Monday, April 19, 2010

Awan oh awan

Assalamualaikum wbt...


Lebih kurang pukul 5.45 petang, saya menaiki lrt dari Hentian Putra (Gombak) menuju ke Kampung Baru selepas menghadiri satu daurah. Nasib saya sungguh baik kerana tidak ramai yang menaiki lrt pada waktu tersebut dan saya mengambil tempat biasa yang amat saya gemari iaitu di sisi pintu lrt. Di situ, saya dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Seperti biasa, mata saya akan memerhatikan gumpalan awan yang berada di langit sana. Tiada apa yang istimewa hanya gumpalan awan yang putih kadang-kadang menghitam sedikit. Cuma hari ini, saya merasakan sesuatu yang berlainan. Hati saya terdetik. "Kenapa lain awan hari ini?.SubhanAllah apa yang saya lihat melalui penglihatan yang Allah pinjamkan pada saya itu sungguh berbeza pada hari ini. Cantiknya awan tu"

Saya bukanlah mempunyai hobi memerhatikan awan setiap hari tapi selepas saya berada di negara orang, saya merasakan awannya itu sangat cantik. Tak puas rasanya melihat awan-awan di sana. Setelah pulang, saya tidak lagi begitu berminat untuk memerhatikan awan kerana bagi saya tidak cantik.

Kembali kepada cerita di dalam lrt. Awan pada waktu itu saya rasakan sungguh cantik sehingga saya boleh terdetik mengatakan eh ini macam sama dengan awan di Oz (Australia). Saya tersenyum sendirian. datang dalam fikiran saya satu perkara. Saya makin menyukai Malaysia. Ada banyak maksud di situ. Mungkin orang akan mengatakan ah sombong la budak ni. Macam la sebelum ni tak pernah duduk Malaysia, baru 2 tahun berada di negara orang sudah berpendapat begitu dan begini.

Saya rasa perasaan membandingkan antara Malaysia dan negara orang memang wujud seolah-olah ia adalah satu simptom biasa bagi mereka yang baru pulang. Bukan sengaja tetapi secara tidak langsung itu terjadi. Saya yang pulang ini , bukannya sama seperti saya yang pergi dahulu. Jadi, cara melihat seuatu itu sudah berbeza. Tapi sudah tentu Malaysia itu terbaik cuma mengambil sedikit masa untuk mengakuinya. Mungkin orang yang mempunyai pengalaman seperti saya akn bersetuju dengan saya.

Awan .. oh awan...
Semakin cantik ya awan di malaysia pada pandangan saya. Terdetik di minda saya menyamakan awan itu dengan tarbiyah dan dakwah. Saya makin menyukai tarbiyah dan dakwah di Malaysia. Mungkin kerana itu saya merasakan awan di sini makin cantik. Tidak saya nafikan sebelum ini, awan di Australia atau tarbiyah dan dakwah di sana sangat saya rindui. Sungguh ideal tempat itu dengan biah solehahnya untuk membaikkan manusia dan segala-segalanya seolah-olah perjalanan cerita yang boleh dibukukan menjadi novel. Agak lama masa yang saya ambil untuk menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Tapi saya sedar sampai bila harus saya berada dalam alam fantasi? Sudah tiba masanya saya berada di alam kenyataan iaitu medan sebenarnya.

Biarlah dalam kotak ingatan saya, awan di Australia itu sungguh indah dan semoga ia tetap indah. Dan biarlah sekarang, dalam kotak ingatan itu, terselit awan di Malaysia yang saya rasakan makin indah dan makin indah.

p/s: Moga diperteguhkan hati dan langkah di jalan ini...insyaAllah






Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;(Ar-Rum: 48)


Awan itu rahmat dariNya..

Wallahualam..

3 comments:

soliloquy said...

saya rindu nak tengok awan berkepul-kepul juga :(

nurilahi said...

to sas: kenapa?? kat egypt tkde awan yg cmtu ke?

soliloquy said...

takde awan kepul-kepul.
langit luas dengan bahang je ada skrg ni.