Sunday, January 27, 2008

Bidadari berwajah manusia


Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; "wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia. "Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci.Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini! "Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. "Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya... Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh.

Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...

Tapi sayang... golongan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan... Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHImengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."


Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?

Wallahu'alam.

Tuesday, January 15, 2008

WAHAI KAUMKU..(PARA WANITA SEKALIAN)..aku sayang kamu


Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

Di Atas Sejadah Cinta-(Habiburrahman El-Shirazy)


Kota Kufah diterangi oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan tingkapnya. Namun sisa-sisa kehidupan kota Kufah masih terasa.

Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teduh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta Alam Semesta. Orang –orang memanggilnya ‘Zahid’ atau ‘Si Ahli Zuhud’, kerana kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebahagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat mengumpul maklumat dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus leka dalam samudera ayat-ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras.Neraka bagaikan menyala-nyala di hadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat ni’mat syurga, embun sejuk dari langit terasa bagai menyimbah sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukkan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surah Asy-Syams, ia menangis:

Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha
Qad afla man zakkaaha
Wa qad khaaba man dassaaha

(maka Allah telah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan

sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.)

Hatinya tertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya? Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi?

Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya bergoncang. Akhirnya ia pengsan.

Sementara itu di pinggir kota kelihatan sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang terang dari kejauhan nampak berkelip-kelip bagai bintang gemerlapan. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan haiwan ternak yang tidak terhitung jumlahnya.

Dalam salah satu kamarnya, kelihatan seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu nampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lantera yang menerangi ruangan itu. Kecantikkannya sungguh mempesona. Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta:

In kuntu ’asyiqatul lail fa ka’si
Musyriqun bi dhau’
Wal hubb al wariq

(jika aku pencinta malam maka
Gelasku memancarkan cahaya
Dan cinta yang mekar........)

Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orang tuanya biir tersenyum mendengar syair yang didendangkan puterinya. Sang ibu berkata: “Abu Afirah, puteri kita sudah semakin sewasa. Kau dengarkanlah baik-baik syair-syair yang ia dendangkan.”

”Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan siang tadi di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk puteranya, Yasir”

”Bagaimana, kau terima atau ........?”

”Ya, jelas terus aku terima. Dia kan masih kerabat sendiri dan kita banyak terhutang padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.”

”Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”

”Tidak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling padan untuk Afirah adalah Yasir.”

”Tapi, engkau tentu tahu bahawa Yasir itu pemuda yang tidak baik.”

”Ah, itu mudah. Nanti jika sudah beristerikan Afirah, dia pasti juga akan bertaubat!Yang penting dia kaya-raya.”

Pada saat yang sama di sebuah khemah mewah, tidak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tidak jauh darinya, seorang penari melenggang-lenggokkan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.

”Ayuh bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu” bisik temannya.

”Be...benarkah?”

” Benar. Ayuh cepatlah. Dia penari tercantik di kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini, Yasir!”

Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang menjadi impianku. Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari menghulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari- nari diiringi irama seruling dan gendang. Kedua-duanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ke telinga Yasir:

“Apakah anda punya waktu malam bersamaku?”

Yasir tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan fikiran jadi mati.

Keesokan harinya.

Selesai solat Dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menziarahi saudaranya yang sakit di pinggir kota. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia singgah sebentar di pasar untuk membeli anggur dan epal buat saudaranya yang sakit.

Zahid berjalan melalui kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahawa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik-titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap dari kejauhan sana perlahan-lahan bayangan itu menjadi seorang yang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara:

”Tolong! Toloong!”

Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang berada jauh di depannya. Ia memberhentikan langkahnya. Penunggang itu semakin jelas.

”Tolong! Tolong!”

Suara itu semakin jelas terdengar. Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas menangkap. Penunggang kuda itu adalh seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.

”Tolong! Tolong hentikan kudaku ini! Ia tidak boleh dikendalikan!”

Sebaik sahaja mendengar jeritan tolong itu Zahid terasa tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca selawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Ketika kuda itu sudah sangat hampir, ia mengangkat tangan kanannya dan berseru dengan kuat:

”Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!”

Bagai pasukan mendegar perintah panglimanya, kuda itu meringkik dan berhenti seketika. Perempuan yang berada si atas punggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya:

”Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?”

Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup purdah hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab perlahan:

“Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya tangan kananku sakit sekali. Mungkin terseliuh waktu jatuh.”

”Syukurlah kalau begitu”

Dua mata bening di sebalik purdah itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyedai hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka purdahnya. Dan nampaklah wajah cantik nan mempesona:

”Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama tuan, dari mana dan mahu ke mana Tuan?”

Zahid segera mengangkat mukanya. Tak lalai matanya menatap wajah putih bersih mempesona. Hatinya bergetar hebat. Saraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gaids jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid sementara gemuruh hati Zahid tidak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona. Zahid tersedar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. ”Innalillah. Astaghfirullah”, gemuruh hatinya.

” Namaku Zahid, aku dari masjid mahu mengunjungi saudaraku yang sakit.”

”Jadi kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya Cuma di dalam masjid?”

”Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain,” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah.

”Tunggu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mahu ke mana? Perbincangan kita belum selesai!”

”Aku mahu meneruskan perjalananku!”

Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid menggelabah. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidupnya ia belum pernah mengalami situasi seperti ini.

“Tuan, aku hanya mahu memberitahu, anamku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mahu, silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih, aku mahu menghadiahkan ini.”

Gadis itu lalu menghulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.

”Tidak usah.”

”Terimalah, tidak apa-apa!Kalau tuan tidak terima aku tidak memberi jalan!”

Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalau meninggalkannya sambil menutup kembali mukanya dengan purdah. Zahid melangkahkan kedua kakinya merneruskan perjalanan.

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, Kota Kufah kembali diterangi rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir.

Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah. Fikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian pagi tadi di kebun kurma, hatinya terasa gundah gulana. Wajah bersih Zahid bagai tidak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang ramai tentang kesolehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Pagi tadi, ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Tiba-tiba airmata mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukkan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata:

”Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri saraf. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku mungkiri, aku telah jatuh hati pada hambaMu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya.”

Airmatanya terus mengalir memgalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum:

”Ah, sapu tanganku ada padanya. Ia juga pasti mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari.”

Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.

Sementara itu di dalam masjid Kufah, kelihatan Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia sedang menangisi hilangnya kekhusyukkan hatinya dalam solat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma pagi tadi, ia tidak boleh mengendalikan gelora hatinya.

Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung-relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam solat, dalam bacaan Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencuba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan solat sekhusyuk-khusyuknya, namu usaha itu sia-sia.

”Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu apa yang telah menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya. Ya Ilahi berilah padaku cawan kesejukkan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu.” Esak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus menatap dan menghiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takutnya akan azabNya. Rasa cinta dan rinduNya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya ia pengsan.

Menjelang Subuh, ia terbangun. Ia tersentak terkejut. Ia belum solat tahajjud. Beberapa orang kelihatan sedang asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam solatnya.

”Ilahi, jangan Kau gantikan bidadariku di syurga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!”

Ia lalu bangkit, berwudhuk dan solat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa:

“Ilahi, hamba mohon redhaMu dan syurga. Amin! Ilahi, lindungi hamba dari murkaMu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba terhadap Afirah padaMu, hamba terlalu lemah untuk menanggungNya. Amin! Ilahi, hamba mohon ampunanMu, rahmatMu, cintaMu dan redhaMu. Amin!”

Pagi hari, selesai solat Dhuha, Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas iaitu rumah Afirah.Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut baik oleh kedua orang tua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota. Afirah keluar sekejap untuk membawa minuman lalau kembali ke dalam. Dari balik tirai, ia mendengar dengan teliti pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, iaitu melamar Afirah.

Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan saksama jawapan ayahnya. Keheningan mencengkam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala, ia pasrah dengan jawapan yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawapan ayah Afirah:

”Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar oleh Abu Yasir untuk puteranya Yasir beberapa hari yang lalau, dan aku telah menerimanya.”

Zahid hanya mampu menganggukkan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarinya. Ia tidak boleh menyembunyikan hirisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pengsan saat itu juga.

Zahid kembali ke masjid dengan kesediha tidak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat jiwanya nestapa. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pengsan. Ketika keadaannya kritis, seorang jemaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dan bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istighfar dan…..Afirah.

Khabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seluruh pelosok kota Kufah. Angin pun meniupkan khabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besar membuatnya menulis sebuah surat pendek:

Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum,

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sedarmu. Tidak boleh kuingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama-lamanya.

Zahid,

Kalau kau mahu, aku tawarkan dua hal padamu untuk mengubati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempat mu dan kita boleh memadu cinta. Atau, kau datangla ke bilikku, aku akan tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam.

Afirah

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang boleh dipercayai. Ia berpesan agar surat itu terus sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga membacanya. Dan meminta jawapan Zahid saat itu juga.

Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya, seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis balasan untuk Afirah:

Kepada Afirah,

Salamullahi ‘alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun rasa sakit dan deritaku ini tidaklah semata-mata kerana rasa cintaku padamu. Sakitku ini kerana aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahal dan diredhai Allah Azza wa Jalla. Inilah yang kudamba. Bukan sebuah cinta yang mengheret kepada kenistaan dosa dan murkaNya.

Afirah,

Kedua tawaran mu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengubati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga. Bukan air timah dari neraka. Afirah: ”Inni akhaafu in ’ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ’adhim!”( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku derhaka pada Rabb-ku)(Az.zumar:13)

Afirah,

Jika kita terus bertakwa, Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang boleh aku lakukan saat ini kecuali menangis padaNya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmanNya:

Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula). Mereka(yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia(iaitu syurga).

Kerana aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik, maka aku akan berusaha berada dalam kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allah-lah yang menentukan.

Afirah,

Bersama surat ini aku sertakan serbanku, semoga dapat menjadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam.

Selesai membaca jawapan Zahid itu, Afirah menangis. Ia mengangis bukan kerana kecewa tetapi ,menangis kerana menemukan sesuatu yang sangat berharga, iaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pamuda soleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.

Sejak itu ia menanggalkan gaya hidupnya yang glamour. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Serban putih pemberian Zahid ia jadikahn sejadah, tempat dimana ia bersujud, dan mengangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah SWT.

Siang ia berpuasa, malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Di atas sejadah putih itu ai menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, iaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam semudera cinta kepada Allah SWT.

Allah Maha Rahmian dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah:

Kepada Zahid,

Assalamu’alaikum

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang menberi jalan keluar buat hambaNya yang bertaqwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah membuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku.Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W., secepatnya.

Wassalam

Afirah

Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga cinta bermekaran dalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdalah.

**********************************Tamat*********************************************

Saturday, January 12, 2008

Cukuplah wahai NAFSU.....

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam
sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia
berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji,
pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi
dunia dan akhirat sepanjang hayatmu?
yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku
akan hidup esok hari..ataupun sekejap
lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah
itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah
telah lama kau peliharanya, andai kau
abaikannya sebentar, mungkin tak
memberikan kesan pada amal-amalmu yang
terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn
amalku itu.. sudah cukup membuat aku
menghirup harum JannahNya.

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi,
hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah
bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu.
Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan
cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga
tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu..
tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu
dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan
bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu
dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa
yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam
memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan
dengan cinta dunia sekalipun, Cinta
Tuhan masih yang pertama. Cinta itu
perlu mekar sampai bila-bila, wahai
nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak
mencintai Dia yang telah sekian lama
menyintaimu? Yang tak putus-putus
menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti
rindu pada esak tangismu, rengekan
manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia
pasti rindu dan cemburu, andai kau punya
cinta yang lebih dari cintamu padaNya..
Jangan pernah kau abaikan Dia..
selangkah kau mendekatinya, seribu
langkah Dia akan mendekatimu.. aku
rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu
aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan
padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),”
jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni
dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. Katakanlah
(Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul.
Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa
Allah tidak menyukai orang-orang kafir.
(Ali Imran:31-32)

Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu
ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa
yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan
pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut
CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau
menang.. Fitrahku memang memujuk rayu
untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu
pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku.
Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi
kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih
tercari-cari manisnya bercinta denganMu,
jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan
pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri
kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

Thursday, January 10, 2008

Detik terakhir insan mulia...


Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah.

Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.” Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.” Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.” Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.” Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.

Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.” Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya.

Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut." Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.

Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali r.a bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat

Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.” Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana . Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144) Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW.” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: "Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW.

Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah..” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.” Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.” Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az.” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

Saturday, January 5, 2008

Bagaimana bercinta cara Islam


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.


Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu
, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

oleh umair zukefli-taken from iluvislam.com-