Saturday, February 27, 2010

Syaitan penghalang qiamullail

Assalamualaikum wbt..

Sedikit sharing hasil daripada pembacaan saya:

Seseorang telah lupa tempat penyimpanan hartanya, kemudian dia datang kepada Abu Hanifah r.a. Lalu Abu Hanifah bertanya kepadanya:

"Ini bukan persoalan fikah yang harus aku jawab. Sebaiknya engkau pergi dan kerjakan Qiamullail hingga pagi, nescaya engkau akan ingat kembalidi mana harta itu engkau sembunyikan."

Orang itu lalu mengerjakan qiamullail dan sebelum seperempat malam, dia teringat kembali tempat penyimpanan hartanya. Dia kembali mendapatkan Abu Hanifah. Abu Hanifah berkata,

"Aku tahu bahawa syaitan tidak akan membiarkanmu melakukan Qiamullail. Celaka engkau, teruskan qiamullailmu sebagai tanda syukurmu kepada Allah"

-taken from buku 'Berdialog dengan Allah Di Keheningan Malam" , m/s: 90-

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan didalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya". (HR. Muslim & Abu Dawud)

Wallahualam

Friday, February 26, 2010

Saya dan diri sendiri

Assalamualaikum wbt..

Saya: Hai diri sendiri..kenapa ni? down semacam je

Diri sendiri: Memang tengah down ngan diri sendiri ni..

Saya: Kenapa??

Diri sendiri: Adik-adik tak ikut pergi program

Saya: Bukan dah biasa ke dengan penolakan?? Pengalaman dua tahun kat sana dulu tak cukup? Asyik kena tolak je kan..

Diri sendiri: Hurm..lain

Saya: Apa yang lain?

Diri sendiri: Tak tau la

Saya: Lagi satu, dah diorg tak ikut, kenapa tak down ngan diorg? kenapa down ngan diri sendiri?

Diri sendiri: Sebab puncanya diri sendiri..

Saya: Apa ni? Tak faham..

Diri sendiri: Meh nak terang..Puncanya diri sendiri..Tajmik tak berapa kemas, df tak berjalan sangat..Tiba-tiba nak ajak pergi program. Sape yang nk ikut?..So mmg salah diri sendiri. Penolakan ni really reflects back on my effort. Effort pun mcm tak ade je..

Saya: Ooo faham-faham..yang lain ngan dulu tu?

Diri sendiri: Dulu, alhamdulillah effort tu ada wlaupun sikit..Tapi sekarang lain effort langsung tk ada..

Saya: Diorg ada hal tu..ada yang kene tolong mak kat rumah. ada yang mak masuk hospital..So dont blame yourself..

Diri sendiri: But still ada lagi yang lain..tu seorang dua je..

Saya: Ada doa mintak kat Allah tak supaya lembutkan hati adik-adik dan bagi hidayah? ada tak doa supaya diberi kekuatan untuk da'wah adik-adik ni?

Diri sendiri: Tak ada..tak teringat pun

Saya: Bahaya ni diri sendiri..Something wrong in you..Diri sendiri tau tak sape yang pegang hati adik-adik tu? Diri sendiri tau tak kekuatan tu dari mana? Kenapa lupa ni?

Diri sendiri: I know something wrong in me..ok2..diri sendiri kena muhasabah and starts to improve myself.

-Moga dikurniakan kekuatan-

"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah seorang Muslim."
(Fussshilat:33)

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(AnNahl:125)

Wallahualam...

Friday, February 12, 2010

Coretan sebelum pulang bercuti

Assalamualaikum wbt..

Rasa nak menulis tapi tak tahu apa yang nak ditulis..Alhamdulillah cuti raya cina yang agak panjang sudah pun bermula.Lega sungguh rasanya berjaya menghabiskan bulan pertama di IPBA yang tercinta ini. Sungguh berbeza rasanya untuk kembali bermula di sini setelah 2 tahun meninggalkannya. Saya masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan waqi' baru ini sama ada dalam bidang akademik mahupun dakwah dan tarbiyah. Dalam bidang akademik, memang rasanya sangat mencabar bagi saya. Bukanlah saya bertujuan untuk memperkecilkan sistem pembelajaran di Malaysia dan membanggakan sistem di Australia. Tapi sungguh saya katakan sistem di Malaysia memang menguji ketabahan dan kesabaran. Kuliah yang memang boleh dikatakan penuh untuk 2 hari berturut-turut dan kerja-kerja tutorial yang juga banyak memanglah sangat berbeza semasa di Macquarie Uni dulu. Apa yang saya baru belajar ialah kita yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan..Bukan keadaan yang menyesuaikan diri dengan kita. Belajarlah menerima segalanya..Alhamdulillah..

Dan dari segi dakwah dan tarbiyah pula, saya banyak memerhatikan gerak kerja di Malaysia..Seperti pesanan daripada masu'lah di Sydney..bersabar dulu dan perhatikan cara kerjanya. Kemudian fahami dan baru mula bersama-sama bergerak..insyaAllah saya cuba lakukan yang terbaik..Alhamdulillah ada kesinambungan untuk tarbiyah di sini dan insyaAllah akan diteruskan dengan lebih tersusun selepas raya cina nanti. Selain itu, banyak juga ujian yang saya hadapi di Malaysia dan sungguh menguji hati terutamanya dalam ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Sangat perlu penjagaan yang rapi agar tidak terlalai dan terleka walaupun dalam kerja dakwah..Biasala sudah kerjanya syaitan untuk melalaikan manusia. Cuma saya sentiasa ambil sebagai peringatan untuk diri sendiri agar berwaspada setiap masa dari godaan ini. Tapi ia banyak mengajar saya dari mana untuk mencari kekuatan untuk menolak godaan-godaan syaitan ini..sudah tentunya yang terutama daripada Allah SWT dan seterusnya daripada sahabat-sahabat seperjuangan. Alhamdulillah..

Oh ya lupa untuk saya bercerita. Sekarang merupakan musim sukan di IPBA. Alhamdulillah saya berada dalam rumah sukan yang begitu bersemangat untuk menang. Saya juga seorang yang sangat bersemangat kalau mengenai kejohanan sukan. Entahlah memang dari sekolah lagi semangat untuk bersukan ini sudah ada. Cumanya saya sering berfikir untuk menjadikan kejohanan sukan itu satu acara yang menepati syariat. Sebagai contohnya acara lelaki dan perempuan diasingkan. Tidak perlu untuk lelaki-lelaki menonton perempuan-perempuan berlari. Syadid ke? rasanya tak..Segan rasanya apabila teringat kembali hari apabila diadakan sukan tara. Semua ahli perlu mengambil bahagian unuk menyumbangkan mata bagi rumah masing-masing. Tidak terkecuali saya. Saya merupakan barisan pertama bagi perempuan berlari (iyalah bersemangat tinggi). Saya cuba mengambil lorong di tengah agar tidaklah terdedah sangat kepada lelaki-lelaki yang berada di tepi lorong (kononnya la)..Selepas tamat berlari, tiba-tiba datang rasa malu yang amat sangat dan rasanya seperti mahu memasukkan kepala ke dalam tanah. Kenapa? kerana apabila melihat perempuan2 lain berlari selepas itu..adui..sungguh tak menyegarkan pandangan mata walaupun bertudung besar dan labuh (cuma effectnya kurang sedikikt shj). Malunya..Selepas itu, saya memang mengelakkan diri dari mengambil acara yang perlu berlari wlwpun takut dipanggil oleh lecturer..Satu mujahadah yang besar juga bagi saya yang sangat-sangat gemar bersukan..Tak apalah asalkan tidak melanggar syarak..insyaAllah..

Baiklah kembali kepada cerita bercuti..insyaAllah mari kita sama-sama membuat mutaba'ah amal sempena cuti ini. Sudah tentu ada target-target yang ingin kita capai sepanjang cuti ini. Ini sedikit sebanyak akan menghalang kita dari membuang masa yang ada..Saya ada beberapa buku yang ingin dikhatamkan..cth: jejak sang junjungan, jejak para khalifah, bekal dakwah akhwat dan sbginya..harap-harap tercapai la hasrat saya itu dan juga hafazan quran..Semoga mampu untuk diteruskan..Tadi, saya juga baru menghabiskan buku berjudul "Pemilik cintaku setelah Allah dan rasul" (karya fatimah syarha). Alhamdulillah saya bagi 4 daripada 5 bintang..Kisah yang mungkin nampak tidak realistik bagi sesetengah orang namun saya sangat yakin ianya realistik jika semuanya bertunjangkan keimanan padaNya..Tak faham apa yang saya cakapkan?? Bolehla membaca buku itu untuk memahami apa yang saya katakan ini...Ok la..sampai di sini dulu..sudah lewat malam..

p/s:sama-sama kita manfaatkan musim cuti ini..dan assignments yang melambak itu juga tidak boleh dilupakan...=)

Kenangan terindah; 'Floriade 08', Canberra, Australia


Wallahuaalam..

Sunday, February 7, 2010

Renungan

Assalamualaikum wbt..

"Barangsiapa yg yakin bahawa dirinya merasakan tawadhuk dan rendah hati maka ia benar-benar orang yang takabbur pada Allah" (Ibnu Athailah)

Begitu halusnya syaitan itu masuk ke dalam hati orang-orang beriman..

taken from Ketika Cinta Bertasbih 2

Wallahualam