Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day to abah

Salam alayk..dalam nak exam ni pun sempat lagi tulis blog..hehe..personally I think it is unfair to just write about mothers day and not writing about father's day. Thus, this entry is specially dedicated to my beloved father, Mr Asli Mohd. Happy Father's Day ye abah.. Yesterday, I had been listening to IKIM for the whole day and there was a segment for Father's Day speech dedication. Then after that, I totally forgotten about it and this morning, I saw one of my friend's ym status which reminded me that today is father's day..hopefully btul la hari ni...Anyway, everyday is a father's day right!!.. I had sent my father an sms which sounds like this(direct from Malay translation nih)

"Salam alayk. abah, hepy father's day. Semoga diredhai Allah selalu. syg abah! Sory tgh pokai, dokleh nk anto bunga mcm mama aritu..hehe..doa ke kakak. tgh stady nih"

Then not so long after that, I got the reply.

"tq-tak payah bunga, doa anak soleh dah memadai"

Waa..tak ke berderai airmata baca tu...Macam mana ni, jadi anak soleh??Ya Allah jauh lagi rasanya..Tapi insyaAllah akan dicuba sedaya upaya agar menjadi anak soleh itu..Dahla duk jauh ni..It feels like I want to run back home and hug him..eh lupa abah kat sekolah sekarang..My dad is a cauncellor( tak sure btul ke tak eja tu..encarta pun tk membantu la).. in Sekolah Menengah Tengku Bariah, Terengganu.

Seronok pulak hari ini rasanya sebab ramai jugak kawan-kawan yang menyahut seruan untuk sama-sama meletakkan gambar ayah masing-masing kat ym. Thanks my friends walaupun semua tahu bukannya ayah masing-masing bukak ym pun..huhu..but its ok just as a token of appreciation..Nak bagi harta benda kan, masing-masing pun tak berduit lagi...And as usual I put a song entitled 'Sentuhanmu' by Inteam to all fathers in the world...



Encik Asli Mohd

Saturday, June 14, 2008

Cinta bersulam redha Ilahi

Assalamualaikum wbt....usai solat maghrib tadi, saya telah dibuzz oleh seorang junior sekolah dulu yang bertanya mengenai link blog saya. Katanya dia telah kehilangan link-link dalam blognya selepas blog itu mengalami renovation. Setelah itu, saya turut berkunjung ke blognya dan amat tertarik dengan satu cerpen yang bertajuk korban cinta demi cinta(tajuk asal). Disebabkan sangat tertarik ngan cerpen ini, saya pun mengepostkannya dalam blog saya. Jangan marah Ain ye :)...Semoga bermanfaat pada saya dan semua.



Assalamualaikum wrt wbt,

“Ya Allah, kau lorongkan aku dan sahabatku ini pada jalan yang kau redhai. Janganlah kau sesatkan kami dengan rasa cinta nan indah yang kau kurniakan ini. Jauhilah kami dari godaan syaitan nan kejam itu, agar kami tak terhumban bersama-samanya di neraka nanti..”

Akhi,

Andai kau tahu betapa kesalnya hati ini mengizinkan kau bertemu dengan keluargaku tempoh hari. Andai enta sedar akan keceramukan hati dan jiwa tatkala menerima lamaranmu kelmarin.

Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang mengizinkan setiap perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah yang termaktub disebaliknya.

Akhi,

Ana bersyukur dipertemukan denganmu. Lantaran kasih dalam hati ini berputik dengan mekar dan segar oleh cinta yang kau tebarkan di hadapanku.

Namun, ana khuatir ini hanyalah persembahan syaitan. Kerana tiada yang halal antara kita kecuali sesudah dinikahkan. Pertemuan itu, tiada yang halal. Kasih dan cinta itu, tiada yang halal. Rindu dan sayang itu juga tiada yang halal!

Ampunan dan maaf harus dipohonkan daripada Ilahi.

Wallah a’lam.


Khalisa melipat helaian surat yang ditulisnya itu lalu menyelitkan ke dalam sampul surat putih bertitipkan nama sang penerima. Sudah hampir seminggu Khalisa meneliti hasil tulisan tangannya itu, dan sudah hampir seminggu sampul surat itu sering berganti baru. Setiap kali hendak disampaikan kepada ikhwah tersebut, Khalisa tidak sampai hati. Pulang ke rumah, dikoyakkan sampul dan dibacanya berulang-ulang kali.

