jalan Allah dengan berjihad menegakkan mengembalikan ubudiyyah yang haq hanya pada-Nya dan juga mengajar serta menyeru manusia sekeliling dan sedunia ke arah kemedekaan jiwa yang hakiki agar kita semua mendapat maghfirah dan syurga seluas langit dan bumi.

Dan juga satu blog lagi yang ana jumpa dan insyaAllah yang boleh menambahkan pemahaman kita mengenai 'sibghah Allah'. "Nampakkan sibghah Allah"
Ana juga tertarik kepada analogi yang diberikan oleh seorang ukhti..Andaikan acuan ais yang berbentuk bulan. Dan ais yang terhasil akan berbentuk bulan sama seperti yang diacukan. Begitulah sibghah Allah (acuan Allah) iaitu Islam itu sendiri. Jika semua manusia terutama pemuda Islam yang menggunakan acuan Allah itu dalam semua aspek kehidupan, bayangkan hasilnya. Bukankah akan mampu terhasilnya generasi yang hebat sama seperti para sahabat iaitu generasi AL-QUran yang unik itu? SubhanAllah..andai semua dapat melihat hal ini..InsyaAllah..
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah:208]
Wallahualam...

No comments:
Post a Comment