Saturday, May 23, 2009

Beer halal??nonsence

Assalamualaikum wbt...

Jauh dari Malaysia, membuatkan saya memandang negara kita itu daripada perspektif yang berbeza. Makin lama,timbul pelbagai isu yang saya rasa tak berapa penting untuk sangat-sangat diambil berat. Ini, timbul lagi isu lain yang bagi saya langsung tak masuk akal. Isunya ialah beer yang halal yang telah mendapat lesen untuk beroperasi di Malaysia..

Cuba lihat ini A dan ini B

Dah baca? Apa pendapat anda?Manusia ni pelik. Mana yang Tuhan larang, itu jugaklah yang hendak dihalalkannya. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghalalkan apa yang haram.

Perkara seperti ini yang berlaku mungkin menjadi faktor perangsang untuk orang-orang yang hanya mengambil mudah mengenai agama untuk meminum arak.Nauzubillah...

Mahu jadi seperti Bani Israel kah yang sentiasa cuba untuk mengubah apa yang diwahyukan kepada mereka...

Wallahualam...

No comments: