Thursday, June 5, 2008

Sunni??Syiah??Pengalaman sendiri



Assalamualaikum wbt...SubhanAllah menarik sungguh pengalaman yang saya lalui siang tadi. Selepas membeli-belah barang-barang untuk makan-makan selepas bacaan yassin malam ini, saya dan seorang sahabat lagi berehat di mussolla yang terletak di Macquarie International Building(building untuk budak-budak international) sambil menunggu waktu asar tiba kerana selepas itu kami ada satu lagi lecture yang terakhir untuk sem ini. When we first entered the mussolla, there was this one girl sitting on the chair and answered our salam. Then we introduced ourselves and she asked a lot about Malaysia. About the races, religion an so on. Then I asked her, where she was from. Rupa-rupanya, she is a Lebanese and her hometown was Beirut. Now she lived with her auntie and uncle in Australia and she is only 16 this year. Rasanya dia ni budak terror sebab jarang sangat usia semuda itu dapat masuk uni dahla dia dah second year. After that, I asked her la, hows Lebanon? She was silent for a moment and I said I was so sad of what happpening in her country. She asked me do you know the real story of her country? I said I only know from the media and websites about what is going on in her country.

She started to tell me the whole thing. Dia cakap, dulu time Saddam Hussein berkuasa, everything was ok. Kuasa asing tak boleh masuk campur sebab Saddam sangat berpengaruh. Cuma adalah certain thing yang Saddam buat yang tak elok tu. Kemudian dengan campur tangan puak Syiah yang bersekongkol dengan America berusaha menjatuhkan Saddam. Saddam pun ada jugak bunuh orang-orang Syiah ni. America datang dengan membawa cadangan untuk menjalankan pemerintahan secara demokrasi di Iraq kerana kasihankan penduduk Iraq. Setelah Saddam dibunuh, keadaan became worst and mananya demokrasi yang diwar-warkan dulu tu. Saya dan sahabat yang tidak tahu apa-apa ini hanya mengangguk dan sebenarnya agak kagum dengan reaksi dia yang sangat enthusiastic ketika bercerita. Dia cakap lagi, lepas tu, tampuk pemerintahan diberikan kepada tentera dan tengokla apa yang jadi di sana. Kuasa-kuasa tertinggi diberikan kepada orang-orang Syiah. For example, the judges and lawyers. Kalau apa-apa yang berkaitan dengan orang-orang Sunni, out you go. You are finished. Mmamng teruk di layan. Kata dia lagi, time awal-awal dulu, seorang budak perempuan kene rogol ngan puak-puak Syiah dan diorang amek gambar budak tu and sebarkan ke merata-rata. Dia nampak sangat marah dan menegaskan berkali-kali betapa teruknya orang-orang Sunni dilayan dan diperlakukan oleh orang-orang Syiah. Saya dapat agak tentu teruk pengalaman yang dia lalui. Dia jugak ada menyatakan ketidakpuasan hatinya bila ada pihak yang menyuruh Syiah dan Sunni berpadu. Katanya dia tidak boleh menerima itu semua sebab pengalaman yang dia laluinya. Saya hanya berdiam diri dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Lagipun langsung tidak mempunyai ilmu mengenai hal ini.

Di atas rak Al-Quran dalam mussolla tersebut, ada satu bekas kecil yang di dalamnya berisi 2 biji batu yang berwarna coklat. Pernah satu hari tu, I saw this one lady, she used that small rock to pray. Dia letakkan kat depan betul2 sebelum tempat letak dahi di sejadah. Saya ingatkan itu mungkin hanyalah cara yang digunakan untuk fokus pada satu tempat ketika solat. Iyalah culture orang lain mane la kita tau kn. Lepas tu, Lebanese lady tadi tu cakap tu la cara orang Syiah solat. Pelik jugak rasanya. Kemudian, dia cakap dia nak tanya la kat brothers kat sebelah pasal batu tu kenapa ia digunakan untuk solat. Kami yang dengar time tu dah cuak ni. Takut pulak rasanya. Then dia tulis soalan dia atas kertas and passed kan kat sebelah. Lama kemudian ada seorang brother ni kot yang jawab. Dia tulis, batu tu sebenarnya diperbuat dari Tanah Padang Karbala. Dan memang digunakan oleh orang Syiah untuk solat. Significance nye apa, tidak pula diterangkan. That Lebanese lady tu tanyala kitorang, ada ke ajaran Islam camni. Mana ada solat guna batu-batu ni semua. Kami hanya mengangguk dan tersenyum. Lepas tu, brother kat sebelah pun azan asar and we prayed. After that, terus ke lecture hall and balik umah.

Saya kemudian terfikir betapa sedihnya keadaan Umat Islam. Golongan Kuffar sedang giat menghancurkan kita tapi kita masih lagi tidak habis-habis dengan masalah antara sesama sendiri. Melalui pembacaan daripada blog sahabat saya, (Sunni dan Syie, ketepikan perbedaan) saya mendapati Dr Yusof al-Qhardawi ada menyeru kepada perpaduan ummah dan ketepikan perbedaan antara Sunni dan Syiah ini dan memfokuskan kepada persamaan. Mungkin yang berbuat jahat kepada satu sama lain itu hanyalah golongan yang ekstrim..wallahualam. Tapi entahlah kerana saya rasa, saya dapat agak daripada sahabat saya orang Lubnan itu tadi, tidak mungkin dia akan menerima saranan itu. Tapi saya tidak boleh menyalahkan dia juga kerana mungkin tersangat teruk daripada apa yang kita bayangkan apa yang telah dia lalui itu. Rungsing betul memikirkan masalah ummat sekrang ini. Tentu baginda Nabi SAW sangat sedih dengan apa yang berlaku pada Ummat yang amat dicintai baginda (khairu ummatan-ummat terbaik yang diciptakan).

Ada hikmah kenapa semua ini saya alami sendiri. Rasanya kalau tidak berjumpa dengan dia, sudah tentu sampai bila-bila saya tidak mengetahui apa-apa pasal ini. Dan saya juga sudah bertambah minat untuk terus mencari maklumat mengenai perkara ini. InsyaAllah...
Jom kita sama-sama hayati lagu dari Outlandish dan Sami Yusuf ini...



Wallahualam...

No comments: