Assalamualaikum wbt..Dah lama rasanya tidak meletakkan sebarang entri yang berkaitan dengan wanita. Sejak dari pagi, saya asyik melompat dari satu blog ke blog lain untuk menambahkan sedikit ilmu untuk diri sendiri. Akhirnya saya tiba di satu blog yang menarik minat saya untuk dikongsikan dengan semua..Entry ini dipetik dari blog Qalbi Laka wa bass Ya Rabb------------------------------------------------------------------------------------------------- dimanakah dia?
Permataku,engkaulah penghuni syurga kelak,
1..Pulangnya aku kerumah telah kau sediakan sebatang tongkat.Tatkala itu kau bersedia merelakan dirimu dihukum olehku kerana bagimu mungkin pernah melakukan kesalahan padaku dikala aku lelah mencari nafkah dan berjuang diluar sana..2.Pulangnya aku kerumah,telah engkau sediakan air.Air ini hanyalah segelas yang cukup bermakna buatku yang kehausan semenjak perjalananku pulang tadi.3.Pulangnya aku kerumah,telah kau berhias dan berwangi wangian untukku.Letih mata tadi hilang sekaligus bila memandang wajahmu tersenyum padaku.(mafhum hadith ciri2 wanita penghuni syurga)
Terus engkau menghulurkan salam bersama tanganmu ,aku menyambutnya.Tangan lembut itu amatku rindu. Sungguh indah pekerti engkau berbudi.Seperti Aisyah yang sentiasa menjadi qurratul a’yun untuk nabi,seperti Khadijah yg sentiasa menjadi tulang belakang nabi.
Namun,Masih adakah Khadijah dimasa ini?
Lihat bagaimana Allah meletakkan khadijah disisinya.Sebagai tulang belakang dan pemangkin dalam setiap perjuagan dakwah baginda.Allah telah memberikan khadijah sebelum lg nabi diangkat menjadi nabi dan rasul.Dikala nabi merasa gelisah dengan kemungkaran masyarakatnya,khadijah insan pertama memahami suaminya itu.Malah ,beliau membekalkan makanan dimasa nabi bertahannuts di gua.Juga tatkala mana suara asing yg didengari diHira’ cukup menggetarkan seluruh tubuh manusia agung,hadirnya khadijah menyelimuti baginda.Hadirnya beliau ntuk memberikan kekuatan dan sokongan kepada nabi.Telah Allah ciptakan jiwa wanita amat memahami lelaki,Naluri wanita untuk menghayati seorang lelaki,kasih wanita untuk memberi kekuatan pada seorang lelaki.Begitulah setiap kelebihan ini membantu seorang manusia agung untuk memberikan cahaya kepada kepada seluruh alam.Seluruh alam merasai kesannya peranan besar seorang WANITA bernama saidatina khadijah.Andai adanya khadijah kini,pastinya ada yang cemburu….
Diriwayatkan dr Aisyah, beliau berkata:
"Rasulullah hampir tidak pernah keluar dr rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yg Allah tlh menggantikannya dgn yg lbh baik utk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yg lbh baik darinya. Sungguh Khadijah tlh beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dgn harta di saat manusia menjauhiku, dan dgnnya Allah mengurniakan zuriat kpd ku dan tidak dgn wanita yg lain.
Aisyah berkata:
Maka aku berjanji utk tidak menjelek-jelekkannya buat selama-lamanya." Hebatnya wanita ini.Kekasih Allah amat memujinya selaku seorang WANITA.Benarlah peranan wanita ini dalam perjuangan baginda.
Namun,masih adakah Khadijah kini?Kini juga masih ada pejuang2 yang ingin membawa risalah ini.Sepertinya baginda,mereka juga memerlukan ‘khadijah’ disisinya.Jika tidak kerana itu,bukankah dunia ini juga memerlukan ‘khadijah’.Owh,mungkin masih ada diluar sana.Mungkin kita juga yang buta.
Mungkin kita terlupa ‘khadijah2’ kini lebih maju kehadapan.Mereka tidak lagi duduk dirumah menjadi pengasuh setia untuk zuriat bersama suami tercinta.Mereka juga seperti saidatina khadijah,berkerjaya.Mencari nafkah untuk anak2 katanya.A’a,tidak menjadi masalah rasanya,kerana khadijah juga peniaga yang berjaya.Namun,bila dibelek2 nafkah apa yang dimaksudkan itu?Wang ringgit kah?atau nafkah kasih dan tarbiyyah seperti mana yg diberikan oleh kekasih baginda itu walau beliau turut berkerjaya.Nauzubillah.
Kanan kekiri aku menggelengkan kepala.’khadijah2’ yang belum menjadi khadijah juga tidak kurang hebatnya.
‘Mengapa tidak berkahwin anakku?’ ‘tak perlulah ibu,cita2 ku masih tidak sampai lagi.Kalau kahwin pun banyak keseronokan dan kesenangan hilang.Rilek dulu la ibu.’Cita2?Apakah akan terhalang cita2 kerjayamu dengan berkahwin?Pernahkah perkahwinan ini menjadi penghalang kpd kerjaya khadijah selaku peniaga terkenal?Baginya,kerjayanya sebenarnya bermula tatkala beliau benar2 ‘berkahwin’ dengan baginda dikala umur baginda 40thn selepas peristiwa diHIRA’.Disitu kerjayanya selaku pendorong dan pembantu dalam dakwah nabi. Kesenangan dan keseronokan?untuk apa?adakah untuk menikmati dunia yang sementara ini sedang mati tak pernah meminta izin untuk tiba?..iftah qulubana rabb..
Mungkin masih ada ruang untuk menerima kenyataan balas itu.Bagaimana pula ini?‘Mengapa kahwin awal ni anakku?’ ‘ibu…err…rrr.sy dah mengandung’…
Mengandung?Baguslah ,bukankah meramaikan lagi ummat nabi Muhammad itu.Ambil lah nama yang baik dan bin kan untuk bapanya.Mungkin satu hari nanti bapanya tersenyum anaknya menjadi pejuang kebenaran.
‘bu,tp….sy tidak tahu siapa ayahnya..’ Hah?tidak tahu?bagaimana pula dengan ini?Ini hanya sebahagian kecil kes2 ‘menarik’ yg berlaku pada ‘khadijah’ kita kini.
Lihat.Hebat sungguh perancangan Zionis laknatullah.Bukan mudah mereka menjatuhkan khilafah,jika tidak kerana perancangan yang rapi dan aturan yang berhati2.Sudah mereka gagal dalam penawaran pertama2nya dalam menjatuhkan dakwah,iaitu wanita kepada baginda supaya meninggalkan dakwahnya.Sekali2 tidak bagi peribadi agung ini,tatkala khadijah sudah cukup segalanya menerima nikmat mengenali insane bernama wanita.Namun,Zionis tahu wanita juga bakal menjatuhkan semula khilafah yg telah dibina oleh baginda.Mereka lebih menghayati ayat al-quran berbanding kita. Perancang mereka licik.Nauzubillah.Mereka Berjaya meracuni pemikiran ibu2 kita,hatta nenek moyang kita.
‘Kamu belajar la dulu,jgn gatal nak kawin.Kamu muda lagi.’ Sehingga mereka Berjaya mengubah corak pemikiran yang pernah diatur oleh kita.Dizaman khilafah,pemuda/I digalakkan berkahwin awal supaya masalah berkaitan hati dan syahwat yg sering melmbatkan tarbiyah itu selesai.Kerana itu,pemuda/I mampu menumpukan kepada agenda yang lebih besar.
Owh ya,Mungkin juga kerana risau kerana kesusahan bakal berlaku apabila sudah berkahwin nanti.Anak2,perbelanjaan,study dan sebagainya.Benar,Tapi,bukankah bersusah bergelumang dengan perkara halal lebih baik berbanding bergelumang dalam maksiat dan masalah berkaitan hati?Penting rasanya point ini dikongsi bersama.Juga,bukankah Baginda mengajar kita,cara terbaik adalah berkahwin selepas itu berpuasalah jika tidak mampu.Ar-rasul mengajar kita,perasaan di hati ini hanya perlu disalur melalui jalan yang benar,jika tidak mampu barulah kita menghalangnya dengan berpuasa.
Jika kita tidak bermula mengubah corak ini?siapa lagi mampu diharapkan lg? (shoot to me juga~:) amen.. )
‘Dijadikan perhiasan untuk manusia itu,syahwat dari perempuan dan laki2……’-al-imran-
Sebelumnya perhiasan2 dan godaan2 lain,Allah meletakkan syahwat wanita yang pertama.Sepertinya sangat penting mesej ini bukan? Mesej ini lebih awal diterima dan diaplikasi zionis dan musuh islam dalam menjatuhkan khilafah.Kuasa wanita benar2 mereka gunakan dalam memijak2 kepala kita didalam diam. Sehingga ulama’ sendiri berpendapat,‘jatuh bangunnya sesuatu masyarakat/tamadun, lihatlah kepada wanita yg menjadi penghuninya,baiknya mereka,maka baik lah tamadun itu,dan begitulah sebaliknya’
Sehingga itulah wanita ini menjadi sangat berharga untuk dunia.Dan islam itu sendiri.Bermula dari peranannya khadijah terhadap nabi.Sehingga peranannya wanita dalam kejatuhan khilafah itu sendiri.Bersediakah kita menghadapi Allah selaku wanita yang melambatkan kebangkitan islam?atau lebih teruk lagi sebagai wanita yang menjatuhkan islam?. Atau kita ingin tersenyum dan bertanya khabar Saidatina Khadijah disyuga nanti.Bersembang2 bersamanya dan sebagainya. ‘Khadijah2’ harapan ummah,kembalilah bersama peranan asalmu selaku khadijah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ambillah iktibar, amal dan sampaikan wahai muslimahku sayang.. Wallahualam...