Saturday, October 4, 2008

Cemburunya aku pada dia

Cemburunya aku pada dia
Dapat bersama perindu-perindu cinta Ilahi
Bersama-sama menabur cinta
Pada madrasah Ramadhan yang lalu

Cemburunya aku pada dia
Ukhtiku itu, bersih hatinya
Rahmat dari Ilahi setelah Ramadhan berlayar pergi
Namun diriku, masih tercari-cari

Cemburunya aku pada dia
Iktikafnya di masjid menampakkan hasilnya
Dirinya semakin rindu akan kasih RabbNya
Aku menyedarinya dan aku mengaguminya

Cemburu sungguh aku pada dia
Ceria dirinya di pagi Syawal
Tiada sedikit pun kekecewaan dihatinya
Kerana Ramadhan itu menyengat jiwanya

Walaupun aku cemburu pada dia
Aku yakin rahmat Tuhan itu untuk semua
Aku melafazkan takbir penuh rasa kehambaan
Aku melafazkan tahmid penuh rasa kesyukuran

Oh Tuhan, jadikan cemburuku itu
Satu perangsang buat diriku
Andai aku, Kau izinkan
Bertamu di Ramadhan yang seterusnya
Amin..

No comments: