Saturday, June 14, 2008

Cinta bersulam redha Ilahi

Assalamualaikum wbt....usai solat maghrib tadi, saya telah dibuzz oleh seorang junior sekolah dulu yang bertanya mengenai link blog saya. Katanya dia telah kehilangan link-link dalam blognya selepas blog itu mengalami renovation. Setelah itu, saya turut berkunjung ke blognya dan amat tertarik dengan satu cerpen yang bertajuk korban cinta demi cinta(tajuk asal). Disebabkan sangat tertarik ngan cerpen ini, saya pun mengepostkannya dalam blog saya. Jangan marah Ain ye :)...Semoga bermanfaat pada saya dan semua.



Assalamualaikum wrt wbt,

“Ya Allah, kau lorongkan aku dan sahabatku ini pada jalan yang kau redhai. Janganlah kau sesatkan kami dengan rasa cinta nan indah yang kau kurniakan ini. Jauhilah kami dari godaan syaitan nan kejam itu, agar kami tak terhumban bersama-samanya di neraka nanti..”

Akhi,

Andai kau tahu betapa kesalnya hati ini mengizinkan kau bertemu dengan keluargaku tempoh hari. Andai enta sedar akan keceramukan hati dan jiwa tatkala menerima lamaranmu kelmarin.

Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang mengizinkan setiap perkara yang berlaku itu, pasti ada hikmah yang termaktub disebaliknya.

Akhi,

Ana bersyukur dipertemukan denganmu. Lantaran kasih dalam hati ini berputik dengan mekar dan segar oleh cinta yang kau tebarkan di hadapanku.

Namun, ana khuatir ini hanyalah persembahan syaitan. Kerana tiada yang halal antara kita kecuali sesudah dinikahkan. Pertemuan itu, tiada yang halal. Kasih dan cinta itu, tiada yang halal. Rindu dan sayang itu juga tiada yang halal!

Ampunan dan maaf harus dipohonkan daripada Ilahi.

Wallah a’lam.


Khalisa melipat helaian surat yang ditulisnya itu lalu menyelitkan ke dalam sampul surat putih bertitipkan nama sang penerima. Sudah hampir seminggu Khalisa meneliti hasil tulisan tangannya itu, dan sudah hampir seminggu sampul surat itu sering berganti baru. Setiap kali hendak disampaikan kepada ikhwah tersebut, Khalisa tidak sampai hati. Pulang ke rumah, dikoyakkan sampul dan dibacanya berulang-ulang kali.

Ya, Allah. Kuatkan hati ini…

Khalisa bangkit dari kerusi dan menapak keluar dari peraduannya lalu bertemu sahabat serumahnya Ummi yang sedang menatap kitab tafsir Sayy
id Qutb. Ummi menoleh ke arahnya dan melemparkan seulas senyuman.

Ummi mengesot ke kiri memberi ruang untuk Khalisa duduk di sebelahnya. Masing-masing membuang pandang ke taman nan indah di luar rumah tersebut.

Ummi memahami gejolak perasaan yang dialami sahabat serumahnya yang juga adik tiri berlainan ayah. Dia menutup buku dipangkuannya dan mencapai tangan Khalisa.

“Khalisa sayang kak Ummi, ingat tak kisah Zainab Jahsy yang atas keizinan Allah s.w.t dipisahkan daripada Zaid Harithah? Walaupun begitu Allah s.w.t menggantikan insan terbaik buat beliau, iaitu Muhammad s.a.w. Even though y
our situation is not that same, tapi the point is walaupun Khalisa terpaksa meninggalkan adik kak Ummi, Iskandar, insha Allah, Dia bakal menggantikannya dengan yang lebih baik lagi,”

Khalisa menundukkan wajahnya. Setitis air mata jatuh di pangkuan.

“Tambahan lagi, Khalisa mengambil tindakan ni kerana ingin menjaga kesucian hati dengan kebenaran hukum-hukum Islam. Allah sahajalah yang tahu ganjaran yang bagaimana untuk Khalisa kelak,”

Khalisa mengesat air matanya dan mendongak menghad
ap keindahan “Taman Firdausi” di hadapan matanya. Tangan kirinya mengenggam erat jari-jemari Ummi seolah-olah meresapi kekuatan yang disalurkan dari hati ikhlas kakak tirinya itu. Lembut anak matanya memandang menerusi mata Ummi, lantaran meletakkan sampul surat putih itu di telapak tangan kanan Ummi.


* * * * *

Khalisa dikejutkan oleh bunyi mesej yang memasuki telefon bimbitnya. Zikirnya terganggu. Ditoleh ke arah jam dinding.


Jam empat pagi.. Siapalah ni?

Terkebil-kebil matanya menatap setiap baris ayat pada skrin telefon bimbitnya. Khalisa menarik nafas sedalam mungkin dan meletakkan telefon teresebut di tepi meja. Dia bangkit dan meneruskan solat tahajjud empat rakaat, diselangi bacaan al-Quran dan di akhiri dengan solat witir.

Khalisa tenggelam di dalam kecintaannya yang mula berputik kepada Yang Satu. Hari demi hari yang dilaluinya diusahakan untuk tidak meninggalkan qiam di malam hari. Daurah mingguan tidak pernah dilupakan, mukhaiyyam dan rehlah juga tiada yang tertinggal. Halaqah bersama sahabat-sahabatnya dan adik-adik usrah juga berterusan. Hidupnya disibukkan dengan tugasan yang telah sekian lama Allah s.w.t berikan:

Firman Allah yang bermaksud, “Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi ini..” [al-Baqarah 2:30]

Dan yang antara lain, Allah berfirman “Dan
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku," [az-Zaariyaat 51:56]

Sebagai manusia biasa, Khalisa pernah diuji hatinya dengan keindahan ciptaan Tuhan. Hatinya tertaut dek keikhlasan hati Iskandar, malah tertarik dengan penampilan pemuda yang berkarisma dan amat berkepimpinan itu. Di kolej, beliaulah presiden badan pelajar, ahli sukan malah ketua bahagian akademik fakulti perubatan.

Tak pernah Khalisa melihat Iskandar tertinggal solat berjemaah di masjid kolej. Sehinggalah pada hari Khalisa menghubungi Iskandar melalui pesanan SMS.

Semenjak dari situ, hati masing-masing tertau
t dan bermulalah episod cinta antara Khalisa dan Iskandar. Seluruh badan pelajar malah tahu tentang kisah cinta Khalisa dan Iskandar. Sama cantik sama padan. Sama-sama bijak dan aktif berpersatuan dan berdakwah. “Cinta Suci” yang dikatakan oleh pelajar-pelajar lain ialah cinta Khalisa dan Iskandar. Walaupun berada di dalam satu kolej, berlainan fakulti, mereka tidak pernah keluar bersama, tidak pernah bercakap dan tidak pernah walau bermain mata.

Namun, itulah silapnya. Bila hati dibutakan dengan cinta dunia, cinta manusia, maka CINTA Allah itu satu perkara yang diremehkan. Iskandar mula sedikit demi sedikit meninggalkan solat berjemaah di masjid. Lama kelamaan prestasi beliau sebagai presiden semakin merosot. Akademik Khalisa juga mula merudum. Hany
ut dibuai ombak cinta yang asyik mahsyuk.

“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah,” [an-Nisaa’ 4:27-28]


* * * * *

Ukhti, jazaakillah khair atas pesanan yang diberikan
melalui kak Ummi. Fii amaanillahi wabaraakillah fik.

Skrin telefon bimbit tersebut menjadi legap dan kaku di atas meja tersebut.

Khalisa meneruskan zikir munajatnya sehingga azan dari masjid berkumandang menandakan telah pun masuk waktu solat far
dhu Subuh.

“Bunda, nak sembahyang sama-sama,” anak kecil berumur tiga tahun itu menggosok-gosok matanya sambil berdiri di muka pintu menghadap Khalisa.

Lantaran itu suami Khalisa yang baru selesai berwuduk muncul di belakang anak kecil tersebut sambil melemparkan senyuman kepadanya.

“Aisya nak solat sama-sama bunda dan ayah ya? Kita basuh muka, ambil wuduk dulu ya?” anak kecil itu mendongak lalu di dorong ke bilik air bersama ayahnya.

Sayup-sayup Khalisa mendengar perbualan anak da
n suaminya.

“Solat tu apa ayah?”

“Solat tu sama maksudnya dengan sembahyang,”

“Emm..”

Khalisa tersenyum lalu bersujud syukur.

Hasil nukilan,
hiratai

taken from 'Nurun A'la Nur'

Maaf Tuk Berpisah - Tashiru



Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

story yg mnarek..byk je cerpen2 mcm ni..u should listen to lg maaf untuk berpisah-tashiru..if xprnh dgr lg lh lagu ni..

p/s:tak sure tjk tu,tp artis tu tashiru lh..nasid indon

Anonymous said...

aah..dah dgr maaf tuk berpisah..ade lagu tu dlm koleksi..nk letak la kat sini..thanks noha sbb mengingatkn..