Monday, April 28, 2014

Kau ditakdirkan untukku

Kau ditakdirkan untukku..
Dari saat pertama akad dilafaz,
Di saat itu, perkenalan kita bermula.
Setiap detik yang berlalu hingga kini,
Terasa begitu berharga
Ada sahaja perkara baru yang ku tahu tentang dirimu
Dan aku terima lebih dan kurangmu
Kerana aku tahu kau juga begitu

Kau ditakdirkan untukku..
Aku terkesan dengan perilakumu
Aku tertunduk dengan kata nasihatmu
Aku kagum dengan kesabaranmu
Aku bersyukur dengan keimananmu
Aku bahaga dengan kasih sayangmu

Kau ditakdirkan untukku..
Aku melafaz rasa bersyukur padaMu Tuhan
Dikurniakan pendamping yang menjagaku
Menjaga maruahku dari fitnah dunia terhadap wanita
Menjaga hatiku dari kotoran-kotoran mazmumah
Menjaga lidahku dari berkata buruk

Kau ditakdirkan untukku..
Terima kasih atas segalanya
Silap tingkahku, silap lisanku
Aku mohon ampun sepenuh hati
Kerna kutahu mana letaknya syurgaku
Redha Allah itu terletak pada redhamu kepadaku

Kau yang ditakdirkan untukku..
Wahai suamiku.
Semoga imanmu sentiasa dipeliharaNya
Semoga aqidah sentiasa dijagaNya
Semoga dirimu sentiasa daam lindunganNya


-p/s: Mohd Fadzlam Saari
         (hadiah Allah dari langit untukku )

=)





Wednesday, April 9, 2014

New Phase in my life..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah..=)

Saya masih bernafas dengan nikmat iman dan islam yang diberikan Allah dan semoga ianya sampai ke akhir hayat saya..

Blog yang sangat lama tidak dijamah..What a buzy and hectic life I am having nowadays. Pejam celik pejam celik..it has been 3 months since i have been declared as husband and wife, one of the greatest bond which is the "misthaqan ghaliza".. Perjanjian yang kukuh dan kuat antara seorang suami dan seorang isteri dan amat tinggi nilainya dalam Islam.

Nak berkongsi pengalaman dan asam garam kehidupan setelah berumah tangga? Rasa masih tidak layak kerana usia pernikahan baru setahun jagung..owh mgkin bukan setahun jagung...tapi masih diperingkat anak benih yang disemai..

It is a new phase for me where I need to realize that my focus and loyalty have shifted from my parents to this one great man. Knowing him since 2006 but never realize that he is my destiny. Until last year, we had come to an agreement to get married. We just got to know each other more in the middle of last year and end of year, we were married. That was the 6th time we met each other. =)..It's a miracle kan? 

Rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana dikurniakan seorang teman hidup yang sangat memahami dan penyabar..It is a blessing from Allah to have him in my life..

Sedikit pesanan untuk diri sendiri:

"-Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”

(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)"


Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.

(Riwayat Thabrani)



MARI MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH