Thursday, April 30, 2009

Damai bersamaMu

Assalamualaikum wbt...




Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Chorus:
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Wallahualam

Wednesday, April 29, 2009

Praying wearing shoes ????

Assalamualaikum wbt...

Pada suatu hari, saya sedang mengambil wudhuk di musolla. Kalau tak silap untuk solat zohor. Tiba-tiba datang seorang sister dan beliau masuk ke dalam musolla. Nampak seperti orang Arab berdasarkan cara pemakaian hijabnya. Orang Arab di sini sangat gemar memakai selendang panjang dan ada cara belitan dan putarannya tersendiri. Setelah selesai mengambil wudhuk, saya masuk ke dalam ruang solat dan saya mendapati kebanyakan sisters yang berada dalam musolla itu sedang bercakap-cakap dan memandang ke arah sister Arab tadi. Sister Arab tersebut sedang solat ketika itu. Saya melihat wajah setiap sisters yang lain terutamanya kawan-kawan saya dari Malaysia sedang berkerut-kerut dan penuh dengan tanda tanya. Pelik nih...Kemudian saya terus memandang sister Arab tadi. Owh..rupa-rupanya kerana sister tersebut memakai kasut di dalam musolla. Sesuatu yang boleh dikatakan pelik kerana tidak pernah ada yang memakai kasut untuk masuk ke dalam musolla. Bagi sisters dari Malaysia pula, itu juga adalah sesuatu yang dirasakan tidak elok dan langsung tidak wajar. Saya juga terkejut ketika itu. Saya sendiri beranggapan bahawa tidak boleh solat dengan memakai kasut kerana kasut itu sudah tentu kotor. Setelah mengadakan 'syura' kecil-kecilan di belakang, sister-sister yang lain menyuruh saya menegur sister Arab itu. Saya dengan teragak-agak pun menuju ke arah sister Arab itu dan memberitahunya bahawa kasut tidak boleh dibawa masuk ke dalam musolla. Lagipun, ada sign yang tertampal pada dinding musolla yang kasut tidak boleh dibawa masuk. Dia hanya tersenyum dan meminta maaf. Dan dia bergegas keluar kerana ada kelas katanya.

Dan ketika bercuti di Melbourne pada winter yang lalu, saya telah membeli satu buku yang mengkompilasikan cara-cara Nabi Muhammad SAW bersolat. Dari satu mukasurat ke satumuka surat saya membelek dan akhirnya saya terjumpa satu tajuk yang berbunyi begini " Prayer Wearing Shoes and the Command to do so". Di sini, saya sertakan hadis-hadis yang dikumpulkan di bawah tajuk tersebut.

"He used to stand (in prayer) bare-footed sometimes and wearing shoes sometimes"
-Abu Dawood & Ibnu Majah. It is a mutawatir hadeeth as Tahaawi mentioned.-

"He allowed this for his ummah, saying : When one of you prays, he should wear his shoes or take them off and put them between his feet, and not harm others with them"
-Abu Dawood & Bazzaar (53, az-Zawai'd); Haakim declared it saheeh and Dhahabi agreed-

"He encouraged prayer wearing them sometimes, saying: Be different from the Jews, for they do not pray in their shoes nor in their khuffs (leather socks)"
-ibid-

"Occasinally he would remove them from his feet while prayer and then continue his prayer, as Abu Sa'eed Al-Khudri has said:
'The messenger of Allah (SAW) prayed with us one day. Whilst he was engaged in the prayer he took off his shoes and placed them on his left. When the people saw this, they took off their shoes. When he finished his prayer he said, Why did you take your shoes off? They said," We saw you taking your shoes off'. He said, Verily Jibreel came to me and informed me that there was dirt-or he said; something harmful-(in another narration; filth) on my shoes, so i took them off. Therefore, when one of you goes to the mosque, he should look at his shoes; if he sees in them dirt-or he said; something harmful-(in another narration: filth) he should wipe them and pray in them. "
-Abu Dawood, Ibn Khuzaimah & Haakim, who declraed it saheeh and Dhahabi and Nawawi agreed. The first one is given in Irwaa'-

"When he removed them, he would place them on his left"
-ibid-

and he would also say: "When one of you prays, he should not place his shoes on his right nor on his left, where they wil be on someone else's right, except if there is no one on his left, but he should place them between his feet"
-Abu Dawood, Nasaa'i & Ibn Khuzaiman (1/110/2) with a saheeh sanad-

Setelah membaca apa yang ditulis di atas, saya teringatkan kejadian di musolla suatu ketika dahulu. Rupa-rupanya tidak menjadi satu kesalahan pun kalau solat dengan memakai kasut. Terlintas di hati saya betapa banyaknya ilmu yang tidak saya ketahui.

Berdasarkan cerita di atas, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah rajin-rajinkanlah diri untuk menambahkan ilmu agama kerana sudah pasti banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui. Contohnya boleh membaca buku-buku berkenaan hadis-hadis Rasulullah dan mengamalkan apa yang diamalkan pleh baginda. Kita juga janganlah men'jugde' seseorang itu dengan hanya merasakan apa yang dilakukannya itu pelik pada pandangan kita. Ini amat penting lebih-lebih lagi jika kita berjumpa dengan muslim yang berbeza bangsa dan datang dari pelbagai tempat. Sudah pasti pelbagai gaya dan cara yang kita jumpa. Oleh itu, ramah-ramahkanlah diri untuk berkenalan dengan mereka dan bertukar-tukar cerita mengenai cara mengamalkan Islam di negara masing-masing. Tapi ini bukanlah bermaksud Islam itu berbeza-beza. Islam hanya satu. Cuma yang menjadi perbezaannya hanyalah perkara-perkara furu' (cabang). Contohnya mengambil wudhuk sebelum solat adalah syarat sah solat dan perkara yang wajib dibuat. Oleh itu, semua umat Islam perlu mengambil wudhuk sebelum solat. Tapi mengikut mazhab tertentu, cara mengambil wudhuk contohnya menyapu air di kepala adalah berbeza. Diharapkan agar kalian faham dengan penjelasan saya...

Wallahualam...

p/s: I have read a news on the swine flu (selesema babi) which is now actively spread in some countries and there are 2 countries which have been highlighted to have this virus. One of them is Israel. Hurm...

Tuesday, April 21, 2009

I feel this


Assalamualaikum wbt...

There it goes again..
The feeling which I can't resist..
Oh Allah..Gives me the strength to face it..
For I am not strong enough to overcome it alone..
7 months more to go..yey..



-----Homesick-----


=(




Abah



Mama


1st sister

1st Brother


2nd Brother


3rd Brother


2nd sister



Why homesick?

-what a long holiday -nothing much to do (padahal byk je bnda bley buat..dzatiyah diri tak kuat..Astaghfirullah)

-Always had hp conversations with family members recently (nak wat cmne..cap hp dah upgrade..tk guna cap, membazir je)

-I am all alone when Uji went to Uni (menumpang kat umah Uji dari start cuti smpai skrg..best2..)

p/s: Dah penat merindu...

Wallahualam

Saturday, April 18, 2009

Words of wisdom

Assalamualaikum wbt....


People without vision, they are led by Qadar of Allah
People with vision, they are the Qadar of Allah...





Wallahualam..

Thursday, April 9, 2009

Luruskan niat

Assalamualaikum wbt..

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari (Imam Bukhari) dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi (Imam Muslim) dalam sahih keduanya.

Cuti bersempena Easter sudah bermula bagi pelajar TESL di Macquarie University. Ini kerana kami tidak mempunyai kelas pada hari ini(Khamis) dan esok, Jumaat merupakan Good Friday. Jadi, bagi kami, cuti bermula hari ini. Seusai dhuha sebentar tadi, saya tertanya pada diri sendiri. Cuti sudah bermula dan 2 minggu adalah satu waktu yang agak lama walaupun saya mempunyai satu assignment yang perlu dihantar pada pertengahan cuti. Apa aktiviti yang boleh dilakukan agar tidak kosong dan sia-sia cuti pada kali ini. Salah satu aktiviti yang ada pada cuti kali ini adalah jaulah (trip) ke Port Stephen. InsyaAllah bukan satu aktiviti yang sia-sia kerana ini peluang untuk melihat keindahan alam dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang ada disitu. Ini juga adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan iman kita.

Kenapa saya meletakkan satu hadis yang sangat terkenal mengenai niat? Kerana setiap sesuatu perkara pun dimulakan dengan niat. Kalau betul niat tu, insyaAllah hasilnya mendapat keredhaanNya. Tapi kalau niat pun dah terpesong ataupun tidak ada niat langsung dalam melakukan apa-apa, ia akan turns out menjadi satu yang sia-sia. So, saya nak mengajak semua orang, memperbaharui niat masing-masing. Satu, kerana Allah Taala dan yang seterusnya, terserah. InsyaAllah akan dipandu kita ke arah yang baik dan bermakna. Hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang mengetahui niat masing-masing. Oleh itu, terserah pada diri masing-masing untuk menentukan niat di hati. =)



Suka juga untuk saya berkongsi di sini bahawa 2 minggu yang lepas, saya telah mengikuti satu excursion ke Canberra, melawat Australia Parliament House, National Museum and War Memorial. Dan saya mempunyai cerita yang sangat menarik untuk dikongsikan mengenai lawatan ke War Memorial itu. Bukan sekadar cerita biasa. Tetapi ada kaitannya dengan sejarah umat Islam itu sendiri..InsyaAllah untuk entri seterusnya akan diceritakan mengenainya.

Wallahualam...

Monday, April 6, 2009

Wahai jiwa yang tenang

Assalamualaikum wbt...


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu"
(Al-Fajr: 27-30)



p/s: ayat yang sering terngiang-ngiang di telinga saya dari hari terjadinya incident itu hingga ke saat ini.


Sesungguhnya sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya...=)


Wallahualam

Friday, April 3, 2009

Bagaimana agar turunnya pertolongan Allah

Assalamualaikum wbt... Tajuk di atas merupakan tazkirah terakhir daripada seorang kakak yang saya sayangi sepenuh hati. Ops bukan bermaksud sudah tiada di dunia ini, tetapi hanya pulang ke Malaysia untuk satu jangka masa yang tak dapat dipastikan. Dan janji saya pada diri sendiri untuk berkongsi tazkirah ini dengan orang lain setelah habis menghantar esaimen. Akhirnya, tiba jua masa itu. Alhamdulillah sudah selamat menghantar 2 esaimen pada hari ini. Berbalik kepada tajuk post ini.

Dalam seharian, sudah tentu manusia tidak dapat lari daripada masalah yang melanda. Baik yang kecil mahu pun yang besar. Dan ada kalanya kudrat manusia itu tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Lalu, kepada Rabbnya lah diadukan segala masalah, kepedihan hati dan sebagainya. Namun tidak datang jua pertolongan itu. Lalu, dirinya bertanya mengapa? Apakah silapnya? Jawapannya di sini:

Bagaimana untuk mendapatkan pertolongan dari Allah SWT.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhamad:7)

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akn mencukupkan(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. SUngguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (At-Talaq: 2-3)

Syeikh Abdul Aziz berkata, maka dengan perbuatan inilah datangnya pertolongan Allah:

-Mengerjakan apa yang disuruh
-Meninggalkan apa yang dilarang
-Ikhlas beribadat keranaNya
-Sentiasa mentauhidkanNya

Melalui ketakwaan juga, pertolongan Allah itu dekat. Bertaqwa itu ialah mendekatkan diri kepada Allah. Cara-cara untuk mendekatkan diri kepadaNya ialah dengan selalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mentadabbur maknanya.

Oleh itu, sesiapa yang mahukan pertolongan atau kesudahan yang baik, hendaklah dirinya:
-Bersabar dalam menghadapi mehnah
* Mujahadah lah sekuat hati

"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (2:153)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa akak bagi tazkirah ini untuk antunna?

-utk future reference
-hadiah untuk terus tsabat sebagai warisan risalah disini


p/s: missing u...=(

Wallahualam

Thursday, April 2, 2009

Jom tadabbur jap

Assalamualaikum wbt..it has been a long time since my last post..not enough time to update.and also because of my bad attitude of being procrastinator(does this word exists?emm..)...Never mind..Quite buzy with the long queue of assignments. Tadi, semasa mentadabbur ayat2 suci Quran, (peringatan dan amaran untuk diri sendiri dan semua orang: walau sebuzy mana pun anda, jangan tinggalkan bacaan Quran dan juga mentadabbur maknanya. At least a page a day ok!!!) I came across this one ayat..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.

"Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhan-mu kepadamu. Jika tidak engkau lakukan(apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan amanat-Nya. Dan Allah memelihara engkau dari (gangguan) manusia. Sungguh , Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang kafir. (Al-Maidah: 67)

Uhuk..uhuk..terasa tak dihati? Tengok ayat itu yang memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Adakah ayat itu diturunkan untuk Rasulullah sahaja?? TIDAK !!!...It is applicable to everyone..So, tugas untuk menyampaikan agama ini, telah diturunkan sejak 1400 tahun yang lalu...Marilah kita sama-sama menyampaikan agama yang indah ini kepada semua orang. Baik yang terdekat mahupun yang jauh..Pelbagai methods and approaches yang boleh digunakan untuk menyampaikannya...contoh yang terdekat: berblog dan qudwah hasanah (akhlak yang baik)...InsyaAllah..

Now, it is the time for me to continue my assignments.

Wallahualam...