Monday, April 28, 2014

Kau ditakdirkan untukku

Kau ditakdirkan untukku..
Dari saat pertama akad dilafaz,
Di saat itu, perkenalan kita bermula.
Setiap detik yang berlalu hingga kini,
Terasa begitu berharga
Ada sahaja perkara baru yang ku tahu tentang dirimu
Dan aku terima lebih dan kurangmu
Kerana aku tahu kau juga begitu

Kau ditakdirkan untukku..
Aku terkesan dengan perilakumu
Aku tertunduk dengan kata nasihatmu
Aku kagum dengan kesabaranmu
Aku bersyukur dengan keimananmu
Aku bahaga dengan kasih sayangmu

Kau ditakdirkan untukku..
Aku melafaz rasa bersyukur padaMu Tuhan
Dikurniakan pendamping yang menjagaku
Menjaga maruahku dari fitnah dunia terhadap wanita
Menjaga hatiku dari kotoran-kotoran mazmumah
Menjaga lidahku dari berkata buruk

Kau ditakdirkan untukku..
Terima kasih atas segalanya
Silap tingkahku, silap lisanku
Aku mohon ampun sepenuh hati
Kerna kutahu mana letaknya syurgaku
Redha Allah itu terletak pada redhamu kepadaku

Kau yang ditakdirkan untukku..
Wahai suamiku.
Semoga imanmu sentiasa dipeliharaNya
Semoga aqidah sentiasa dijagaNya
Semoga dirimu sentiasa daam lindunganNya


-p/s: Mohd Fadzlam Saari
         (hadiah Allah dari langit untukku )

=)





3 comments:

Obsesi Diet said...

Puisi sangat indah...

murah said...

wow, cakep :)

Mir'ah Jadidah said...

im just a jumping-blog-reader.. so sweet :D semoga berbahgiaa and disatukan di syurga nnti,, insyaAllah :)