Saturday, February 23, 2008

BILA TERASA MALU..


Cuba kita bayangkan...

1.Satu hari,kita diberi tanggungjawab untuk menjayakan satu persembahan yang akan dihadiri ribuan orang.Tiba-tiba,sewaktu kita menjayakan persembahan tu,contohnya nasyid,bila tiba turn kita,suara tiba-tiba x ada..

2.Satu hari,kita keluar asrama curi-curi pada waktu dan dengan cara yang x sepatutnya.Tiba-tiba,pak guard mengesan kita,lalu menangkap dan melaporkan kepada guru disiplin.Esoknya,waktu perhimpunan.kita dipanggil ke hadapan untuk menerima hukuman,di depan ribuan pelajar..


Ini antara contoh yang dapat saya tuliskan.Banyak lagi contoh lain yang mungkin terjadi dalam hidup saya dan sahabat-sahabat semua.Persoalannya di sini,apakah perasaan sahabat semua apabila mengalami situasi seperti ini?Ya...pandai pun...mesti berasa malu kan?X pe..x salah pun kita malu,sebab memang normal la kalau malu.Jangan la sorok-sorok,orang lain mungkin x tahu,tapi ingat ye,Dia tahu..


Berbalik kepada tajuk asal..bila terasa malu..Apakah kesan malu tersebut kepada diri kita?Mungkin selepas kejadian tu,kita x dapat tidur malam dan rasa gelisah “Mana aku nak letak muka aku ni?”Mungkin begitu fikiran sahabat semua,walaupun orang lain x rasa apa-apa pun..Betul x?


Itu apabila kita berasa malu dengan manusia.Sentiasa cari jalan untuk mengelakkan aib diri sendiri.Tapi pernah x kita berfikir,termasuk diri saya dan sahabat-sahabat semua,untuk kita malu kepada Allah S.W.T?Contohnya,seorang perempuan yang baru pulang dari salun rambut dan kemudian menayangkan fashion rambut ‘rebonding’nya dengan penuh bangga dan sombong.”Lihatlah manusia,cantik kan rambutku ini”..Ingatkan kita berasa malu,apabila kita melanggar perintah Allah,x memakai hijab,tetapi kita berbangga pulak.Kalau yang lelaki,sewaktu bersukan dan waktu-waktu lain,dengan bangganya kita menayangkan sebahagian peha kita kepada orang.Tak mengapa kalau kita x malu orang melihatnya,tapi ‘at least’ kita sedar bahawa Rabbi kita,Tuhan Penguasa Alam,sentiasa memerhatikan kita.Cuba kita imagine,kita dipanggil menghadap raja,dan kita memakai seluar pendek.


Rasa janggal x?Silap-silap hari bulan,raja pulak murka kepada kita.Itu raja,tapi dengan Allah?Ingatkah kita,yang kita tetap seorang hamba walaupun kita raja?Tidak ada beza seseorang di sisi Allah melainkan iman dan takwanya...


Diriwayatkan dari Imam Ahmad dan Tarmizi,Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabat baginda “Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Dan Baginda mengulangi perkataan tersebut berulang-ulang kali.Para sahabat menjawab “Sesungguhnya kami telah malu,wahai Nabi Allah,alhamdulillah”.Maka Baginda bersabda kembali “Bukan itu aku maksudkan,kerana malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu adalah menjaga kepala dan apa yang ada di kepala,menjaga perut dan kandungannya,dan mengingati mati serta hari ditimpa bencana.Maka sesiapa melakukannya,maka dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu”.Kemudian,Baginda mengulang-ngulang kata-kata Baginda sehingga menangis para sahabat.


Kita seharusnya berasa malu kepada Allah lebih dari rasa malu kita kepada manusia.Sesetengah daripada kita,termasuk diri saya sendiri,kadang-kadang malu yang bukan pada tempatnya.Contohnya,ketika x faham apa yang diajarkan di kuliah,kita malu hendak bertanya,tetapi kita x malu untuk bercakap-cakap kosong di belakang pensyarah sewaktu dia sedang mengajar.Kita malu untuk menyumbangkan sedikit duit kepada peminta-peminta sedekah di tepi-tepi jalan,tetapi kita x malu untuk membazirkan duit kita untuk benda yang hanya memberi kepuasan nafsu kita.Kita malu,apabila orang berkata sesuatu keburukan diri kita,tertapi kita x malu apabila mengkritik orang lain di belakang dia.Kita malu untuk pergi ke kelas-kelas agama dan ilmu,dengan alasan “Aku belum bersedia”,tetapi kita x malu untuk menghabiskan masa hampir separuh hari untuk window shopping yang x mendatangkan manfaat.Banyak lagi contoh yang berkaitan dengannya.Ini semua memang tejadi dalam kehidupan seharian kita kan?Jangan bimbang,x salah kita mengakuinya.Sebagai muhasabah untuk diri kita.Ubatnya?Bukan paracetamol,bukan quinolone,bukan rifampin dan bukan segala jenis ubat yang dijual di pasaran,tetapi istighfar dan kembali ke jalanNya..


Berkata Saidatina A’isyah R.A “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar,yang mana,malu tidak menegah mereka daripada bertanyakan tentang bab agama”


Satu hari telah pergi Umm Sulaim telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan berkata “Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran,adakah seorang wanita perlu mandi wajib apabila dia bermimpi?” Sabda Rasulullah S.A.W “Ya,apabila dia melihat air(mani)” (Hadis Riwayat Bukhari)


Dua hadis di atas menunjukkan bahawa dalam menuntut ilmu kita x perlu untuk berasa malu bahkan perlu berlumba-lumba untuk mencari ilmu terutamanya ilmu agama.


Ramai orang berfikir bahawa sifat malu dan sederhana itu bermaksud mengelakkan diri daripada bercakap,walaupun dalam tujuan untuk menyatakan kebenaran,menegah kemungkaran atau untuk mempelajari hukum-hukum Allah.Ini adalah suatu konsep yang salah.Rasulullah S.A.W sendiri merupakan seorang yang pemalu,melebihi malunya seorang gadis yang berada di sebalik tirai.,tetapi ini tidak menghalang Baginda untuk menegah kemungkaran.


Konklusinya,kita hendaklah meletakkan malu pada tempat yang sewajarnya,terutamanya dalam hubungan kita dengan Allah.Jangan bimbang jika kita malu atau dimalukan di dunia,tetapi bimbanglah jika kita dimalukan di hari pembalasan nanti.Wallahu’alam..


“Jangan malu untuk berubah,tetapi malulah untuk kekal dalam kelalaian”

“Malu itu cabang daripada iman”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata Fudhil bin Iyad “Lima daripada tanda-tanda kecelakaan : Hati yang keras,keringnya mata(kerana terlalu sedikit menangis takutkan Allah),kurang rasa malu,cintakan dunia dan panjang cita-cita”


Rujukan : Kitab al-Fathu Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab al-Jawahir al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah dan Clarifying The Hidden Significance Of The Forty Nawawy Hadiths.


hasil nukilan: akh al-mansourah

No comments: