update:
Sedang dalam permusafiran di bumi New Zealand
Berjalan melihat keindahan ciptaan ilahi
Indahnya, bagaikan 'syurga dunia' bagi mereka yang tidak mengerti
Tapi sudah pasti tidak terlawan walau sebesar zarah indahnya 'syurga di akhirat' nanti
Semoga mata hatiku tidak dikaburi dengan keindahan 'syurga dunia' ini
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)," Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Ali Imran:190-191)
p/s: Selamat pengantin baru kepada dua kawan saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Semoga dilimpahkan mawaddah dan rahmah keatas perkahwinan kamu..
Wallahualam
No comments:
Post a Comment