Assalamualaikum wbt...
Summer yang sangat panas menjelma lagi. Kebetulan pula, tiket saya untuk pulang ke Malaysia adalah di penghujung bulan 12. Jadi, sempat juga untuk saya merasai penangan summer sekali lagi untuk kali ini..Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun saya menjadi pengembara di bumi asing. Namun, baru semalam saya menyedari apa itu ertinya pengembara. Pengembara yang biasa pada pandangan mata kasar hanyalah seorang yang mungkin berjalan jauh di suatu tempat asing. Itu juga apa yang saya fahami sehinggalah hari semalam.
Setelah dibentangkan dengan beberapa ciri keimanan dan akhirnya saya memahami erti pengembara. Perkataan "Al-Sa'ihun" adalah perkataan yang tepat untuk memberikan maksud kepada pengembaraan yang dijalani oleh para pendokong agama Allah. Al- Sa'ihun membawa maksud pengembara-pengembara di jalan Allah. Pengembaraan yang dimaksudkan di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran , hati dan perasaan seseorang. Pengembaraan yang saya fahami sekarang tidak hanya tertakluk kepada aspek fizikal bahkan juga dari aspek ruhani atau aspek dalaman diri.
Orang mukmin yang mengembara bukan sekadar berjalan di atas bumi tetapi mengembara menjelajah diri dan sesuatu di sekelilingnya. Ia sentiasa mengembara melihat segala ciptaan Allah iaitu langit dan bumi termasuk penciptaan dirinya. betapa hebatnya kekuasaan Ilahi yang mencipta segala sesuatu dan tidak mampu ditandingi oleh sesuatu yang lain.
Selain itu, orang mukmin terutama para daie pula, pengembaraannya berlanjutan hingga ke dalam kisah-kisah sejarah hidup Rasulullah, para sahabat, para solihin, tokoh-tokoh besar para ulama zmn salafus-salih untuk melihat bagaimana perjuangan golongan terdahulu. Pergorbanan yang mereka lakukan dan kesabaran mereka dalam menghadapi ujian hidup. Saya pasti melalui pengembaraan ke dalam kisah-kisah sejarah tersebut akan membantu menjadi petunjuk dalam kehidupan kita dan mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang sama.
Oleh itu, berdasarkan sedikit contoh yang saya berikan di atas, cuba kita buka minda kita agar definisi pengembara itu lebih luas dan tidak hanya dihuraikan dengan apa yang biasanya dimaksudkan. Ingatlah, hidup adalah satu pengembaraan dan pengembaraan ini mencakupi segala aspek kehidupan kita. Mungkin agak ringkas apa yang saya sampaikan di sini dan saya tidak tahu jika apa yang saya ingin sampaikan di atas tersampai atau tidak kepada sesiapa yang membacanya. Jika ada yang ingin berkongsi pendapat atau ingin memberi sebarang komen sgt dialu-alukan...
Apa yang pasti, pemahaman saya terhadap perkataan pengembara itu sendiri sudah bercambah..Semoga saya sentiasa mengembara dan tidak pernah jemu untuk mengembara kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan sebelum kembali ke destinasi sebenarnya.
Wallahualam
ruj: Bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah (Fathi Yakan)

No comments:
Post a Comment