Wednesday, October 15, 2008

Bunga-bunga

Assalamualaikum wbt..lamenye dah tak update blog..laptop masuk workshop la..dah seminggu dah ni..thanks mr virus..tak pasal-pasal kene reformat balik laptop tu..So, laptop dah takde and banyak pulak rasanya masa lapang yang ada..and banyak jugak benda yang berfaedah lain yang boleh dibuat..Alhamdulillah dah nampak betapa laghonya dulu time ada laptop..hehe...ok dah..tukar topik pulak..Dalam post ni, nak jugak sampaikan salam rindu pada akhowat2 semua.(kalau jmpe easy way mesti ingat ukhti smue)...huhu.Baru je 4 hari tak jumpe dah rasa rindu ni..huhu..takpe2..nanti kita jmpe lagi..insyaAllah...then I also want to share my jaulah or trip to Canberra. I went there with 5 friends and 4 seniors. Why Canberra?? sebab kat situ ada floriade(mcm flower exhibition)..Canberra is famous with beautiful flowers especially when it is spring..now, I will pass my speaker to all the pictures. Let them tell you the rest of my journey.
















SubhanAllah..cantik betul kan bunga-bunga ni..First time tengok secara live and memang sangat cantik..Sempurna ciptaan Khaliq kita..Dan cuba kita renungkan kenapa semua ini dicipta??contohnya bunga yang cantik-cantik dicipta dengan berbagai warna dan berbagai rupa serta bau-bau yang wangi..Ini tak lain dan tak bukan hanyalah untuk kita, sebagai hambaNya ini merenung kejadian alam dan berfikir tentang kebesaran Allah. Penciptaan alam ini juga salah satu bukti kewujudan Allah Swt. Cubalah sedaya upaya untuk mencari hikmah di setiap apa yang kita lakukan. Kerana sesuatu itu terjadi tidak hanya sia-sia melainkan ada kebaikan dan pengajaran di sebaliknya.

Sedikit doa yang boleh diamalkan ketika melihat alam:
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"(Ali-Imran:191)

Wallahualam...

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu dapat memahami atau telinga yang dengan itu mereka mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada"(Al-Hajj:46)

2 comments:

daydreambeliever said...

subhanallah lawanya....

Anonymous said...

iye lawa sgt kak fad..korang tkde plan nk pegi ke?/yg tahun ni dah abeh..pegi thn depan punye plak