Saturday, February 18, 2012

Perihal budak asrama

Assalamualaikum wbt...


Bermula daripada 3hb Januari sehingga sekarang, macam-macam perkara yang telah berlaku. Ini saya ceritakan mengenai keadaan di asrama.


1) Satu kes yang amat menyedihkan iaitu ada pelajar puteri yang hilang daripada asrama. Bila dicari, rupanya dikatakan mengikut teman lelakinya ke bandar dan seterusnya tidak berani untuk pulang ke asrama kerana telah lewat. Setelah itu, menumpang tidur di rumah kawannya. Wallahualam apa yang terjadi pada dia..Semoga Allah melindunginya..


2) Satu kes mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang ditangkap tidak mengerjakan solat. SOlat itu katanya tidak perlu dan tidak dia ketahui apa kepentingan solat. Bila ditanya, rupanya ibu dan bapanya juga tidak pernah memarahi dia bila tidak bersolat. Bahkan ibu bapanya juga turut tidak bersolat. Setelah diberikan nasihat akhirnya dia berjanji untuk solat. Tapi kembali dengan tabiat lamanya. Ditambah pula dengan suka melawan cakap.


3) Satu kes mengenai pelajar yang suka menipu bila ditanya akan kesalahannya. Akhirnya tertangkap juga perangai buruknya itu apabila cerita rekaannya itu tidak masuk akal dan telah menyebabkan timbulnya syak wasangka kepada orang yang difitnah.


Akhirnya ketiga-tiga mereka ini dibuang asrama. Lalu disebabkan oleh kedudukan rumah yang jauh dari sekolah, terpaksa mereka ini bertukar ke sekolah yang lebih dekat. Sangat merugikan mereka kerana mereka pelajar yang pandai dan terpilih untuk berada di sekolah premier. Tapi kerana kesilapan-kesilapan itu, mereka terpaksa ke sekolah yang kurang elok.


Tapi bukan itu yang saya khuatirkan.. Setiap kali kes-kes tersebut terjadi dan pelajar terpaksa dibuang asrama, saya memikirkan siapa lagi yang akan mendidik mereka selepas itu. Tapi, undang-undang tetap perlu dijaga.


Akhirnya terdetik di hati kecil ini, terpaksa melepaskan mereka dan tumpukan perhatian kepada pelajar yang masih tinggal. Semoga Allah mempertemukan mereka dengan orang yang benar-benar mampu membimbing mereka..Amin..

6 comments:

emma marini said...

Didikan awal harus kuat. Kena pupuk cara hidup berdisiplin sejak mereka kecil.

emma marini said...

didikan awal tu sangat penting

Ummu Khaulah said...

Ya, pemilihan kawan yang baik juga sangat penting. Tapi remaja waktu ini sedang meningkat naik. Nasihat jarang dipedulikan. Kawanlah tetap nombor 1. Hmm.. kita para guru harus juga banyak berdoa untuk anak-anak didik.

Salam ziarah

admin said...

Salam, saya ni warden asrama..mmg betul ..remaja ni banyak karenah..susah nak bentuk mereka kat sini jika selama 18tahun ''parent mereka dah ''didik mereka camtu....kalau dah teruk sgt mmg kena buang...

Indahnya Kalam Mu.. said...

semoga kte sama2 dilindungi :) amin..

Anonymous said...

tu di asrama boarding school?