Tuesday, September 21, 2010

SIRAM MUZIKAL 2010

Assalamualaikum..

hebahan untuk semua


InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..


1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..


mempersembahkan..


SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah


klik poster utk besarkan


untuk pendaftaran tiket online :



program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat....

dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus...

kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..

sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerajaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang?

apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut?

apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya....

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..



Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :

Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972

Sunday, September 19, 2010

I and me..U should too

Assalamualaikum wbt..

SubhanAllah, Alhamdulillah, LailahaillAllah

As the earth never stops to spin
As the sun never fails to shine
As the years, months and days never refuse to change
So do I and me never stops to grow

I'm walking towards
I'm heading towards
Should never turn back
Should never regret
Should never be in vagueness
For the heart will be forever at ease
If and only if, is because of Him


Dear Allah,
Never let me astray from your path
As I desperately need your guidance
In everything I do
forever and ever




p/s: Ya muqallibal quluub! Tsabbit quluubi 'alaa deenik.

Wallahualam

Wednesday, September 1, 2010

Sujud kemerdekaan

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi post untuk hari ini..Sajak yang diambil dari buku muntalaq ini begitu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Hati ini dapat mengungkai apa yang disampaikan oleh penulis itu. Saya mengenali sajak ini pada tahun kedua saya di Australia. dek kerana begitu terkesan dengan sajak ini, saya menukarkan nama blog ini daripada 'ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah' kepada 'kerana hati ada perjalanan menundukkan bumi'. Sajak ini dan blog ini seiring sejalan bersama saya dalam meniti kehidupan saya sebagai seorang hamba dan khalifahNya di bumi ini. =)

Lama sudah saya tidak mengulang baca sajak ini hinggalah hari ini saya ditag di dalam facebook oleh seorang yang amat saya kagumi dalam perjalanan dakwah beliau, Ustazah Nor Saleha. Lalu, memori lama terimbas kembali iaitu kembara hidup yang saya lalui..

______________________________________________________________________

Lambang kehambaan kita kepada Allah ialah apabila kita sujud kepadaNya dan inilah yang menghidupkan hati nurani kita. Mana kala lambang dan syiar orang-orang yang jahil dan dan jauh dari agama ialah apabila mereka tunduk kepada kebendaan dan kemahuan nafsu yang sekali gus akan mematikan hati nurani. Seorang muslim yang sejati, apabila dia sujud kepada Allah s.w.t. ia telah mencapai tahap ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Inilah syiar kemerdekaan seorang manusia.

Sujud itu menundukkan dahi

Memuliakan seorang muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih kepadaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas seorang manusia

Sebenarnya

Sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Dalam kemuliaan sujud

semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

seluruh alam takut dengan kata-kata dan perbuatannya

wajah dan seluruh anggotanya diletakkan ke bumi

Dia menggoncangkan gunung ganang

meruntuhkan syirik

melontarkan was-was dalam diri si jahil

muslim yang sujud

membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya

lalu

mantap dan kuat

terhapuslah semua yang zalim dan sombng

barangsiapa yang menghayati sujud ini

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

di bumi ini

dengan keagunganNya, rahmat dan keindahanNya

Inilah dia sujud orang yang merdeka.. merdeka dari lodakan hawa nafsu dan kebendaan.. Merdeka dari tunduk kepada agenda dan pengaruh asing yang sedang bersedia untuk menghancurkan kesatuan umat Islam

(Ahmad Al-Rasyid, 2000)

Wallahualam..

Ramadhanku bukanlah pada waktu lapang sahaja

Assalamualaikum wbt...

Puasa tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kesibukkan berpraktikum pada kali ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada ramadhan saya. Letih mengejar dunia apabila takut akhirat tercicir. Tarbiyah Ramadhan kali ini menguji saya dalam mengatur urusan seharian agar ia tidak mengganggu amal di bulan karnival pahala ini. Bukan semudah yang saya nukilkan di sini untuk bermujahadah itu sehingga saya merasa sedikit tertekan walaupun ramadhan sudah masuk ke fasa ketiga.

Banyak target-target mutabaa'h amal yang tak tercapai dek kerana sibuk dengan urusan lain. Rasanya seperti mencipta seribu alasan bila tidak mampu untuk menjaga mutaba'ah amal itu. Bak kata abah, kalau nak bagi alasan tu, semua benda pun boleh jadi alasan. Semua bergantung kepada kekuatan iman dan diri sendiri untuk bermujahadah.

Tingginya mujahadah=tingginya tahap utk dikurniakan pahala itu kan?

Kerana itulah, Ramadhanku bukan pada waktu lapang sahaja...

Wallahualam