Friday, December 18, 2009

Tazkirah hati

Assalamualaikum wbt...

Hurm..sekarang saya berada dalam kesibukan untuk mengemas dan membeli barang-barang untuk dibawa pulang. Banyak juga yang perlu disettlekan seperti handphone,akaun bank, barang-barang untuk shipping dan sebagainya. Pada waktu ini juga banyak wang yang digunakan dan rasanya sudah hampir dua hari saya tidak lekat di rumah. Ini termasuk juga menjadi tourist guide kepada seorang sahabat dari Melbourne yang sedang bercuti bersama keluarganya.

Entahlah kenapa..hati rasa kurang tenteram. Mungkin juga rasa jauh dari Allah. Bila berjalan-jalan mencari barang-barang, rasa seperti mahu bawa pulang semua yang tiada di Malaysia. Nafsu sungguh menggoda pada waktu-waktu begini. Memang saya ini seorang yang kuat shopping. Ada kalanya berjaya melawan nafsu dan ada kalanya tidak berjaya. Bila mengingatkan ini, rasa takut timbul dalam hati. Adakah dunia sudah masuk dalam hatiku? Kadang-kadang bersyukur juga bila berada dalam situasi kesempitan wang kerana pada waktu begini, sudah tentu mampu memgawal nafsu dari membeli. Beruntung orang-orang yang walaupun berduit banyak tapi tidak membazirkan pada sesuatu yang tidak menjadi keperluan.

Antara teman-teman rapat saya disini, ada yang pandai mengukur antara keperluan atau kemahuan. Yang paling dikagumi, langsung tidak terusik dengan sesuatu yang dirasakannya tidak perlu. Lain orang, lain perkara yang perlu dimujahadahkannya. Bagi saya, nafsu untuk membeli ini antara perkara terbesar yang perlu dimujahadahkan. Astaghfirullah...Membazir bukan? Kadang-kadang apa yang dirasakan kemahuan itu, saja-saja dijadikan keperluan. Kelakar juga kalau diingat-ingat kembali. Duit yang ada mungkin lebih elok disimpan atau digunakan untuk perkara yang mendatangkan manfaat.

Oh ya..dalam membeli barang-barang, saya rasa kalau berhabis untuk ahli keluarga rasanya tidak apa. Memang dari kecil, kami adik beradik diasuh untuk membelikan apa-apa sahaja walaupun sekecil-kecil benda kalau ada yang pergi mengikuti lawatan atau ke mana-mana sahaja. Seronok rasanya bila melihat adik-adik berteriak gembira bila mendapat barang-barang yang saya belikan. Huhu..Tapi maksud saya berhabis itu, tidaklah sampai boros dan berhutang. Hanya setakat mana yang mampu..

Ish..rasa macam tidak tersampai apa yang ingin saya sampaikan. Dah terbuka cerita lain. Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya ialah kalau asyik terlibat dengan kegiatan itu (membeli belah) dan fikiran pun asyik terfikir pasal itu, lama-lama hati rasa lain. Mungkin sedikit sebanyak tanpa disedari dunia yang mengasyikkan ini sudah menjamah hati. Tapi ini bukanlah hanya kepada perkara yang saya sebutkan diatas..Banyak lagi perkara lain yang boleh membuatkan hati kita lagho. Rasanya masing-masing pandai menilai mana yang Islam dan mana yang jahiliyyah..Saya juga masih gigih berusaha untuk tidak mencampur adukkan antara keduanya.

Syukur sekiranya jika masih dapat merasai perasaan bimbang hati makin lalai. Itu tandanya Allah masih ingin memberikan hidayah kepada kita agar tidak terlarut dengan dunia ini. Teringat kata-kata Hassan Al-Basri: "Takutilah kamu dengan dunia itu kerana sesungguhnya itulah tempat Adam dan Hawa diturunkan dari syurga" . Begitulah rasanya ayatnya lebih kurang. Hampir lupa saya kepada kata-kata ini. Dunia = tempat hukuman bagi Adam dan Hawa..Renung-renungkanlah..
Semoga Allah sentiasa menjadikan hati kita sensitif dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita jauh dariNya..

"Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tanganku bukan di hatiku"

Wallahualam

2 comments:

HbO said...

salam farina..

betul sgt kata2mu..

kita pun, takut sgt andai dunia meresap dalam hati.. sekarang dalam keadaan tidak berduit takpelah.. takut nanti bila dah pegang duit sendiri, takut jadi kedekut utk keluarkan duit tu utk kebajikan dan dakwah..na'uzubillahi min zalik. ayuh kita saling mengingatkan satu sama lain jika terlihat antara kita ada yang dah mula tersasar..

jazakillah jadi tourist guide utk kita hari tu n dapat tumpangkan rumah. Allah sahaja yang dapat membalas.

maafkan juga, kerana tak tahu awk kuat shopping, thus menyebabkan awk terpaksa mujahadah lebih sikit.. sorry..

sayang awak fillah =)

nurilahi said...

haha...waiyaki...takpe2 tak menyusahkan pun..oh ye hanan klau awk bukak ni, cntct sy eh..tkde num cntct awk kat msia