Wednesday, April 29, 2009

Praying wearing shoes ????

Assalamualaikum wbt...

Pada suatu hari, saya sedang mengambil wudhuk di musolla. Kalau tak silap untuk solat zohor. Tiba-tiba datang seorang sister dan beliau masuk ke dalam musolla. Nampak seperti orang Arab berdasarkan cara pemakaian hijabnya. Orang Arab di sini sangat gemar memakai selendang panjang dan ada cara belitan dan putarannya tersendiri. Setelah selesai mengambil wudhuk, saya masuk ke dalam ruang solat dan saya mendapati kebanyakan sisters yang berada dalam musolla itu sedang bercakap-cakap dan memandang ke arah sister Arab tadi. Sister Arab tersebut sedang solat ketika itu. Saya melihat wajah setiap sisters yang lain terutamanya kawan-kawan saya dari Malaysia sedang berkerut-kerut dan penuh dengan tanda tanya. Pelik nih...Kemudian saya terus memandang sister Arab tadi. Owh..rupa-rupanya kerana sister tersebut memakai kasut di dalam musolla. Sesuatu yang boleh dikatakan pelik kerana tidak pernah ada yang memakai kasut untuk masuk ke dalam musolla. Bagi sisters dari Malaysia pula, itu juga adalah sesuatu yang dirasakan tidak elok dan langsung tidak wajar. Saya juga terkejut ketika itu. Saya sendiri beranggapan bahawa tidak boleh solat dengan memakai kasut kerana kasut itu sudah tentu kotor. Setelah mengadakan 'syura' kecil-kecilan di belakang, sister-sister yang lain menyuruh saya menegur sister Arab itu. Saya dengan teragak-agak pun menuju ke arah sister Arab itu dan memberitahunya bahawa kasut tidak boleh dibawa masuk ke dalam musolla. Lagipun, ada sign yang tertampal pada dinding musolla yang kasut tidak boleh dibawa masuk. Dia hanya tersenyum dan meminta maaf. Dan dia bergegas keluar kerana ada kelas katanya.

Dan ketika bercuti di Melbourne pada winter yang lalu, saya telah membeli satu buku yang mengkompilasikan cara-cara Nabi Muhammad SAW bersolat. Dari satu mukasurat ke satumuka surat saya membelek dan akhirnya saya terjumpa satu tajuk yang berbunyi begini " Prayer Wearing Shoes and the Command to do so". Di sini, saya sertakan hadis-hadis yang dikumpulkan di bawah tajuk tersebut.

"He used to stand (in prayer) bare-footed sometimes and wearing shoes sometimes"
-Abu Dawood & Ibnu Majah. It is a mutawatir hadeeth as Tahaawi mentioned.-

"He allowed this for his ummah, saying : When one of you prays, he should wear his shoes or take them off and put them between his feet, and not harm others with them"
-Abu Dawood & Bazzaar (53, az-Zawai'd); Haakim declared it saheeh and Dhahabi agreed-

"He encouraged prayer wearing them sometimes, saying: Be different from the Jews, for they do not pray in their shoes nor in their khuffs (leather socks)"
-ibid-

"Occasinally he would remove them from his feet while prayer and then continue his prayer, as Abu Sa'eed Al-Khudri has said:
'The messenger of Allah (SAW) prayed with us one day. Whilst he was engaged in the prayer he took off his shoes and placed them on his left. When the people saw this, they took off their shoes. When he finished his prayer he said, Why did you take your shoes off? They said," We saw you taking your shoes off'. He said, Verily Jibreel came to me and informed me that there was dirt-or he said; something harmful-(in another narration; filth) on my shoes, so i took them off. Therefore, when one of you goes to the mosque, he should look at his shoes; if he sees in them dirt-or he said; something harmful-(in another narration: filth) he should wipe them and pray in them. "
-Abu Dawood, Ibn Khuzaimah & Haakim, who declraed it saheeh and Dhahabi and Nawawi agreed. The first one is given in Irwaa'-

"When he removed them, he would place them on his left"
-ibid-

and he would also say: "When one of you prays, he should not place his shoes on his right nor on his left, where they wil be on someone else's right, except if there is no one on his left, but he should place them between his feet"
-Abu Dawood, Nasaa'i & Ibn Khuzaiman (1/110/2) with a saheeh sanad-

Setelah membaca apa yang ditulis di atas, saya teringatkan kejadian di musolla suatu ketika dahulu. Rupa-rupanya tidak menjadi satu kesalahan pun kalau solat dengan memakai kasut. Terlintas di hati saya betapa banyaknya ilmu yang tidak saya ketahui.

Berdasarkan cerita di atas, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya ialah rajin-rajinkanlah diri untuk menambahkan ilmu agama kerana sudah pasti banyak lagi perkara yang tidak kita ketahui. Contohnya boleh membaca buku-buku berkenaan hadis-hadis Rasulullah dan mengamalkan apa yang diamalkan pleh baginda. Kita juga janganlah men'jugde' seseorang itu dengan hanya merasakan apa yang dilakukannya itu pelik pada pandangan kita. Ini amat penting lebih-lebih lagi jika kita berjumpa dengan muslim yang berbeza bangsa dan datang dari pelbagai tempat. Sudah pasti pelbagai gaya dan cara yang kita jumpa. Oleh itu, ramah-ramahkanlah diri untuk berkenalan dengan mereka dan bertukar-tukar cerita mengenai cara mengamalkan Islam di negara masing-masing. Tapi ini bukanlah bermaksud Islam itu berbeza-beza. Islam hanya satu. Cuma yang menjadi perbezaannya hanyalah perkara-perkara furu' (cabang). Contohnya mengambil wudhuk sebelum solat adalah syarat sah solat dan perkara yang wajib dibuat. Oleh itu, semua umat Islam perlu mengambil wudhuk sebelum solat. Tapi mengikut mazhab tertentu, cara mengambil wudhuk contohnya menyapu air di kepala adalah berbeza. Diharapkan agar kalian faham dengan penjelasan saya...

Wallahualam...

p/s: I have read a news on the swine flu (selesema babi) which is now actively spread in some countries and there are 2 countries which have been highlighted to have this virus. One of them is Israel. Hurm...

No comments: