Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil daripada usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan isinya”
Diceritakan dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As SamarQand:
"Adalah Hasan al-Basri semasa mudanya,tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra. Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi,maka Hasan al-Basri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata : "Apakah engkau tidak malu ??? " "Malu kepada siapa?", kata Hassan al-Basri "Malu kepada zat (Allah) yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu hamba-hambaNya", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta,tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya,Hasan al-Basri terus menerus mengikuti wanita ini. Bertanya wanita itu lagi : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku". Kata Hasan al-Basri itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu". Jawab wanita itu : "Kembalilah,nanti saya akan kirimkan padamu,apa-apa yang engkau inginkan". Hasan al-Basri mengira,bahawa wanita itu telah menyambut cintanya maka diapun kembali. Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan al-Basri dengan membawa sebuah bekas yang tertutup dengan saputangannya. Hasan al-Basri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
Kata pelayan itu : "Sesungguhnya wanita itu berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang" Gementarlah hati Hasan al-Basri, berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata, "Sungguh celaka engkau,sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu " Dia pun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman. Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan untuk menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia. Hasan al-Basri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga beliau bermimpi melihat wanita itu sedang menikmati nikmat di dalam syurga dan Hasan al-Basri berkata kepadanya dalam mimpi. "Halalkanlah olehmu segala kesalahanku ". Kata wanita itu ; "Sesungguhnya semua telah aku halalkan kerana aku telah memperoleh kebaikan yang banyak dari Allah, disebabkan engkau". Kata Hasan al-Basri lagi ; "Berilah aku sedikit nasihat”
Kata wanita tersebut; "Kalau engkau bersendirian,berzikirlah {ingatlah} kepada Allah Ta'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepada Allah serta bertaubatlah kepadaNya." Maka Hasan al-Basri pun menerima nasihatnya serta mengamalkan apa yang dinasihati oleh wanita tersebut sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala. Beliau memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah dan terpilih menjadi seorang wali Allah.
Begitulah kehebatan seorang perempuan yang beriman yang mampu mengubah seorang lelaki biasa menjadi lelaki yang bertakwa. Betapa beruntungnya Hasan al-Basri yang memperoleh nur hidayah daripada Allah SWT disebabkan oleh wanita yang takut pada azab Allah itu. . Dan dapat kita lihat bahawa balasan yang terbaik untuk orang-orang yang beriman adalah syurga Allah SWT. Namun begitu, kita perlu ingat bahawa hidayah itu milik Allah SWT. Dialah yang menganugerahkan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, jangan bersusah hati jika kita telah berusaha sedaya-upaya untuk menarik seseorang itu ke jalan kebenaran tetapi tetap tidak mendatangkan hasilnya. Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi apa yang dinilai adalah usaha kita.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment