Thursday, April 9, 2009

Luruskan niat

Assalamualaikum wbt..

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa(niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari (Imam Bukhari) dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi (Imam Muslim) dalam sahih keduanya.

Cuti bersempena Easter sudah bermula bagi pelajar TESL di Macquarie University. Ini kerana kami tidak mempunyai kelas pada hari ini(Khamis) dan esok, Jumaat merupakan Good Friday. Jadi, bagi kami, cuti bermula hari ini. Seusai dhuha sebentar tadi, saya tertanya pada diri sendiri. Cuti sudah bermula dan 2 minggu adalah satu waktu yang agak lama walaupun saya mempunyai satu assignment yang perlu dihantar pada pertengahan cuti. Apa aktiviti yang boleh dilakukan agar tidak kosong dan sia-sia cuti pada kali ini. Salah satu aktiviti yang ada pada cuti kali ini adalah jaulah (trip) ke Port Stephen. InsyaAllah bukan satu aktiviti yang sia-sia kerana ini peluang untuk melihat keindahan alam dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang ada disitu. Ini juga adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan iman kita.

Kenapa saya meletakkan satu hadis yang sangat terkenal mengenai niat? Kerana setiap sesuatu perkara pun dimulakan dengan niat. Kalau betul niat tu, insyaAllah hasilnya mendapat keredhaanNya. Tapi kalau niat pun dah terpesong ataupun tidak ada niat langsung dalam melakukan apa-apa, ia akan turns out menjadi satu yang sia-sia. So, saya nak mengajak semua orang, memperbaharui niat masing-masing. Satu, kerana Allah Taala dan yang seterusnya, terserah. InsyaAllah akan dipandu kita ke arah yang baik dan bermakna. Hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang mengetahui niat masing-masing. Oleh itu, terserah pada diri masing-masing untuk menentukan niat di hati. =)



Suka juga untuk saya berkongsi di sini bahawa 2 minggu yang lepas, saya telah mengikuti satu excursion ke Canberra, melawat Australia Parliament House, National Museum and War Memorial. Dan saya mempunyai cerita yang sangat menarik untuk dikongsikan mengenai lawatan ke War Memorial itu. Bukan sekadar cerita biasa. Tetapi ada kaitannya dengan sejarah umat Islam itu sendiri..InsyaAllah untuk entri seterusnya akan diceritakan mengenainya.

Wallahualam...

No comments: