Monday, April 19, 2010

Sejauh mana sabarnya anda?


Assalamualaikum wbt...

Sejauh mana sabarnya kita? Adakah sampai ke tahap ini?Sedikit kisah untuk dikongsi..

Seperti mana cerita Ali Zainal Abidin bila beliau melihat hamba perempuannya tertuang air panas ke kepala anaknya sehingga mati. Baru sahaja beliau mahu memarahi hambanya, hambanya membaca ayat " Dan orang-orang yang menahan marahnya". Maka beliau berkata" Aku tahan marahku". Hambanya menyambung ayat tadi " Dan orang-orang yang memaafkan kesalahan manusia lain". Beliau berkata " Aku maafkan kamu". Hambanya menghabiskan ayat tadi " Dan Allah mengasihi orang-orang yang melakukan kebaikan" (Ali Imran: 134). Beliau berkata "Engkau dibebaskan"..

SubhanAllah...
Sifat yang ditunjukkan oleh Zainal Abidin itu dinamakan sifat al-Hilmi(tenang ketika marah atau menghadapi sesuatu yang tidak disukai). Bukan semua manusia mampu untuk memiliki sifat al-hilmi dan insyaAllah orang yang berada dalam tarbiyah akan cuba untuk mempunyai sifat al-hilmi. Al-hilmi itu ada peringkat-peringkatnya bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mendisiplinkan dirinya dan kemampuannya menahan kemarahannya. Dan ingatlah sifat ini mampu dibentuk melalui ujian-ujian yang Allah datangkan pada kita. Antara hadis yang berkaitan dengan sifat al-hilmi ini ialah:

"Barangsiapa yang menahan kemarahan padahal dia mampu melampiaskannya, Allah akan memanggilnya di akhirat kelak di hadapan khalayak ramai sehingga dia diberi pilih bidadari yang mana disukainya" (Riwayat at-tirmizi dan abu daud)..

Bermujahadahlah dengan kemarahan kita kerana disebalik kemarahan itu ada syaitan yang mencucukkan jarumnya.

-tazkirah untuk diri sendiri selepas berlaku insiden yang tidak begitu indah untuk diingati-Semoga sentiasa dipelihara olehNya

Wallahualam

No comments: