Saturday, October 3, 2009

Islam today??

Assalamualaikum wbt...

Beberapa hari yang lepas, saya menonton satu video dokumentari mengenai muslim di seluruh dunia. Video tersebut dirakamkan oleh non-muslim(kalau tk silap saya) dan antara objecktif ia dirakamkan ialah untuk memperkenalkan Islam kepada dunia. selepas peristiwa 11 September. Dimulai dengan penceritaan kehebatan sejarah ketamadunan Islam zaman dahulu lalu dihuraikan oleh beberapa philosophers Islam dan bukan Islam mengenai Islam dan modernization. Kemudian ditunjukkan contoh-contoh negara islam dan komuniti orang islam di negara bukan islam. Sebagai contoh negara Islam yang mempraktikkan islam ialah iran dan nigeria. Malaysia juga turut disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang syariah tetapi dalam beberapa perkara sahaja.

Seorang individu yang ditemuramah iaitu seorang wanita dalam lingkungan 30-40 tahun yang tinggal di pinggir kota. Beliau memmang mengamalkan Islam yang sebenar dalam hidupnya terutama dengan keluarga beliau. Di portraykan yang beliau tinggal di kampung dan hidup dalam keadaan sederhana. Kemudian ditunjukkan kehidupan beliau. Rupa-rupanya beliau adalah pakar sakit puan di HUKM. Disini video tersebut ingin menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang kepada penganutnya untuk berjaya terutama wanita. Tidak perlu yuntuk mencedok ideologi barat dan mengamalkan budaya mereka untuk berjaya. Ramai yang menyangka kalau mengamalkan Islam sepenuhnya sudah tentu tidak akan maju. Saya rasakan orang yang mempunyaio pandangan sebegitulah yang paling kolot. Sebagai seorang islam, kita mempunyai cara tersendiri untuk maju dan berjaya.

Tetapi dalam entri ini, bukan ini yang mahu saya tekankan. Ada juga salah satu usaha yang dilakukan oleh doktor tersebut untuk memelihara nasib-nasib ibu-ibu muda. Sama ada yang pernah terlanjur, dirogol atau sebagainya. Sebuah rumah yang dinamakan raudhah telah dibina untuk membela nasib-nasib mereka. Satu usaha yang cukup bagus dan semoga Allah merahmati segala usaha beliau.

Kemudian, saya terfikir. Adakah dengan cara membuka banyak pusat-pusat2 seperti itu, menyediakan litar-litar untuk mat rempit berlumba agar tidak berlumba di jalan raya,menyediakan banyak pusat pemulihan akhlak dan dadah akan menyelesaikan masalah? TIDAK sama sekali. Itu boleh dikatakan seperti memberikan alternatif lain kepada mereka yang melakukannya agar tidak melibatkan orang lain. Lebih banyak pusat-pusat itu, lebih tinggi jumlah orang-orang yang boleh masuk..Kenapa tidak , kita mencegah sebelum sesuatu itu terjadi dan akhirnya kita tidak perlukan lagi pusat-pusat tersebut. Kita didik mereka terutama kanak-kanak dari kecil lagi dengan akhlak yang betul. Kita didik mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya hingga tertonjol melalui akhlak mereka. Ini lah yang disebutkan individu muslim. Seorang muslim yang mempraktikkan Islam dari segala segi dan dengan sepenuh keyakinan saya merasakan tidak akn timbul masalah-masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam.

It is an ongoing process dan untuk mendidik seorang manusia bukanlah suatu kerja yang mudah. Kesabaran diperlukan akan tetapi hasilnya insyaAllah indah sekali. Ia bermula dengan kesedaran dan ilmu lalu dipraktikkan dengan amal...Saya teringat mengenai tree of iman. Dimana akarnya adalah ilmu pengetahuan yang disertai aqidah yang mantap, batangnya adalah keikhlasan dan buahnya ialah segala akhlak mulia dan perbuatan baik yang dilakukan..Barulah subur pokok itu beserta dengan daun yang hijau dan buah yang lazat. =)

Wassalam...


"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit. (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin TuhanNya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun" (Ibrahim: 24-26)

2 comments:

soliloquy said...

akak..nak link video :D

nurilahi said...

dia dalam dvd..akak tk sure ade ke tk dalam youtube or intrnt..