Monday, November 9, 2009

Perkemaskan saff

Assalamualaikum wbt...

Penat...
hectic sungguh minggu lepas dan minggu ni. Berlambak esaimen untuk dihantar dan tarikhnya pula sangat rapat-rapat..Rasanya tahun yang sudah tidaklah sedasyat ini..Dalam kesibukan mengejar ijazah ini, ada jugak benda yang rasa macam sedikit tercicir. Risalah..hurm

Saya makin menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Entah gembira entah bersedih..yang pastinya saya tidak merasai apa-apa perasaan lagi..Mungkin dek kesibukan yang melanda sekarang..Tapi pasti sedih meninggalkan bumi tarbiyah ini..Bumi yang merubah diri untuk lebih matang dan mengetahui matlamat hidup..

Merenung jauh ke masa hadapan..Apa yang bakal saya tinggalkan di sini? Masa semakin singkat..Hasil amal, adalah sekangkang kera yang menjadi. Bukan mengeluh dan tahu segala-galanya tidak terletak pada natijah tapi terletak pada sebanyak mana usaha. Itu yang Allah timbang..Tapi hati mana yang tidak bimbang..Makin ramai yang pulang, makin sepi bumi tarbiyah ini..

Pulang seorang pada akhir tahun ini...Pulang 3 orang di pertengahan tahun hadapan..Yang tinggal, kakakku seorang akhirnya nanti..Ya Tuhan, kuatkan dia..kuatkan dia..kuatkan dia..Resah..Namun, sunnatullah tetap sunnatullah..Dakwah ini tidak akan mati kerana Allah menjaganya..Apa yang mampu saya fikirkan sekarang, usaha sehabis boleh sebelum kembali ke Malaysia agar kurang beban kakakku yang seorang itu nanti..insyaAllah

Ayuh, perkemaskan saff...

Wallahualam...

2 comments:

Izyan Hamizah said...

dicampak ke laut, biarlah menjadi pulau, dilempar ke langit biarlah menjadi bintang. dicampak ke bumi, jadilah walaupun pokok yang rendang, tempat sandaran musafir melepaskan lelah.

mana-mana pun kita, kita tetap bersama, selagi 'jalan' ini yang kita pilih. semoga kita, dia dan mereka terus kuat untuk menempah syurga. ameen ya rabb.. =)

nurilahi said...

perasaan bimbang yang tidak bertepi..insyAllah izy kita, dia dan mereka ttp bersama...