Assalamualaikum wbt. Akhirnya tiba juga saya di Sydney pada pukul 11.05 malam semalam setelah 22 hari merantau ke Melbourne. Satu pengalaman yang sangat berharga di mana banyak mutiara-mutiara ilmu yang dapat dikutip dan juga kuntum-kuntum ukhuwah yang berkembang mekar antara akhowat-akhowat dari interstates yang berlainan. Satu perasaan yang pelik tapi mendamaikan bila bertemu dengan mereka semua dengan bermatlamatkan satu perkara yang sama iaitu untuk mencari ilmu kerana Allah SWT. Jazakumullah hu khairan kathira kepada akhowat semua. InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan..Semoga semuanya ditetapkan iman dan diberikan kekuatan olehNya setelah berada di medan perjuangan masing-masing.
Pada 15, 16 dan 17hb Julai, kursus teras islam telah diadakan dan saya hanya empat mengikuti 2 hari kerana harus pulang ke Sydney. Sepanjang 2 hari itu juga banyak yang telah saya pelajari dan yang paling menarik ialah slot-slot tersebut turut diselitkan dengan pembentangan kisah sirah Rasulullah SAW. Kisah yang dibentangkan itu diambil dari buku karya Amru Khalid yang bertajuk "MENJEJAK LANGKAH SANG KEKASIH". Penulis buku ini sangat pndai mengambil hati pembaca dengan menampilkan gaya penulisan yang seolah-olah sedang berinteraksi dengan pembaca dan memang menimbulkan kesedaran di hati pembaca. Ramai yang berminat untuk memiliki buku tersebut tetapi buku itu hanya terdapat dalam Bahasa Arab dan tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahasa lain. Sedih jugak rasanya sebab memang nak beli buku tu tapi tak tau bahasa arab. So, I have to wait for the translation la rasanya.
Sedikit yang boleh saya kongsi mengenai isi kandungan buku itu:
Cara untuk memupuk cinta kita kepada Rasulullah SAW ialah dengan mengenali sifat-sifat baginda.
1)Abu Hurairah:
"aku tidak pernah melihat benda yang lebih cantik dari Rasulullah, yang bagaikan matahari yang menyinar" dan "aku tidak melihat orang yang berjalan dengan laju melainkan Rasulullah seolah-olah bumi dihamparkan untuknya".
Kita dapat simpulkan di sini bahawa wajah baginda sangat elok dan baginda seorang yang berjalan dengan laju.
2)Baginda seorang yang penyayang dan lemah lembut.
"Al-kisahnya, ada seorang Arab Badwi yang seperti yang kita sedia maklum sifat fizikalnya besar, tinggi dan gelap. Arab Badwi ini bernama Zahir. Zahir seorang yang serius dan hodoh. Walaupun begitu, baginda nabi amat memuliakan Zahir. Pada suatu hari, Zuhir sedang berniaga di pasar. Kemudian datang Rasulullah SAW dari belakang dan memeluk belakang Zahir sambil menutup mata Zahir. Baginda menyuruh Zahir meneka siapakah orang yang menutup mata Zahir itu. Zahir amat mengenali diri Rasulullah dan membiarkan Rasulullah memeluk dirinya dengan agak lama. Kemudian Rasulullah bergurau dengan Zahir kononnya untuk menjual Zahir. "Jual-jual". Kemudian Zahir pun berkata kalau aku dijual, mesti harganya murah dan tidak laku. Rasulullah membalas kata-kata Zahir dengan mengatakan:

" tapi disisi Allah engkau tidak murah. Disisi Allah, engkau mahal"
Lihatlah betapa penyayangnya nabi terhadap para sahabatnya tanpa mengira paras rupa. Kata-kata yang dikeluarkan untuk menenangkan hati Zahir sangat menyentuh hati. Rasanya kalau ayat itu yang keluar dari mulut baginda, insyaAllah syurgalah jawabnya bagi Zahir. Sungguh beruntung orang-orang yang beriman kerana syurga telah tersedia untuk mereka.
3) Nabi seorang yang bersifat tawadhuk
Saidina Umar pernah pada suatu ketika meminta izin daripada Rasulullah untuk mengerjakan umrah. Kemudian Rasulullah SAW berpesan kepada Umar:"Jangan lupakan aku dalam doamu". Umar sungguh gembira kerana Rasulullah tidak pernah berkata seperti itu kepada orang lain. Umar: "aku sangat seronok dengan kata-kata baginda itu seperti matahari terbit"
Lihatlah seorang nabi yang maksum, tiada dosa pun masih menyuruh orang lain mendoakan dirinya. Bagaimana dengan kita yang sudah tentu saban waktu asyik melakukan dosa??tapi masih jugak berbangga diri dengan segala perlakuan kita. Astaghfirullah...

wahai orang yang mengaku mencintai nabi, bagaimana akhlak kamu??tepuk dada tanyalah iman
wallahualam
wallahualam
No comments:
Post a Comment