Monday, July 21, 2008

Masa terluang....

Assalaualaikum wbt...tergerak hati sikit la nak tulis entry pasal masa nih..Ana sekarang ni masih lagi dalam tempoh waktu cuti winter. Panjang sungguh rasanya cuti kali ini sampai dah tak tahu nak buat apa. Semalam, ana dan dua orang sahabat ana, Syairah and Syila berkunjng ke rumah senior and kitorang main satu permainan nih. Best sangat and sangat banyak dapat input dari permainan tuh. Game tu nama dia Quran Challenge. Ala main nye macam main dang ular (semua orang tau ke permainan dang ular ni?takut la kalau kat Terengganu je yang panggil game tu camtu). Tapi di setiap petak tu, ade simbol la. Contohnya ana berhenti dekat petak yang simbol dia untuk soalan nama-nama Allah. So, ana akan ditanya oleh pemegang kad soalan mengenai maksud kepada nama-nama Allah..Terkedu jugak nak jawab tuh sebab tak tau maksud dia. Sedih pun ade jugak sebab cakap nak jadi individu muslim yang baik tapi tu pun tak tau..Takpe-takpe dah tau kelemahan diri dan boleh diperbaiki. Tapi we really enjoyed ourselves la last night..hehe...Today, seperti biasa, ana akan membaca blog orang lain and agak terkedu jugak la baca satu blog nih bila dia tulis pasal nikmat masa. Ni ada satu hadis Rasulullah SAW mengenai nikmat masa:

"Ada 2 nikmat di mana kebanyakkan manusia sering tertipu dengannya, nikmat SIHAT dan MASA LAPANG"

Ana agak terasa la sebab ana tak menggunakan seelok-eloknya nikmat masa lapang yang Allah bagi. Sebagai contoh yang diutarakan dalam blog tersebut ialah gunakan masa lapang ini untuk menziarahi sahabat-sahabat, menghafal Quran, menambahkan ilmu agama dan sewaktu dengannya. Bukan apa, nanti kalau dah sibuk dengan study, susah nak ada masa terluang yang membolehkan kita menumpukan sepenuhnya perhatian untuk perkara-perkara tersebut. Selain itu, time kita takde sesuatu yang nak dibuat ni lah syaitan dan nafsu tu datang menggoda nak suruh kita buat sesuatu yang tak elok atau sesuatu yang bersifat jahiliyyah..Ingat tau..Allah Maha melihat apa yang kita buat...Allah pun turut menekankan kepentingan masa ini dalam surah Al-'Ashr seperti dalam gambar di atas. Dipetik kata-kata seorang sufi iaitu Hassan Al-Basri:

"Wahai anak cucu Adam, engkau hanyalah sekumpulan dari hari yang terhitung. Apabila berlalu satu hari, bererti hilanglah sebahagian daripadamu. Jika hilang sebahagian daripadamu, maka bertambah dekatlah saat kematianmu. Jika engkau sudah mengetahui hal itu, maka segeralah berbuat amal kebaikan"

Kadangkala kita ni, especially ana sendiri la selalu lupa and lalai dengan nikmat yang dikurniakan itu. Sepatutnya digunakan masa itu untuk membuat amal kebaikan. Dahla amal sendiri pun tak cukup lagi nak jejakkan kaki ke syurga. Bukan hanya jejakkan kaki ke syurga mungkin nak cium bau syurga itu pun tak layak lagi. Selain itu, ana pun banyak jugakla mengeluh bila dah tak tau nak buat apa ni. Macam-macam la yang dikeluhkan. Contohnya, "bosannya".."lamanya cuti "..Kemudian, ana pun terbaca la satu hadis Rasulullah ni:

"3 macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah; merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang"..

Dasyatkan..sampai macam tu sekali..Lagi satu hadis Rasulullah SAW mengenai mengeluh ni:

" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka"(Riwayat Ibnu Majah)

Astaghfirullah..tersedar balik bila baca hadis-hadis tu, Thank you ya Rasulullah, habibAllah (kekasih Allah), imamal mursalin(imam para nabi) kerana meninggalkan kami ummatmu ini dengan hadis-hadis yang sentiasa menyelamatkan kami dari tipu daya syaitan and nafsu sendiri. Kepada sahabat-sahabat ana yang sedang bercuti jugak tu, jom kita sama-sama isi cuti yang lama lagi nih dengan benda-benda yang berfaedah. Contohnya main Quran challenge tu...best sangat..kita serbu rumah Kak Amrien..hehehe...

Sedikit pesanan untuk semua terutama untuk ana sendiri kerana telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata itulah yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk melaksanakan apa yang dikatakanya: Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang akan tergolong dalam golongan orang yang rugi apabila hari ini sama saja dengan hari kelmarin. Tergolong dalam golongan beruntung apabila hari ini lebih baik dari hari sebelumnya".

Segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari diri ana sendiri. Dan hakikatnya segala-galanya dari Allah juga. Terpulang atas kita untuk menggunakan akal kurniaaNya ini ke arah yang mana sama ada baik atau buruk. Kerana dalam Islam, hanya ada 2 jalan dan tiada yang di tengah-tengah..



Wallahualam...


2 comments:

Anonymous said...

salam farina, akak panggil 'dam ular' bukan 'dang ular' hehehe.
demi masa, sungguh manusia itu benar-benar dalam kerugian melainkan golongan tertentu.
1) beriman
2) beramal soleh
3) berpesan dgn kesabaran
4) berpesan dgn kebenaran

mari beramal..
wallahua'lam

Anonymous said...

w'salam kak lin..insyaAllah sy akn cuba menggunakan masa sebaik mungkin..doakan saya tau..rindu kak lin n akhowat brisbane smue..