Friday, February 18, 2011

Bermulanya sebuah profession

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan segala nikmat kurniaNya pada diri ini. Pelbagai ujian didatangkan untuk melihat adakah hambaNya itu bersyukur atau tidak, mampu menjadi muslim yang baik atau tidak dengan bersabar atas segala musibah atau perkara yang tidak begitu diingini.

Tergamam rasanya apabila dikhabarkankan akan diberikan tempat mengajar di negeri sendiri. Saya agak sukar untuk menerima kenyataan kerana bukan negeri ini yang saya pilih untuk menabur bakti. Sudah tentu saya ada sebab yang tersendiri untuk bekerja di beberapa negeri lain yang saya pilih. Bukan tidak semangat kenegerian atau bukan benci dengan negeri sendiri cuma seperti yang saya katakan ada sebabnya tersendiri.

Selama seminggu saya sukar untuk menerima kenyataan dan saya juga melalui waktu-waktu yang sukar ketika itu. Futur juga sudah tentu cuma tidaklah terlalu jauh kerana saya masih ada sahabat-sahabat yang memberikan kata-kata semangat. Disebabkan seminggu itu juga, saya menulis entri yang bertajuk al-baqarah 216- bukan semudah membacanya.

Lama kelamaan, saya sudah lali dengan mendapat apa yang tidak diingini kerana saya berharap mendapat daerah tertentu dan bukannya daerah yang sekarang ini. Entah kenapa susah untuk saya melihat hikmah disebaliknya..Astaghfirullah..Pada waktu emosi yang tidak stabil itu juga saya tidak dapat berjumpa dengan akhwat-akhwat tercinta kerana kekangan dari segi jarak. Ohh tak dapat nak digambarkan saat itu. Murung jadinya dan selera makan juga tiada.

Bertarikhkan 8 Februari 2011, saya melaporkan diri ke PPD dan terus ke sekolah. Saya hanya mengetahui sedikit maklumat mengenai sekolah yang bakal saya berkhidmat itu. Sewaktu di PPD, jika ada pegawai yang bertanyakan sekolah mana yang akan dimasuki, semuanya akan membuat reaksi yang semacam bila mendengar nama sekolah saya. "oh ni ke yang akan mengajar ******?" .."tahniah, awak sungguh bertuah".."erm tuan, maksudnya apa?". "Itu sekolah premier, sekolah kawalan. Hanya budak terpilih masuk ke situ. Semoga awak mampu menaikkan proficiency mereka dalam Bahasa Inggeris"..haa?..rasa cuak mula mengalir dalam diri.

Setelah memasuki beberapa kelas, saya mendapati pelajar-pelajarnya sungguh baik dan memang tiada masalah untuk menguruskan kelas. Jumlah pelajar di setiap kelas juga kurang daripada 30 orang pelajar. Selain itu, tahap Bahasa Inggeris juga bukanlah terlalu rendah malah berada di tahap pertengahan. Sekolah itu pula sangat mementingkan aspek rohani dimana setiap pagi, pelajar akan membaca satu mukasurat al-quran sebelum mula belajar ( oh..ini adalah kelas dan pelajar impian setiap guru..subhanAllah)...Jadi, selain mengajar subjek akademik, saya juga boleh menekankan aspek lain seperti pembangunan sahsiah dan segalanya..(dah terbuka mata hati saya akan hikmahnya..=) )

Rasanya bila mengingati segala yang dikurniakan ini, tiada lafaz yang mampu untuk memberitahu betapa bersyukur saya dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah...

Inilah pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup ini....

p/s: semoga tidak hanya menjadi guru biasa

wallahualam

3 comments:

anakucing said...

KISAS ke kak??

nurilahi said...

to anakucing:eh bukan..ni sekolah harian biasa kat hulu terengganu..

chic Gucci shirts said...

gergergfd