Monday, December 14, 2009

Ziarah terakhir

Assalamualaikum wbt..

Sebuah coretan ikhlas dari hati ini...

Kembaraku dalam pencarian makna sebenar diri bermula di sini
Teringat pada kali pertama ku berada disini
Terpaut hatiku pada ketinggian iman dan ukhuwah yang terpamer
Sesuatu yang tak pernah ku lihat di tempat lain sebelum ini
Ditambah pula khusyuk dan tawadhuknya hati-hati itu menunaikan perintah ilahi
Ikatan ukhuwah antara hati-hati mereka seperti tersimpul rapi
Sifat mahmudah pula menjadi hiasan akhlak mereka
Kini baru ku fahami..kisah sebenar di sebalik apa yang ku lihat

Satu matlamat, satu kefahaman
Menjunjung islam setinggi yang mungkin
Masing-masing juga mengerti tugas di muka bumi ini
Tak pernah mahu berhenti hingga ummat ini kembali berdiri
Segala mehnah juga diharungi bersama
Tak lain tak bukan, untuk memastikan pencahayaan agung terus bersinar
Ku syukuri peluang dipertemukan dengan insan-insan berjiwa mulia ini
Doaku semoga tarbiyah dan dakwah disini terus berkembang mekar

Menjadi kenangan terindah dalam hidupku
Alhamdulillah segala kesyukuran ku panjatkan padaNya
Kerana Dia segalanya bermula...

p/s:Special dedication to akhawat-akhawat Melbourne

14th December 2009
16 Cade Square, Parkville
Victoria,
Melbourne.

Wallahualam

No comments: