Wednesday, September 1, 2010

Ramadhanku bukanlah pada waktu lapang sahaja

Assalamualaikum wbt...

Puasa tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kesibukkan berpraktikum pada kali ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada ramadhan saya. Letih mengejar dunia apabila takut akhirat tercicir. Tarbiyah Ramadhan kali ini menguji saya dalam mengatur urusan seharian agar ia tidak mengganggu amal di bulan karnival pahala ini. Bukan semudah yang saya nukilkan di sini untuk bermujahadah itu sehingga saya merasa sedikit tertekan walaupun ramadhan sudah masuk ke fasa ketiga.

Banyak target-target mutabaa'h amal yang tak tercapai dek kerana sibuk dengan urusan lain. Rasanya seperti mencipta seribu alasan bila tidak mampu untuk menjaga mutaba'ah amal itu. Bak kata abah, kalau nak bagi alasan tu, semua benda pun boleh jadi alasan. Semua bergantung kepada kekuatan iman dan diri sendiri untuk bermujahadah.

Tingginya mujahadah=tingginya tahap utk dikurniakan pahala itu kan?

Kerana itulah, Ramadhanku bukan pada waktu lapang sahaja...

Wallahualam

No comments: