Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri
tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen.kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami
isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk. Abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk
solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam,sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang.
Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. subhanallah... adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk...
ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH.
Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan
kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2. Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.
Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk menagmbil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah
sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.
Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2... hari ni ayah nak beri kuliah
mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan.subhanallah... bila ditanya kpd
si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sblm mati. Mereka berharap agar
anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka
semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...
cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai
anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka
yg lebih dewasa...subhanallah...alhamdulillah... moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya masih belum berumahtangga....
"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHWAH"
Tuesday, January 1, 2008
Tarbiah Islamiah dalam keluarga Islam 2
Sunday, December 30, 2007
Dosa yang membukakan pintu syurga

Hidup ini hanya curahan rahmat, kasih sayang dan bukti kecintaan Allah kepada hamba-Nya. Setiap sisi, dinding, celah dan rongga kehidupan ini sepenuhnya tak ada yang kosong dari kemurahan dan kasih sayang Allah SWT. Kita memang tak mempunyai modal apa pun dalam kehidupan ini. KeranaNya, bersyukur dan berterima kasihlah pada Allah atas semuanya.
Kalau pun ada amal-amal kebaikan yang kita lakukan dalam hidup, itu juga tak pernah lepas dari kurnia Allah dan dengan pertolongan-Nya. Kerana kita pasti beramal dengan pendengaran, penglihatan, fikiran, kekuatan, kesihatan, anggota tubuh, yang semuanya semata-mata adalah nikmat dan kurnia Allah. Sangat agung sekali perkataan Ahli surga yang di kutip didalam Al Quran: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada (syurga) ini." (Al:A'raf : 43). Mereka bersyukur pada Allah yang telah membimbing mereka melakukan amal-amal soleh dan memasukkan mereka ke dalam kenikmatan syurga yang abadi.
Kerana itu ikhwah, akhawat
Jangan pernah puas beramal, jangan pernah berhenti beramal kerana melihat dan menghitung amal dan ketaatan yang telah kita lakukan. Kerana memperhatikan amal-amal kebaikan akan menumbuhkan perasaan cukup dan kemudian menjadikan kita merasa puas. Padahal rasa puas itulah yang akan melemahkan semangat dan menghancurkan nilai-nilai amal itu sendiri. Ingatlah, kita tidak pernah tahu nilai dan kualiti amal itu di hadapan Allah SWT. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah membangkitkan masalah ini. Katanya, setiap amal baik yang dilakukan, pasti ada bahagian dari nafsu dan syaitan di dalamnya. Ia mengutip sebuah hadits Rasulullah SAW saat ia ditanya mengenai orang yang menoleh ke arah lain dalam solatnya. Kemudian Rasulullah menjawab, "Itu adalah rampasan yang dilakukan syaitan terhadap solat seseorang..." (HR Bukhari, Abu Daud, Nasai dan Al Hakim). Ibnu Mas'ud mengupas hadits ini dengan mengatakan, "Bahagian kecil dan sedikit itu dianggap sebagai keuntungan bagi syaitan terhadap solat seseorang. Bagaimana dengan amal-amal yang lainnya?"
ikhwah, akhawat
Ada alasan lain kenapa kita dianjurkan untuk tidak menghitung-hitung ketaatan dan kebaikan yang telah dilakukan. Seorang salafusoleh pernah mengatakan, "Adakalanya seorang melakukan kesalahan kemudian masuk syurga dan adakalanya seorang hamba melakukan ketaatan lalu ia masuk neraka." Orang-orang yang mendengarkannya bertanya, "Bagaimana itu akan terjadi?" Ia menjawab, "Dia membuat dosa dan dosa itu selalu tampak di matanya. Jika berdiri, duduk dan berjalan ia selalu teringat dengan dosanya itu lalu membuat hatinya hancur, bertaubat, menyesal dan memohon ampunan kepada Allah, sehingga keadaan itu menjadikannya selamat. Sementara orang yang melakukan kebaikan, selalu melihat kebaikan itu di depan matanya. Jika ia berdiri, duduk dan berjalan ia selalu ingat dengan kebaikan yang ia lakukan, sehingga ia menjadi takabbur ujub dan merasa telah mendapatkan kurnia Allah SWT. Padahal kondisi itu menjadi sebab kebinasaannya.
Sungguh dalam, makna perkatan yang diuraikan oleh Ibnul Qayyim mengulas perkataan salafusoleh itu. "Jika Allah menghendaki suatu kebaikan pada seseorang hamba, maka Dia akan saja memberinya dosa yang membuat hatinya hancur, kepalanya menunduk, tidak ujub dan tidak takabbur sehingga dosa ini lebih bermanfaat dari sekian banyak ketaatan. Taubatnya inilah yang akan menyelamatkannya. Seperti ubat yang diminum untuk mengeluarkan penyakit di dalam tubuh."
Taken from anonymous
Monday, December 24, 2007
Solatlah di awal waktu….
Sehari semalam
Itu kewajipan yang diperintahkan…”
Best jugak nasyid ni kan....kalau tak silap, nyanyian kumpulan Solehah...So, kalau kita dah tau ia benda yang wajib, kalau tk buat confirm berdosa...
Jom kita perhatikan ayat ini...Allah berfirman dalam surah (An-Nisa’:103)
”Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya”
Solat itu juga merupakan tiang agama..Jika elok solat seseorang itu, insyaAllah elok smuenye yang lain..mksd saya amal yg lain. Dan jika seseoang itu menjaga akan kualiti solatnya, solat itu sendiri InsyaAllah yang akan mencegah dia daripada melakukan kemungkaran.
Dalam kita duk bersolat, apa salahnya kita awalkan waktu solat kita..ops jgn salah faham ye...bukan solat sblm masuk waktunya tetapi solat di awl waktu...
Pernah Rasulullah S.A.W ditanya.”Ya Rasulullah, amalan-amalam apakah yang lebih utama?” lalu baginda SAW menjawab..”Solat tepat pada waktunya”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, saya ingin menyeru kwn-kwn sekalian, muslimin muslimat dan mukminin mukminat termasuk diri saya sendiri supaya bersegera dalam bersolat..Jangan kita bertangguh lagi...Tinggalkan dulu kerja-kerja dunia tu sekejap...Solat pun tkla ambil mase smpai setengah jam kn..Tapi jgnla pulak smpai seminit je kn...Kalau Allah bleh ad mase ngan kita, tkkn kita hambaNya ini tkde mase untuk khaliq kita kn...
Nak tau satu hadis tk pasal solat ni???
Rasulullah S.A.W bersabda:
” Barangsiapa bersolat tepat pada waktunya dgn melengkapkan wudhuknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: ”Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku.”Tetapi barangsiapa yang bersolat tidak di dalam waktunya yang ditentukan dan tidak melengkapkan wudhuknya serta tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu akan naik ke atas dalam keadaan hitam legam sambil berkata: ”Semoga Allah menyia-yiakan dirimu sebagaimana engkau menyia-yiakan aku”. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki Allah, ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul kepada muka pelakunya”
(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaki)
Nauzubillah....takut tk diri kita setelah membaca hadis di atas???Janganlah solat-solat yang kita lakukan itu hanya sia-sia dan tidak diterima oleh Allah...Time solat tu, kita lupakan hal2 dunia..insyaAllah bleh kusyuk..walaupun susah untuk mencapai tahap kekusyukkan seperti solat para nabi,para sahabat serta alim ulama yang lain, kita cubalah berusaha untuk khusyuk dlm solat kita...
Ingat ye kwn2....solatlah di awal waktu...sama-samalah kita mengambil iktibar, amal dan sampaikan-(ayat famous time kat skolah dulu...hehehe..tp bkn ayat saya la...)
Wallahualam.....
Thursday, December 20, 2007
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk"
Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:
"Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.
Source: http://virtualfriends.netWednesday, December 12, 2007
Reality Talent Show - (New Version)
Cuba bayangkan kalau hari ini kita tidak ada Malaysian Idol, ataupun Akademi Fantasia ataupun Audition mahupun Bintang RTM? Dan rancangan-rancangan ini didantikan dgn rancangan yg berbentuk Islamik. Pasti rmai bakal ustaz akn dilahirkan.
Apa akan jadi kalau....
- Who will become an Ustaz
Reality show yang akn menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akn ditempatkan disebuah madrasah dan akn diuji ketahanan dari segi membaca Al-Quran, menunaikan solat wajib, solat sunat, azan dan lain-lain....
Setiap minggu akn diadakan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yg juga akn disiarkan secara live dikaca televisyen...Peserta akn dinilai oleh juri professional (30%) dan sms penonton (70%). Pemenang akn mendapat pakej haji percuma.
- Akademi Islami
Reality show yg mengambil 12 budak-budak yg telah sesat dan rosak akhlaknya. Merka ditempatkan di sebuah banglo, dan akn diajar cara hidup Islam. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakah kepakaran dalam Islam yang telah mereka pelajari, di hadapan penonton secara live. SMS penonton akn menentukan peserta yang layak untuk menang(pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis dan menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akn dikurung dan dipacakkan dgn 13 kamera CCTV.
- Muslim Idol
Reality show untuk mencari pnceramah Isalam terbaik di
- Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Isalm Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diaajar cara membaca secara tartil, menghafaz Al-Quran dan berlagu. Peserta yg berjaya akn mendapat nur Quran.
- Audition
Ranacangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dlm bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akn diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masduk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.
Hm….Bagaimana? Cerah masa depan anak-anak kita. Selain dapat dunia, akhirat turut sama mengimbangi amalan. Sekarang, kita kembali semula ke alam nyata yang rasanya...hmmm....fikirkan....
Sunday, December 9, 2007
Tanda kematian utk. Org. Islam
Firman Allah SWT;
Bermaksud;
"Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Sandaran Cinta-(Saff-One)
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tidak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi
Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian
Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa
Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa
Mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja takwa kepadaNya
Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hati ku selamanya
Namun cinta sejati suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Melalui cintanya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta kepada Tuhan yang Esa
Kerna dirimbun kasihNya mengubat lara
Tak ketemu kecewa, hanyalah bahagia
Tarbiah Islamiah amat perlu dalam sesebuah keluarga Islam
Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali KWJ yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat. Begitu juga Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar. Usamah merupakan anak kepada tokoh Islam iaitu Zaid bin Harithah(anak angkat Rasulullah SAW). Usamah dibesarkan dalam perhatian dan kasih sayang baginda Nabi SAW terutama selepas syahidnya ayah Usamah dalam perang Muktah. Rasulullah SAW sendiri yang mengasah potensi dan bakat yang ada pada Usamah bin Zaid. Buktin kehebatan Usamah dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai panglima perang dalam umur belasan tahun.
Selain itu, ada satu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar menjadi khalifah yang menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana peribadi seorang anak adalah cermin kepada peribadi ibu dan bapanya. Pada suatu hari, Saidina Umar telah meronda Madinah untuk melihat kehidupan rakyatnya. Ketika melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, semua kanak-kanak bertempiaran melarikan diri kerana aura tegas pada Amirul Mukminin melainkan seorang budak kecil. Saidina Umar bertanya dalam keadaan berseloroh, ”Hai budak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan-kawan kamu yang lain?”. Maka budak itu menjawab, ”Mengapa aku nak lari, aku tidak berbuat apa-apa kesalahan.”. Tertarik dengan keberanian dan ketangkasan budak kecil itu, maka bertanya Saidina Umar dengan penuh teruja, ”Siapakah ibu dan bapa kamu?”. ”Ibuku Asma’ binti Abu Bakar dan bapaku Zuber Al Awwam” tukas budak kecil itu. “Patutlah kamu seorang yang hebat kerana kamu mempunyai ayah dan ibu yang hebat” ujar Saidina Umar. Anak kecil itu ialah Abdullah bin Zuber yang akhirnya membina nama besar dalam sejarah Islam.
Ini pula artikel yang saya ambil daripada anonymous…
Seorang ibu adalah Madrasah
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih.....
Sedar atau pun tidak, hakikatnya seorang ibu adalah madrasah.
Berjayanya ibu-ibu di Palastine melahirkan anak-anak yang memerangi senjata
jiwa jihad.
Sebuah kisah di negeri berdarah, ungkapan kata seorang anak kepada
ibunya..." Wahai ibu, jangan dinantikan kepulanganku, kerana pergiku dengan
satu matlamat ...supaya aku mati syahid...".
Sungguh gah hati seorang ibu, kerana melahirkan anak yang berjiwa pejuang.
Ibu adalah madrasah para syuhada'.
Berkata seorang penyair....
" Seorang ibu adalah madrasah. Apabila engkau mendidiknya, bererti engkau
sedang menyediakan satu generasi yang unggul.”
Satu generasi yang bakal dilahirkan oleh muslimah-muslimah yang sedang
mentarbiyyah dan ditarbiyyah...iaitu satu generasi Rabbani. Tangan yang
menghayun buaian, dapat menggegarkan dunia....
Wallahu’alam
Monday, December 3, 2007
Berhijablah wahai saudariku....

Apa yang menghalangimu untuk belum BERHIJAB wahai saudariku??
Hijab adalah pakaian wanita muslim yang menutup bahagian kepala sehingga kaki. Bagi orang ramai, masalah hijab mungkin masalah sederhana. Padahal sesungguhnya, ia adalah masalah besar. Kerana ia adalah perintah Allah SWT yang tentu di dalamnya mengandungi hikmah yang banyak dan sangat besar. Ketika Allah SWT memerintahkan kita suatu perintah, Dia Maha Mengetahui bahawa perintah itu adlah untuk kebaikan kita dan salah satu sebab tercapainya kebahagiaan, kemuliaan dan keagungan wanita.
Seperti firman Allah SWT: “Hai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali kerana itu mereka tidak diganggu”(Al-Ahzab:59)
Di masa kini banyak alasan atau sebab yang sering dijadikan alasan mengapa para wanita enggan untuk berhijab, di antaranya:
- Iman itu letaknya dihati bukan dalam penampilan luar.
Memang benar iman itu letaknya dihati tapi iman itu tidak sempurna bila di hati saja. Iman dalam hati semata tidak cukup menyelamatkan diri dari Neraka dan mendapat Syurga. Kerana definisi iman menurut jumhur ulama Ahli Sunnah wal Jamaah: ” keyakinan dalam hati, pengucapan dengan lisan dan pelaksanaan dengan anggota badan”. Dan juga bercantum dalam Al-Quran setiap kali disebut kata iman, selalu disetai dengan amal seperti: ” Orang yang beriman dan beramal soleh....”. Kerana amal selalu beriringan dengan iman, keduanya tidak dapat dipisahkan.
- Allah belum memberikanku hidayah.
Orang yang seperti ini berada dalam kekeliruan yang nyata kerana orang yang inginkan hidayah dan ingin orang lain mendoakan dirinya agar mendapatkannya, ia harus berusaha keras dengan sebab-sebab yang boleh menyedarkannya sehingga mendapat hidayah tersebut. Seperti firman Allah: “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka”. (Ar-Ra’d)
- Takut tidak dipandang lelaki
Syubahat ini dibisikkan oleh syaitan dalam jiwa kerana perasaan bahawa para pemuda tidak mahu bergaulnya kecuali jika dia telah melihat badan, rambut, kulit dan kecantikan dan perhiasan si gadis. Kecantikan bukanlah merupakan sebab paling utama dalam pergaulan, tetapi kerana perwatakan dan budi bahasanya. Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Wanita itu dinikahi kerana empat hal; iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang berpegang teguh dengan agama,(jika tidak) nescaya kedua tanganmu berlumur debu. (Al-Bukhari)
Santapan rohani
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,
beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan
Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim
ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.
Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.
Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).
Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :
Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!
Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.
Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak
- bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.
Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!
Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah - olah kandang kibas tidak pernah wujud!
Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah
yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.
Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :
"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)
"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 1)