Monday, December 3, 2007

Persoalan demi persoalan


Assalamualaikum…

Saya sering tertanya apa yg boleh saya lakukan untuk membantu saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Saya yakin ramai lagi rakan-rakan di luar sana yang juga turut diselubungi oleh pertanyaan yang sedemikian. Hendak turut mengangkat senjata agak mustahil kerana halangan-halangan tertentu. Sedih rasa di hati melihat penderitaan saudara-saudara kita di Palestin. Malah, bukan di Palestin sahaja, turut merasai sengsara saudara-saudara kita di tempat lain seperti Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Fortunately, i found this song, Untukmu Palestin by Raihan. Then, alhamdulillah I got the answer for my question. I know what can we do in order to help them. How can I be so forgetful that Umat Islam have their own powerful weapon which is the Doa. Let me share with you the song. And I hope all of you can understand and realize what is the message behind this song that Raihan tries to deliver.

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin...
Palestin...

Nah, sekarang sudah terang lagi bersuluh apa yang boleh kita lakukan untuk menegakkan kebenaran kan. Dan percayalah Allah sentiasa bersama mereka yang berada dalam landasan kebenaran.

Satu lagi persoalan yang sering bermain di fikiran saya ialah kenapa hanya dunia Islam yang menjadi sasaran pemusnahan? Kenapa harus mereka mengacau kedamaian kita sedangkan we’ve done nothing to them. Akhirnya, saya terbaca satu hadis Nabi Muhammad SAW mengenai perkara ini. Rupa-rupanya baginda Nabi telah mengetahui perkara ini akan menimpa umat Islam. Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengutuskan Rasulullah sebagai pembawa risalah kebenaran.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:

”Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab,”Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun kamu terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ’wahan’”. Seorang sahabat bertanya:” Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab: ”Cinta pada dunia dan takut mati.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitulah dari penyakit ’wahan’ yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu ’cinta dunia’ dan ’takut mati’.

Kalau dilihat ekoran daripada penyakit ’wahan’ tersebut, macamana pejuang-pejuang Islam yang berpegang pada kalimah lailahaillAllah dapat dilahirkan??

Satu petikan daripada novel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat berbekas di hati saya ialah:

”La yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun”

-Ibnu Athaillah-

Mksdnya: Tidak ada yang dpt mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kpd Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu pada Allah yang membuat hati merana...

InsyaAllah, renungkan dan ambil sesuatu daripada kata-kata hikmah di atas.....

3 comments:

Anonymous said...

fariena..ni awk buat sndiri ke??wow..syabbas..hehe..insyaAllah nnti leh wt buku lak..=]

biskut marie said...

salam fariena..saya amik kata2 hikmah yg last tu k..

ehem2..frens di melbourne takde ke? =)

Anonymous said...

hehe..dah taruk dah frens @ melbourne tu..huhu...