Ya, Allah. Kuatkan hati ini…

Khalisa bangkit dari kerusi dan menapak keluar dari peraduannya lalu bertemu sahabat serumahnya Ummi yang sedang menatap kitab tafsir Sayy
id Qutb. Ummi menoleh ke arahnya dan melemparkan seulas senyuman.

Ummi mengesot ke kiri memberi ruang untuk Khalisa duduk di sebelahnya. Masing-masing membuang pandang ke taman nan indah di luar rumah tersebut.

Ummi memahami gejolak perasaan yang dialami sahabat serumahnya yang juga adik tiri berlainan ayah. Dia menutup buku dipangkuannya dan mencapai tangan Khalisa.

“Khalisa sayang kak Ummi, ingat tak kisah Zainab Jahsy yang atas keizinan Allah s.w.t dipisahkan daripada Zaid Harithah? Walaupun begitu Allah s.w.t menggantikan insan terbaik buat beliau, iaitu Muhammad s.a.w. Even though y
our situation is not that same, tapi the point is walaupun Khalisa terpaksa meninggalkan adik kak Ummi, Iskandar, insha Allah, Dia bakal menggantikannya dengan yang lebih baik lagi,”

Khalisa menundukkan wajahnya. Setitis air mata jatuh di pangkuan.

“Tambahan lagi, Khalisa mengambil tindakan ni kerana ingin menjaga kesucian hati dengan kebenaran hukum-hukum Islam. Allah sahajalah yang tahu ganjaran yang bagaimana untuk Khalisa kelak,”

Khalisa mengesat air matanya dan mendongak menghad
ap keindahan “Taman Firdausi” di hadapan matanya. Tangan kirinya mengenggam erat jari-jemari Ummi seolah-olah meresapi kekuatan yang disalurkan dari hati ikhlas kakak tirinya itu. Lembut anak matanya memandang menerusi mata Ummi, lantaran meletakkan sampul surat putih itu di telapak tangan kanan Ummi.


* * * * *

Khalisa dikejutkan oleh bunyi mesej yang memasuki telefon bimbitnya. Zikirnya terganggu. Ditoleh ke arah jam dinding.


Jam empat pagi.. Siapalah ni?

Terkebil-kebil matanya menatap setiap baris ayat pada skrin telefon bimbitnya. Khalisa menarik nafas sedalam mungkin dan meletakkan telefon teresebut di tepi meja. Dia bangkit dan meneruskan solat tahajjud empat rakaat, diselangi bacaan al-Quran dan di akhiri dengan solat witir.

Khalisa tenggelam di dalam kecintaannya yang mula berputik kepada Yang Satu. Hari demi hari yang dilaluinya diusahakan untuk tidak meninggalkan qiam di malam hari. Daurah mingguan tidak pernah dilupakan, mukhaiyyam dan rehlah juga tiada yang tertinggal. Halaqah bersama sahabat-sahabatnya dan adik-adik usrah juga berterusan. Hidupnya disibukkan dengan tugasan yang telah sekian lama Allah s.w.t berikan:

Firman Allah yang bermaksud, “Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi ini..” [al-Baqarah 2:30]

Dan yang antara lain, Allah berfirman “Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku," [az-Zaariyaat 51:56]

Sebagai manusia biasa, Khalisa pernah diuji hatinya dengan keindahan ciptaan Tuhan. Hatinya tertaut dek keikhlasan hati Iskandar, malah tertarik dengan penampilan pemuda yang berkarisma dan amat berkepimpinan itu. Di kolej, beliaulah presiden badan pelajar, ahli sukan malah ketua bahagian akademik fakulti perubatan.

Tak pernah Khalisa melihat Iskandar tertinggal solat berjemaah di masjid kolej. Sehinggalah pada hari Khalisa menghubungi Iskandar melalui pesanan SMS.

Semenjak dari situ, hati masing-masing tertau
t dan bermulalah episod cinta antara Khalisa dan Iskandar. Seluruh badan pelajar malah tahu tentang kisah cinta Khalisa dan Iskandar. Sama cantik sama padan. Sama-sama bijak dan aktif berpersatuan dan berdakwah. “Cinta Suci” yang dikatakan oleh pelajar-pelajar lain ialah cinta Khalisa dan Iskandar. Walaupun berada di dalam satu kolej, berlainan fakulti, mereka tidak pernah keluar bersama, tidak pernah bercakap dan tidak pernah walau bermain mata.

Namun, itulah silapnya. Bila hati dibutakan dengan cinta dunia, cinta manusia, maka CINTA Allah itu satu perkara yang diremehkan. Iskandar mula sedikit demi sedikit meninggalkan solat berjemaah di masjid. Lama kelamaan prestasi beliau sebagai presiden semakin merosot. Akademik Khalisa juga mula merudum. Hany
ut dibuai ombak cinta yang asyik mahsyuk.

“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah,” [an-Nisaa’ 4:27-28]


* * * * *

Ukhti, jazaakillah khair atas pesanan yang diberikan
melalui kak Ummi. Fii amaanillahi wabaraakillah fik.

Skrin telefon bimbit tersebut menjadi legap dan kaku di atas meja tersebut.

Khalisa meneruskan zikir munajatnya sehingga azan dari masjid berkumandang menandakan telah pun masuk waktu solat far
dhu Subuh.

“Bunda, nak sembahyang sama-sama,” anak kecil berumur tiga tahun itu menggosok-gosok matanya sambil berdiri di muka pintu menghadap Khalisa.

Lantaran itu suami Khalisa yang baru selesai berwuduk muncul di belakang anak kecil tersebut sambil melemparkan senyuman kepadanya.

“Aisya nak solat sama-sama bunda dan ayah ya? Kita basuh muka, ambil wuduk dulu ya?” anak kecil itu mendongak lalu di dorong ke bilik air bersama ayahnya.

Sayup-sayup Khalisa mendengar perbualan anak da
n suaminya.

“Solat tu apa ayah?”

“Solat tu sama maksudnya dengan sembahyang,”

“Emm..”

Khalisa tersenyum lalu bersujud syukur.

Hasil nukilan,
hiratai

taken from 'Nurun A'la Nur'

Maaf Tuk Berpisah - Tashiru



Wallahualam..

Wednesday, June 11, 2008

Doa-doa untuk orang yang nak exam

Assalamualaikum wbt..Ini ada sedikit doa yang saya ingin kongsikan dengan kalian..Saya sangat berterima kasih kepada seorang sahabat, Zarra yang telah mengirimkan photo-photo berisi doa ini. Saya amat bersyukur kerana berpeluang mengenalinya. Semoga Allah sahaja yang membalas jasamu ya ukhti..








p/s: jangan amalkan doa-doa ini tanpa usaha ya!!...insyaAllah Allah permudahkan...

wassalam

Monday, June 9, 2008

Bestnya kalau faham bacaan-bacaan Al-Quran

Assalamualaikum wbt. Ucaplah salam sebelum berkata-kata. Terdetik rasanya untuk saya berkongsi sebuah video yang berada dalam koleksi saya. Video ini diuploadkan di youtube dan saya pulak mendownloadkannya. Video bacaan surah At-Tahreem ketika solat oleh Syeikh Mishary Al-Afasy ini menunjukkan beberapa orang para makmum yang menangis ketika surah itu dibaca. First time saya tengok video ini, rasa sedih tu datang hanya dengan melihat makmum-makmum itu menangis. Kemudian malam ini barulah terdetik di hati untuk mencari terjemahan kepada surah itu. Ayat yang dibacakan bermula dari ayat 8 sampai habis surah.



Ayat 8: Wahai org2 yg beriman!bertaubatlah kepada Allah dgn taubat yg semurni-murninya,
mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai,pada hari ketika Allah tdk mengecewakan Nabi dan org2 yg beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Ayat 9: Wahai Nabi! Perangilah org2 kafir dan org2 mnafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Ayat 10: Allah membuat perumpamaan bagi org2 kafir,isteri Nuh dan Luth. Keduanya berada di bwh pengawasan 2 org hamba yg saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kpd kedua suaminya, ttp kedua suaminya itu tdk membntu mereka sedikit pun dari siksa Allah;dan dikatakan (kpd 2 isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama org2 yg masuk (neraka)."

Ayat 11: Dan Allah membuat perumpamaan bagi org2 yg beriman, isteri Firaun,ketika dia berkata,"Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dlm syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya,dan selamatkanlah aku dari kaum yg zalim".

Ayat 12: danMaryam putri Imran yg memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (Ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya; dan dia termasuk org2 yg taat.

Ini rupanya maksud ayat-ayat yang dibacakan itu. Patutlah sampai tersesak-esak orang-orang tu menangis.Bestnya orang-orang yang faham makna bacaan Quran kn..So kepada sesiapa yang faham tu beruntunglah anda dan manfaatkanlah sebaik mungkin. Bagi yang tak faham bahasa Arab tu, macam saya jugak la, kita tryla belajar sikit-sikit. Kalau faham sikit-sikit tu pun dah kira ok kan..insyaAllah...Teringat akan kata-kata seorang sahabat saya..Kalam Allah dari Al-Quran ni, hebat. Walaupun kita tak faham, tapi hanya dengan mendengarnya sahaja sudah membuatkan hati rasa sayu.

"Kalam terindah yang turun dari Allah yang Esa, Disampaikan oleh malaikat yang paling utama iaitu Jibril, Dalam bahasa terindah dan terunik iaitu Bahasa Arab, Kepada penyampai risalah terulung iaitu Muhammad SAW, Untuk ummat terbaik yang diciptakan iaitu siapa??Kita lah tu..."

Buat pedoman semua termasuk diri sendiri..insyaAllah...

Sedikit doa yang boleh diamalkan

"Ya Tuhanku, jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, dibawah ku suatu cahaya, dibelakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya..amin ya rabbal a'lamin"

Wallahualam....
p/s: doakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan ye..exam next week..Permudahkan kami Ya Allah...

Saturday, June 7, 2008

Rumahku syurgaku


Rumahku Syurgaku - Tazakka


Sedamai alam raya
Menghijau luas membentang
Seindah lukisan Tuhan
Yang tak pernah lelah
Memuji Keagungan-Nya

Itulah keindahan
Dambaan setiap insan
Merindukan hidup damai
Sejahtera dan harmoni

Ayah ibu kami anakmu
belahan jiwamu
Kami permata hidupmu
sebagai cahaya mata
Mahligai rumah tangga bahagia
Lahir dari jiwa
Tak lepas ujian, dan cobaan Tuhan
Ia akan terpancar
Karena taat dan sifat taqwa

Rasa kasih dan sayang
Juga tanggung jawab
Itulah rumah tangga
Yang mendapat rahmat
dan berkah Allah
Rumahku Syurgaku

Thursday, June 5, 2008

Sunni??Syiah??Pengalaman sendiri



Assalamualaikum wbt...SubhanAllah menarik sungguh pengalaman yang saya lalui siang tadi. Selepas membeli-belah barang-barang untuk makan-makan selepas bacaan yassin malam ini, saya dan seorang sahabat lagi berehat di mussolla yang terletak di Macquarie International Building(building untuk budak-budak international) sambil menunggu waktu asar tiba kerana selepas itu kami ada satu lagi lecture yang terakhir untuk sem ini. When we first entered the mussolla, there was this one girl sitting on the chair and answered our salam. Then we introduced ourselves and she asked a lot about Malaysia. About the races, religion an so on. Then I asked her, where she was from. Rupa-rupanya, she is a Lebanese and her hometown was Beirut. Now she lived with her auntie and uncle in Australia and she is only 16 this year. Rasanya dia ni budak terror sebab jarang sangat usia semuda itu dapat masuk uni dahla dia dah second year. After that, I asked her la, hows Lebanon? She was silent for a moment and I said I was so sad of what happpening in her country. She asked me do you know the real story of her country? I said I only know from the media and websites about what is going on in her country.

She started to tell me the whole thing. Dia cakap, dulu time Saddam Hussein berkuasa, everything was ok. Kuasa asing tak boleh masuk campur sebab Saddam sangat berpengaruh. Cuma adalah certain thing yang Saddam buat yang tak elok tu. Kemudian dengan campur tangan puak Syiah yang bersekongkol dengan America berusaha menjatuhkan Saddam. Saddam pun ada jugak bunuh orang-orang Syiah ni. America datang dengan membawa cadangan untuk menjalankan pemerintahan secara demokrasi di Iraq kerana kasihankan penduduk Iraq. Setelah Saddam dibunuh, keadaan became worst and mananya demokrasi yang diwar-warkan dulu tu. Saya dan sahabat yang tidak tahu apa-apa ini hanya mengangguk dan sebenarnya agak kagum dengan reaksi dia yang sangat enthusiastic ketika bercerita. Dia cakap lagi, lepas tu, tampuk pemerintahan diberikan kepada tentera dan tengokla apa yang jadi di sana. Kuasa-kuasa tertinggi diberikan kepada orang-orang Syiah. For example, the judges and lawyers. Kalau apa-apa yang berkaitan dengan orang-orang Sunni, out you go. You are finished. Mmamng teruk di layan. Kata dia lagi, time awal-awal dulu, seorang budak perempuan kene rogol ngan puak-puak Syiah dan diorang amek gambar budak tu and sebarkan ke merata-rata. Dia nampak sangat marah dan menegaskan berkali-kali betapa teruknya orang-orang Sunni dilayan dan diperlakukan oleh orang-orang Syiah. Saya dapat agak tentu teruk pengalaman yang dia lalui. Dia jugak ada menyatakan ketidakpuasan hatinya bila ada pihak yang menyuruh Syiah dan Sunni berpadu. Katanya dia tidak boleh menerima itu semua sebab pengalaman yang dia laluinya. Saya hanya berdiam diri dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Lagipun langsung tidak mempunyai ilmu mengenai hal ini.

Di atas rak Al-Quran dalam mussolla tersebut, ada satu bekas kecil yang di dalamnya berisi 2 biji batu yang berwarna coklat. Pernah satu hari tu, I saw this one lady, she used that small rock to pray. Dia letakkan kat depan betul2 sebelum tempat letak dahi di sejadah. Saya ingatkan itu mungkin hanyalah cara yang digunakan untuk fokus pada satu tempat ketika solat. Iyalah culture orang lain mane la kita tau kn. Lepas tu, Lebanese lady tadi tu cakap tu la cara orang Syiah solat. Pelik jugak rasanya. Kemudian, dia cakap dia nak tanya la kat brothers kat sebelah pasal batu tu kenapa ia digunakan untuk solat. Kami yang dengar time tu dah cuak ni. Takut pulak rasanya. Then dia tulis soalan dia atas kertas and passed kan kat sebelah. Lama kemudian ada seorang brother ni kot yang jawab. Dia tulis, batu tu sebenarnya diperbuat dari Tanah Padang Karbala. Dan memang digunakan oleh orang Syiah untuk solat. Significance nye apa, tidak pula diterangkan. That Lebanese lady tu tanyala kitorang, ada ke ajaran Islam camni. Mana ada solat guna batu-batu ni semua. Kami hanya mengangguk dan tersenyum. Lepas tu, brother kat sebelah pun azan asar and we prayed. After that, terus ke lecture hall and balik umah.

Saya kemudian terfikir betapa sedihnya keadaan Umat Islam. Golongan Kuffar sedang giat menghancurkan kita tapi kita masih lagi tidak habis-habis dengan masalah antara sesama sendiri. Melalui pembacaan daripada blog sahabat saya, (Sunni dan Syie, ketepikan perbedaan) saya mendapati Dr Yusof al-Qhardawi ada menyeru kepada perpaduan ummah dan ketepikan perbedaan antara Sunni dan Syiah ini dan memfokuskan kepada persamaan. Mungkin yang berbuat jahat kepada satu sama lain itu hanyalah golongan yang ekstrim..wallahualam. Tapi entahlah kerana saya rasa, saya dapat agak daripada sahabat saya orang Lubnan itu tadi, tidak mungkin dia akan menerima saranan itu. Tapi saya tidak boleh menyalahkan dia juga kerana mungkin tersangat teruk daripada apa yang kita bayangkan apa yang telah dia lalui itu. Rungsing betul memikirkan masalah ummat sekrang ini. Tentu baginda Nabi SAW sangat sedih dengan apa yang berlaku pada Ummat yang amat dicintai baginda (khairu ummatan-ummat terbaik yang diciptakan).

Ada hikmah kenapa semua ini saya alami sendiri. Rasanya kalau tidak berjumpa dengan dia, sudah tentu sampai bila-bila saya tidak mengetahui apa-apa pasal ini. Dan saya juga sudah bertambah minat untuk terus mencari maklumat mengenai perkara ini. InsyaAllah...
Jom kita sama-sama hayati lagu dari Outlandish dan Sami Yusuf ini...



Wallahualam...

Wednesday, June 4, 2008

Yang hak dan yang batil..

Assalamualaikum wbt..syukur alhamdulillah dipanjatkan pada Alah Yang Esa. Segala puji bagiNya yang tidak pernah putus-putus untuk menganugerahkan segala nikmat yang kita nikmati sehingga ke hari ini. Mari kita bersama-sama bermuhasabah adakah kita tergolong dalam golongan hambaNya yang bersyukur atau tidak.

The clock strucked at 6.05 p.m and then one voice was heard. "Ok now, its 6.05 sharp. So, put down your pen and no more writing is permitted."I put a pull stop and there it went. My test paper of EDUC 261. A course which was quite interesting but there were to many things to do in this course. Alhamdulillah, I had completed the course. Then got back home by the courtesy vehicle which was free. No need to walk up and down the hill to reach my house. Now it was raining cats and dogs and I also can hear the sounds of the wind howling. Geez quite scary...and I am in front of my laptop forcing my rusty brain to write anything which can be posted in my blog...I open up my usrah diary and I think I have found something to share with all of you. But let me continue it in BM sbb lagi best untuk bercerita..


Duk belek-belek diary, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya catat. Ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang ustaz di sebuah Masjid di kampung saya. Masjid Pengadang Baru. Kisahnya macam ni:

Terdapat sekumpulan ulama yang dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk memberikan fatwa bagi membolehkan Arab Saudi bersekongkol dengan Amerika unutk menyerang Iraq. Di awal kedatangan ulama-ulama ini di Arab Saudi, mereka disambut dengan layanan yang sangat baik(first class la). Setelah berbincang, ulama-ulama tersebut bersepakat bahawa tidak boleh bagi sebuah negara Islam, memerangi negara Islam yang lain walau sezalim mana pun pemimpin negara Islam itu. Akhirnya, ulama-ulama yang berani menegakkan agama ini, pulang tanpa layanan yang istimewa seperti di awal kedatangan mereka tadi.

Daripada cerita tersebut, ustaz itu telah mengulas bahawa, sejahat-jahat orang Islam, kita masih tidak boleh membantu orang kafir untuk memerangi orang Islam yang lain.
Dan mengenai ulama-ulama itu, uztaz tersebut mengeluarkan firman Allah yang berbunyi:

"Sesungguhnya hamba-hambaKu yang takut padaKu adalah ulama'"

Jika ada ulama yang menyembunyikan kebenaran, maka rosak binasalah dunia ini. Dan ada dua golongan dalam dunia ini, jika baik golongan itu, maka baiklah manusia. Jika rosak dua golongan itu, maka rosaklah manusia. Iaitu: pemimpin dan ulama..Besarkan tugas sebagai pemimpin dan ulama ni. Sekarang, kita boleh lihat pelbagai fitnah yang melanda golongan ulama di Malaysia. Mereka ini adalah golongan yang berani menentang sesuatu yang batil. Sebagai contoh, Mufti Perlis yang menghalang Faizal Tahir dari membuat persembahan di sana kerana memberikan pengaruh yang kurang elok dan Mufti Perak yang membuat kenyataan bahawa konsert Sureheboh itu melalaikan dan tidak dibenarkan di negeri tersebut. Kemudian keluarlah pelbagai tohmahan dari pelbagai pihak terutamanya orang-orang seni yang mengatakan orang-orang keagamaan tidak perlu masuk campur dalam urusan kesenian. hurm ada sedikit unsur-unsur sekularisme disini. Mahu mengasingkan agama dari sesuatu perkara. Mesti ramai yang berpendapat Islam ini terlalu teruk sampai langsung tidak membernarkan sebarang bentuk hiburan. Eh rasanya ramai yang dah salah faham. Berhiburlah semahunya kamu asalkan hiburan itu tidak melampaui batas syariat dan tidak melalaikan. Sedangkan Nabi SAW sendiri berkata kepada Aishah supaya mengadakan sedikit hiburan sewaktu seorang kaum Ansar berkahwin kerana kaum Ansar suka kepada hiburan. Bukankah sudah jelas disini bahawa hiburan itu tidak salah. Bak lirik lagu kumpulan Raihan yang berbunyi "Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah. Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah". Macam-macam dah jadi kat Malaysia yang tercinta. Jangan sampai bala Allah datang baru kita nak sedar.Nauzubillah...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanambanyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya(ayat-ayat Allah) dan mempunyai mata(tetapi tidak mahu melihat dengannya(bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengarnya(ajaran dan nasihat);mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai"(Al-Araf:179)