Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah minggu yang lepas, saya diizinkan Allah untuk mengikuti satu program di Bangi dan perjalanan yang jauh menyebabkan saya terpaksa menumpang di salah sebuah rumah akhwat di Bangi. Berada dalam 'biah solehah' ketika berada di rumah itu sangat mengembalikan saya kepada kenangan sewaktu masih menuntut dahulu. Saya juga bertuah kerana dapat bersama dalam majlis tazkirah yang dibuat setelah selesai solat subuh. Berkobar-kobar penuh bersemangat adik ini menyampaikan isinya ditambah pula dengan pendapat dan ilmu dari rakan-rakan sebagai rencah untuk mengenakkan lagi perkongsian pada pagi itu. Saya hanya memerhati dan mengimbas kenangan dahulu. Dalam hati ini berdoa bersungguh-sungguh semoga adik-adik ini tsabat dan terus berada di atas saff yang sentiasa bekerja untuk memartabatkan Islam.
Bukan apa, setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan setelah belajar dan juga ketika bekerja, hanya beberapa kerat sahaja yang masih terus berada di saff ini. Yang lainnya seperti membeku di tempat masing-masing. Saya juga pernah melalui fasa itu tetapi kerana bimbang akan terus terkeluar dari saff ini, digagahkan juga diri walau terpaksa melakukan segalanya untuk ke satu program sahaja.Betapa kuatnya dugaan dunia hingga daie yang paling lantang hujahnya pun boleh berdiam diri begitu sahaja.Hurm...
Semoga masing-masing terus tsabat untuk berada di jalan yang telah dipilih dan walaupun telah jauh melencong, segeralah kembali kerana tapisan Allah itu sentiasa ada untuk orang-orang yang benar-benar mahu membawa agamanya..
Tsabatkan aku ya Allah jika aku Kau uji dengan ujian ini nanti kerana tiada jaminan yang aku akan terus berada di jalanMu jika hanya dengan kudrat ku sendiri.
wallahualam...
6 comments:
salam ukhwah..
Salam Fariena,
Moga thabat ya. Insya Allah. Mcm sy dah berkahwin and ada anak is extra challenging, nk jaga suami, anak diri sendiri, nk plan anak usrah, mutaba'ah etc. Hehe Insya Allah. Mg amalan kita yg sedikit ini diterima Allah sbg amal ibadah yg ikhlas. You can do it!!! Lawan syaitan yg bernama 'malas', jangan dengar bisikan syaitan yg bernama 'loneliness' and always larikan diri dari syaitan yg bernama 'futur' hehe
Take care!
[Muhammad:7]
Love,
Umm Ahmad
to cinnamon: salam ukhwah...
to Umm Ahmad:insyaAllah..doakn saya..perlu nasihat dari Umm Ahmad jg ni yang dh selangkah lebih jauh dari saya..
Dulu time sekolah, saye punye kawan AJK tertinggi persatuan dakwah..
Now, die dah tak berdakwah lg..
Die pun dah jarakkan diri drpd rakan2..
Saya rasa kehilangan..
Dulu die yg berdakwah kpd saya..
Kini saya dah keseorangan..
Dugaan itu mmg dahsyat..
salam berziarah...
to pecal taruh tempe:saya pun mempunyai ramai kawan2 yg begitu..mmg sedih bukan..tp ingtlah mmg golongan sperti ini, sangatlah lagi hebat ujian mereka berbnding kita.Semoga kita sntiasa atas jln Allah wlwpun diuji sehebat mana pun..
to Aku: Terima kasih...
Post a Comment