Friday, April 23, 2010

Khas buatmu adikku


Assalamualaikum wbt..
Untuk adikku yang jauh di benua sana..

Adikku,
ini masanya dirimu teruji

Ujian yang pernah ku lalui suatu hari dulu
yang aku sangat harapkan
tidak diturunkan padamu

namun takdir Tuhan itu mengatasi segalanya

Diturunkan ujian yang kau rasa Maha berat
Sedang saja lagi tiada siapa di sisimu
Tapi jangan kau lupakan
Firman Tuhanmu "dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya"

Segala dugaan yang diturunkan ada hikmahnya
Ingin dinaikkan tingkatan darjat keimananmu

Itu bila kau berjaya mengharunginya

Disebalik kesusahan ada kesenangan
Disebalik kesusahan ada kesenangan
Itu janji Allah dalam surah al-insyirah
Surah yang dikhaskan utk melapangkan hati rasulNya

Aku dulu, juga begitu
Ujian yang bertimpa seakan serupa
tetapi tidak sama kerana bagiku
ujianmu lebih berat dariku
itu tandanya Dia sangat menyayangimu
Mujahadahlah

kerana aku sudah mengecapi kemanisan
selepas mujahadah itu


Dari jauh, aku hanya mampu berdoa

Dari jauh aku hanya mampu bertanya berita

Moga itu mampu menguatkanmu
Dan aku mahu kau tahu, kau ada aku
Dan aku mahu kau tahu, kau ada aku
tapi selepas Dia


Pohonlah kekuatan padaNya
Pohonlah ditunjukkan jalan olehNya
Agar tidak kau terlalai dan terleka
Peluk seeratnya tarbiyah yang kau dapat

kerana itu insyaAllah menjamin kekuatanmu

salam sayang dari jauh..


Walahualam...

No comments: