Thursday, May 29, 2008

Akibat buat maksiat


Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan


Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menghalangi Rezeki


Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.


by: masrurah
taken from iluvislam.com

Monday, May 26, 2008

Full time muslim...Not part time muslim

Assalamualaikum..dah agak lama tidak mengepostkan apa-apa entry..bukan tidak mahu tapi agak buzy sedikit dengan aktiviti-aktiviti luar...Last weekend, I went to Malaysian Hall in Randwick. Ada open day and boleh makan masakan Malaysia..Alhamdulillah..berbaloi dengan bayarannya kerana makanan-makanan tu semuanya superb..very delicious..lagipun I'm craving for Malaysian food.Nak buat yellow sticky rice sendiri?adeh manalah eden reti.?hehe..time tengok menu tu tertanya-tanya sendiri.. apa dia yellow sticky rice ni??rupanya pulut kuning(kat Terengganu panggil nasi kunyit)...wah dah bertambah satu vocab baru hari tu..haha..macam-macam makanan yang dimakan hari tu..ais kacang pun ad..satay pun ad..tp mahal la..5 cucuk for 5 dollar.kalau kali ngan 3, dah rm 15 tuh..tp takpe la kan, bukannya senang nak dapat..okey la...

o ye..last thursday, ada satu pengalaman yang baru first time saya alaminya...I had a tutorial class on that day. Then, my lecturer assigned us with the task which needed to be done in group.So, 3 people in a group and my other two group members are mat saleh..one guy and one lady..lepas tu, disebabkan saya tak pernah bercakap pun dengan lelaki itu, die pun tegur la..nama dia James kot kalau tak silap..then die hulurkan tangan nak salam..ah sudah..nak buat macam mana ni..nak salam kan dosa pulak..tak salam kan dia yang malu pulak sebab duduk depan kelas masa tu..nasib baik akal dan iman berinteraksi dengan baik...terus cakap ngan dia..Im sorry I cant...by the way I'm fariena...lepas tu, die senyum dan cakap..oo it's okey..mintak-mintak la dia faham..ingatkan lepas habis kela tu, nak pergi terangkan kat dia tapi tak sempat sebab dia in a hurry kot..rushing je keluar kelas..Takpe la..

Cuma satu yang saya terfikir, kadang-kadang non-muslim ni mesti pening jugak tengok muslim ni sebab ada jugak yang sambut salam diorang..ada yang bertudung dan ada yang tidak..ada yang main redah je makan semua benda dan ada yang jaga halal dan haram makanan tu..ada yang main pegang je anjing siap usap-usap lagi dan ada yang bagitau non-muslim yang muslim tak boleh pegang anjing..macam mana tu??

MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHAN

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu" (Al-Baqarah:208)

Setiap insan yang bernama orang Islam itu adalah cermin kepada Islam itu sendiri..Kalau beginilah yang dipamerkan kepada non-muslim, apa agaknya tanggapan diorang terhadap agama kita ni? Sedih jugak bila memikirkan situasi umat Islam sekarang..Kita nak berdakwah, tak payah pergi jauh-jauh..orang sekeliling kita itu dulu yang perlu kita dakwah dulu. Ada yang bercita-cita mahu ke Palestin sana untuk berjihad, alhamdulillah syukur adanya umat yang begitu perihatin terhadap nasib saudara sesama islam kita. Tapi tanggungjawab kita adalah terhadap orang yang di sekeliling kita dahulu...Dan ada juga segelintir daripada kita yang hanya bersifat pentingkan diri sendiri.."Aku je yang nak jadi baik.." atau "Jangan pedulikan orang lain..yang penting amal ibadah aku ni ha"..Ada satu riwayat pada zaman dahulu, kalau tak silap saya, zaman nabi Musa... dimana terdapat seorang lelaki yang selama 40 tahun, dia hanya beribadat..tapi dimasukkan ke neraka kerana dia hanya beribadat seorang diri dan tidak menghiraukan orang di sekeliling dia...

Apa agaknya cara yang boleh kita lakukan untuk memperbetulkan diri sendiri dan orang sekeliling kita?Setiap perbuatan yang kita lakukan itu pasti ada mata-mata yang melihatnya..Akhlak sebagai seorang Islam perlu ada untuk dijadikan contoh buat yang bukan Islam. Bukankah Rasul jujungan kita (qudwah hasanah), berjaya menambat hati golongan musyrikin dengan berakhlak baik? Dari mana datangnya akhlak yang baik itu, sudah tentulah daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Pada pendapat saya, untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak baik itu, perlunya kepada pemahaman terhadap isi-isi Al-Quran dan As-Sunnah itu terlebih dahulu. Di mana boleh dicari perkara seumpama ini? Tentunya di majlis-majlis ilmu..Oleh itu, sahabat sahabiahku, kalau ada usrah atau majlis-majlis ilmu, hadirilah...kerana salah satu cara untuk mengislah(ubah) hati ke arah kebaikan adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu..Dah jauh saya melalut ni..Tapi untuk kepentingan bersama...semoga kita bersama-sama menyedari hal ini dan mengambil langkah untuk mengubahnya.

Firman Allah:
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik"
(Surah Yusof:108)



Wallahualam...


Monday, May 19, 2008

Utusan pada hati-hati di luar sana


Buat hati-hati teman fillah di dunia sementara, di akhirat kan kekal selamanya..

Apabila dikatakan semuanya yang dinikmati di alam fana ini hanyalah pinjaman, memang benar.. sekecil2 perkara sehingga sehebat-hebat benda yang dikecapi, ianya tidak lain tidak bukan, pinjaman dari Yang Maha Pemberi kepada hamba-hambaNya di bumi.. tidak kira pilihan yang dibuat oleh mereka yang pilih untuk tunduk padaNya ataupun tidak.. Begitu juga dengan hati-hati di dalam sanubari setiap insan di dunia ini..

Hati yang diertikan bukannya hati yang mampu dilihat secara fizikalnya, yang dipelajari di bangku sekolah setibanya waktu cikgu biologi masuk untuk menerangkan ciri-ciri dan fungsinya..
Namun, hati yang ingin dimaksudkan, hati yang lahir dari dalam jiwa nurani setiap insan.. di mana setiap perkara, perlakuan, percakapaan yang dilakukan di gerakkan oleh hati ini.. andai yang menggerakkan kenderaan di jalanan adalah engin yang terletak di dalamnya.. ketahuilah,hati lah yang sebenarnya engin penggerak dalam tubuh manuisa.. biarpun secara medikalnya, jantung yang memastikan aliran darah tiba pada tempatnya pada waktunya..akan tetapi, ia bukanlah neraca timbangan dalam setiap perkara yang dilalui.. hati inilah yang menentukan neraca yang kan ia gunakan dalam membuat keputusn Andai engin kenderaan perlu diservis setelah ia bergerak sejauh xxKM, ketahuilah, begitu juga hati insani.. dan sesungguhnya, hati-hati setiap insan, jauh lebih banyak bergerak, berkerja berbanding engin di dalam kenderaan jalanan..

Jesteru itu, hati-hati ini perlu sentiasa diservis, berulang kali.. bukan hanya setelah ia lemah, baru hendak diperbaiki..
Pabila ingin membeli kenderaan bermotor ini, pasti yang mampu beraksi dengan baik menjadi pilihan.. Dan hati-hati insan di dunia ini.. bagaimana untuk menjadikan diri tampil ke hadapan, biar tampak di dalam jutaan hati-hati lain di kala hati-hati ini semuanya tampil menghadap Ilahi?

Biarpun tahu hati diri tidak mungkin setanding para rasul dan nabi.. tidak mampu sebaris beratur dengan para sahabat.. tidak layak untuk berkumpul bersama mujahid-mujahidin.. namun, ketahuilah.. keberadaan di dunia ini, di akhir zaman ini, ada kelebihan yang diberi.. kerinduan nabi untuk berjumpa di jannah nanti.. hanya kerana hati-hati ini tulus ikhlas bergerak menuju Ilahi biarpun tidak sempat bersama nabi untuk menyiarkan panjiNya di muka dunia..tiada dorongan yang langsung (berhadapan) darinya..


Sebagai da'ie yang dipilih oleh Yang Maha Esa.. Maha Mengetahui.. hati-hati yang bersemi di dalam sanubari, insyaAllah sudah mula beroperasi dengan giat dan proaktif.. Oleh itu, sentiasalah melawat hati diri, agar mudah dikesan di saat ia mula lelah... mula hadir garis-garis kurang sihat.. Apabila dapat dikesan di awal waktu, sudah pasti senang untuk diubati.. kerna masih lagi tidak severe injury yang di hadapi.. jangan ditangguh untuk diubati.. jangan biarkan ia sendiri tanpa follow-up yang kerap.. kerna keseorangannya mampu mengajak kehadiran mereka yang tidak diundang.. yakni, si dia yang berjanji untuk merosakkan hati-hati mu'min mu'minin di dunia..

Untuk memastikan hati-hati ini agar tetap sihat.. antara servis yang boleh dilakukan oleh jasad-jasad yang memikul hati-hati ini adalah...
bibir tidak lekang dari zikrullah dan istighfar..

zikrullah
mengingatkan hati bahawa ia masih lagi belum mencapai matlamat.. hadirnya ingatan pada Ilahi.. menjadi daya tolakkan pada hati untuk kembali beroperasi dengan kesungguhan yang baru

istighfar
melahirkan rasa tunduk dalam hati.. agar tidak riak dalam setiap amal yang dilakukannya, digerakkannya..

dan juga perlunya doa sentiasa..dan bukan hanya sekadar selepas solat ataupun saat hendak menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan.. Doa-doa mendekatkan hati pada PenciptaNya.. kerana ia tahu, segala keputusan yang dibuat, semuanya di gerakkan oleh ilham dariNya.. dan seandainya ia terjatuh ke kawasan laranganNya, maka, kan gelap hitamlah pandangannya pada sekitarnya.. Doa bisa menundukkan hawa nafsu yang sentiasa kan cuba menggoda hati, manariknya kuar dari pendirian untuk melalui fitrah ia dicipta..

Tidak lupa pada hadiah dariNya pada umat Muhammad (saw).. kalamullahNya yang diaturkan di dalam Quran.. perlu hati-hati ini sentiasa menghayati peringatan dariNya, kisah-kisah yang ingin disampaikan buat mengubati kegusaran hati para insan, hukum-hukum yang digariskan untuk dipatuhi agar hidup di muka bumi tidak rusuh..
tilawatilkan ia, tadabur kan maksudNya.. kiriman khas kalamullahNya buat para hamba yang memilih untuk menerimanya.. Biapun kan sentiasa sibuk hati-hati ini.. dalam mengerakkan jasad di mana ia bersemi.. ketenangan masih mampu ia kecapi, andai ia disogokkan bekalan-bekalan yang dikatakan tadi.. (zikrullah, istighfar, berdoa, tawatil quran).

Tiada yang mampu dikongsikan lagi dari hati ini di kala ini.. hanya satu harapan yang dibawa.. agar tatapan mata-mata yang meratapi perkongsian hati disini, akan membawa satu message yang kan dibawa ke dalam hati milik mata yang memilih untuk mendengar tatapan hati ini.. dari hati untuk hati..


------------------------------------------------------------------------------------------------ setiap pilihan hati-hati hambaNya, tidak mungkin dapat dinilai sekadar pandangan insan di dunia, semoga hati-hati di sini benar-benar telah memilih jalan yang hakiki, jalan yang tidak bersimpang dari matlamat menuju Ilahi biarpun ia penuh ranjau dan tusukan berduri kan hati-hati ini teguh berdiri, melaksankan tugas selagi ruhnya miliknya tidak dibawa pergi.. ------------------------------------------------------------------------------------------------

oleh iSL_ft
taken from
bahantarbiyah.info

Saturday, May 17, 2008

Ukhtiku sayang


Saat kuncup mulai memekar
Saat mentari menyinari
Saat keindahan tampak memukau
Saat itulah si kumbang mulai terpukau

Wahai bunga indah di taman
Yang bersenandung sejuta impian
Yang bermimpikan tentang kehidupan
Yang memendam sejuta keinginan

Bungaku..sejuta pesona mewarnaimu
Sejuta arena menemanimu
Dan..sejuta bencana mengintaimu
Jadikanlah duri sebagai perisaimu

Bungaku, ada perlindngan yang abadi
Ada cinta yang hakiki
Ada kasih yang tidak bertepi dan pantas
Menjadi tambatan hati
Dialah Ilahi Rabbi..

Friday, May 16, 2008

Terima kasih guruku...




Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Salam alayk...16 Mei- Sambutan hari guru di Malaysia...Teringat pula saya pada kenangan bersama guru-guru di sekolah dulu..rasanya untuk me'recall' kenangan di sekolah rendah agak terlalu jauh..So, im just recalling about my secondary school..Well, i was not a good student in terms of academic stuff but still my teachers never underestimated me. They always gave supports in all situation. However, at that time, still innocent, not knowing the importance of studying. Just study because others did. What had happened to me at that time??huhu...

Teacher, teacher, teacher..a word which also symbolizes me..Never thought about being a teacher...but finally, my destination is here..Allah has fated me to be a teacher insyaAllah...

mama: kakak apply la TESL BPG tu..letak first choice dlm borang UPU
fariena:tak mboh la mama..malu arr jadi cikgu je..kawan-kawan lain semua amek benda hebat-hebat..takkan kakak nk jadi cikgu je...
mama: letak je dulu..nk jadi ke tak mboh ke tu crite lain
fariena: ooo.ok la klau gitu...

(dalam hati, tak mau la sgt2)..ye la kwn-kwn2 smue hebat-hebat ni.ada amek medic, engineering,cuma amek agama je tkde(hehe)...we were science stream student..malu tau jadi cikgu je..dah la budak sekolah sains..pastu jadi cikgu je..(-itu fariena zaman jahiliyyah dulu)

But now, I cant wait to finish my study and be a teacher..knape ye??
sbb jadi cikgu kerja yang mulia(-klau jadi cikgu yg benar-benar cikgu la..klau smpai capai tahap murobbi lagi bagus)..selagi ilmu yang kita sampaikn kat students diamalkan,selagi itu la pahala akan mengalir dalam diri kita. Actually, semua pekerjaan itu mulia jika semuanya dilakukan dengan ikhlas dan kerana Allah...Being a teacher is not just about finishing the syllabus but it is about teaching the students the meaning of life..and being a teacher is not just about teaching them ilmu dunia, but also ilmu akhirat..So, as a teacher to be, perlulah meyiapkan diri untuk ajar anak orang..kalau diri sendiri pun tak cukup ilmu, macammane nak ajar anak orang kn....

In different aspect, Allah SWT merupakan guru yang terbaik..Setiap kalamNya adalah merupakan ilmu bagi seluruh umat manusia..Walau habis tujuh lautan digunakan sebagai dakwat pena pun, tak terhabis lagi untuk ditulis ilmu Allah..Siapalah kita ini kalau hendak dibandingkan dengan Nya. Jadi, usahlah berbangga dengan ilmu yang dimiliki kerana semuanya datang dariNya...

Last but not least, as quoted from my lecturer in IPBA,

If a doctor makes a mistake, only one patient will die,
If an engineer makes a mistake, only one building will collapse,
If a pilot makes a mistake, only one aeroplane will crash,
But, if a teacher makes a mistake, the whole nation will destroy.

Wallahualam...

Thursday, May 15, 2008

Berhijablah kamu wahai sayangku...



Salam alayk...subhanAllah.alhamdulillah..lailahaillallah...menarik sungguh usrah pada malam ini..walaupun ianya hanya sekadar membaca mathurat, yassin dan sedikit perkongsian ilmu daripada semua orang, ia tetap sesuatu yang bermanfaat. Usrah mlm ni la yang paling best..sangat menyentuh hati..kat sini, kitorg ada giliran untuk memberi tazkirah..so, malam ni, jatuh pada giliran seorang kakak senior ni.Apa yang dia sampaikn sgt menarik dan itu saya rasakan adalah pengisian yang paling ikhlas dari dia kerana itu merupakan pengalamannya sendiri.Senior saya tu menceritakan bagaimana dia di zaman jahiliyahnya dulu hingga sinar hidayah memancar dalam dirinya. Dia menceritakan bagaimana dirinya dulu sehingga sekarang sudah memakai tudung. mungkin kalian menganggap itu hanya cerita biasa kerana ramai juga yang sering menceritakan pengalaman sendiri. Tapi, apa yang paling saya kagumi pada kakak senior saya ni ialah betapa dia berazam untuk bercerita pada orang lain agar semua berubah..agar semua orang menyedari perintah Allah yang satu ini. Kagum saya pada akak.. :)..As the introduction to her tazkirah, she showed us a video where i would be very pleased if all of you can watch it. It is an interesting video to be watched by all especially muslimah..




So, how was it??nice huh..sudah terang lagi bersuluh wahai sayangku as it is stated in the Quran that every muslimah is compulsory to wear hijab. ni, satu lagi video yang menunjukkan perangai syaitan yang sebenar..mcmane syaitan-syaitan ni menghasut kita-kita ni untuk mengikut mereka.



Kuatkan hatimu wahai muslimah kerana hasutan-hasutan itu tidak akan lekang dari kita untuk selama-lamanya..Thanks kak aini..InsyaAllah..dengan sedikit perkongsian dari akak, ramai yang akan terkesan sesuatu di hatinya..Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal untuk usaha akak..amin..Ini sedikit kata-kata untuk akak...


Sabda Rasulullah SAW: "Andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil dari usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan segala isinya"

Wallahualam...

Saturday, May 10, 2008

Aku merinduimu


Assalamualaikum wbt..hari ini bertarikh 10hb 5 dan ini bermakna esok adalah hari ibu. Serba tak kena rasanya..rindu kat mama..abah jugak..adik-adik jugak...Dah hampir 4 bulan tidak bersua muka dengan mereka..Inilah pertama kali untuk waktu yang panjang tidak bertemu..rindunya..hanya teknologi yang kadang-kadang kurang efficient ini yang menjadi penghubung, pelerai rindu..mungkin sewaktu berbual-bual di telefon, perasaan rindu itu tidak dirasai..Tetapi selepas memutuskan line tu, perasaan itu begitu membuak-buak..Itulah manusia..sewaktu orang yang disayangi berada dekat dengan diri, tidak begitu menghargai..Jarang mengucapkan kata-kata sayang..malu sebenarnya. tp itulah orang Melayu..jarang meluahkan perasaan kerana perasaan malu yang menebal dalam diri..silap tempat untuk menyalurkan rasa malu bukan??Mungkin kita boleh ubah semua tu..o ye..kembali kepada hari ibu..setiap hari adalah hari ibu..tapi mungkin dengan adanya special day untuk ibu ini, lebih mengingatkan anak-anak pada ibu mereka...hargailah ibu bapa kita..walaupun mungkin ada yang merasakan mereka tidak disayangi kerana selalu dimarahi..Tetapi bak kata pepatah melayu, marah itu tandanya sayang..


Saya nak berkongsi satu cerita..pengalaman sendiri..2 minggu yang lepas, saya berkunjung ke Newcastle..Disana, saya mempunyai seorang kawan sewaktu di sekolah dulu yang belajar di University of Newcaslte. Saya bermalam di sana..Hanya untuk menghabiskan cuti mid sem yang tersisa 2 hari sahaja lagi..Tapi satu silap saya...Saya lupa utuk memberitahu mama bahawa saya akan ke sana..kerana kalau saya mahu ke mana, saya akan memberitahu mama terlebih dahulu..Kemudian, tiba-tiba, mama message bertanyakan bilakah saya mahu menghantar gambar saya bercuti di Brisbane. Saya call mama and memberitahu bahawa saya berada di Newcaslte.Mama bertanya dengan siapa saya ke sana dan jauh ke tempat tu dengan uni saya..Saya menjawab saya berseorangan dan 3 jam menaiki train baru la sampai ke uni saya..Kemudian, saya dileteri dan suara mama sudah berubah..mama menangis rupanya..maafkan anakmu ini kerana membuatmu susah hati...betul jugak apabila saya fikirkan..dahla perempuan..mengembara sorang-sorang kat tempat yang belum pernah dijejakkan kaki..ngeri jugak bila difikirkan..Tapi alhamdulillah..Allah The Almighty ada bersama-sama..Perjalanan pulang tiada masalah dan saya selamat tiba di uni..


Itulah hati seorang ibu..ayah pun begitu juga..ini lagu untuk anak-anak kepada ayah dan ibu semua...dengarlah..






Tidak dapat kugambarkan
rindu yg lahir dari hati ini
hanya yang mampu untukku lafazkan

aku merinduimu


Terasa amat jauh diri ini
kerna kau tiada disisi

bergenang airmataku

bila terkenangkn wajahmu
ayah ibu
dari jauh ku pohon restu

doamu titian kejayaanku

nasihat darimu
kuingat selalu
tersemat di kalbu

Oh Tuhan..berkatilahku dalam mencari ilmu

Dengan redhaMu moga kujejaki tempat yang dituju



my mum



p/s: to my dearest beloved mother, Happy Mother's Day...I love you so much..There is nothing on earth that can replace you in my heart. Forgive me for all my wrongdoings in the past and in the future. All that I need are only your doa and your blessing because MAA RIDHALLAHU ILLA BIRIDHAAIL WALIDAINI (tiada redha Allah melainkan dengan redha kedua ibubapa)....

Tuesday, May 6, 2008

Rasulullah SAW bersabda:



"Tiada seorang muslim yg menderita kerana kesusahan,keletihan,kesakitan,
kerisauan hari dan
segala gangguan ke atas dirinya hatta tercucuk duri ,
semuanya akn menjadi penebus dosa dosanya
(penghapus dosa)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Berjaga jagalah kamu jgn sampai berkhalwat dgn wanita.Demi yg diriku didalam kekuasaan-nya,tidak seorang lelaki yg berkhlwat dgn seorang wanita melainkan syaitan masuk menyelit di antara keduanya . dan sekiranya seorang lelaki itu dihimpit oleh seekor babi yg penuh lumpuir yg kotor adalah lebih baik dripada ia menggesel bahunya dgn wanita yg bukan muhram dengannya." (Riwayat At Tabrani)


"Mana mana wanita yg memakai bau bauan dan ia melihat suatu kumpulan lelaki yg bukan muhrimnya dgn niat supaya tercium bau harum dari pada bau bauan yg dipakainya ,maka ia dianggap telah berzina dan tiap-tiap mata yg memandangnya termasuk hidung yg mencium bau wanginya juga dikira sebagai zina"


"Apabila seorang wanita(isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu,puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yg ia suka" (Riwayat Ahmad)


"Mana mana wanita yg melayani suaminya,meminyak rambut suaminya, menyikat jaggutnya,menggungting misainya,mengerat kukunya maka di hari akhirat ia diberi minum Allah drpada air syurga dan dia diringanka n seksaan ketika sakaratul maut(DEKAT HENDAK MATI) di dalam kubur ia peroleh taman-taman seperti taman syurga dan namanya tercatat sebaghai org yg lepas drpada seksa neraka dan selamat melintasi Titian sirat tampa menempuh kesusahan"


"Seorang wanita yg redha mengandung bayi hasil perhubungan dgn suaminya yg sah dan suaminya redha pula kpadanya,maka Allah akn memberi ganjaran pahala sebagaimana pahala puasa fisabillilah.Bila ia merasa sakit ketika ia kan melahirkan anak,maka Allah tambah lagi pahala yg tidak terkira oleh manusia kerana terlalu banyaknya.Bila telah melahirkan anak dan ia menyusu dgn susunya sendiri ,maka setiap seteguk susu Allah berikan satu kenbajikan .Bila ia semalaman tidak tidur kerna mengawasi anaknya yg menjaga anak yg sekejap menangis ,sakit dan sebagainya,maka Allah akn beri pahala seperti memerdekakan 70 hamba dalam fisabilillah dgn ikhlas." (Hadis riwayat Hassan bin Sofwan,At Tabarani,Ibnu Asakir dan Salamah yg menyusu Saidina Ibrahim anak Rasulullah SAW)


"Dunia adalah penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir"
(Riwayat Muslim)


"Sebaik baik wanita ialah wanita kaum Ansar,mereka tidak terhalang oleh perasaan malu untuk mendalami ilmu dalam urusan mereka dalam agama."
(Riwayat Bukhari)


"Tidak ada wanita kedatangan haid.(kesusahan itu) akn menjadi penebus dosa baginya yg telah lalu.Sekiranya dlm kedatangan haid ia beristigfar kepada Allah ,Allah mencatatkan baginya kebebasan dripada siksa neraka"


"Jika ia(isteri) keluar rumah tampa izin suaminya,ia dilaknat oleh Allah dan para malaikat walaupun ia bertaubat atau sehingga ia kembali ke rumah walaupun suaminya seorang yg zalim" (Riwayat oleh Al Tialusi drpada Ibnu Umar)


"Bermula di rumah yg ada di dalamnya beberapa org anak perempuan ,diturunkan oleh Allah di dlmnya dua belas rahmat dri langit dan para malaikat tidak putus putus menziarahi rumah itu" "Ciumlah anak-anakmu ,krna pahalanya setiap kali cium itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 5000 tahun "Barangsiapa yg memiliki isteri yg solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya" "Janganlah kalian mengahwini wanita kerana kecantikanya,mungkin kecantikkannya bisa mencelakakan.Dan jgn kamu kahwini wanita kerana hartanya mungkin hartanya itu bisa menyombongkannya.Akan tetapi kahminilah mereka kerana agamanya ,sesungguhnya seseoarang hamba sahaya yg hitam kulitnya dan cupingnya berlubang besar tetapi beragama ,itu lebih utama" (Riwayat Ibnu Majah ,Baihaqi)


"Sesunguhnya memandang kepada kecantikkan tubuh badan wanita adalah seumpama anak panah yg beracun drpada segala anak panah iblis
.Maka barangsiapa yg dpt meniggalkannya krna takutkan Allah nescaya Allah akn merasakan kepadanya kelazatan iman(amal ibadah) yg amat disukainya". (Riwayat Al Hakim Dari Abu Huzaifah R.A)


"Memfitnah itu lebih dahsyat dri membunuh"


"Sesungguhnya mengumpat itu lebih bahaya dripda berzina. Dosa mengumpat tidak akan diampuni Allah melaiknkan org diumpatnya itu memaafkannya"



"Tidak akan menerima Allah Taala akn sembahyang seseorang yg ada di
dalam perutnya sesuatu yg haram". (Riwayat Syeikhan dari An Nukman bin Basyir)

Sunday, May 4, 2008

Don't talk to me about Muhammad

Assalamualaikum wbt..rasanya sudah agak lama tidak berbicara mengenai junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..cahaya di atas cahaya, kelahirannya membawa rahmat seluruh alam..Lupakah kita padanya??nauzubillah..jauh sekali..oleh itu, untuk entry ini, saya merasakan wajar kita berbicara mengenai baginda..seperti biasa, saya akan bawakan kalian semua membasahkan minda dengan sebuah lagu mengenai baginda..This is a song by Dawud Ali Wharnsby...Don't talk to me about Muhammad...Dalam satu perjalanan, seorang lelaki tua telah dibantu oleh seorang lelaki muda dengan mengangkat barang-barang lelaki tua itu. Lelaki tua itu berterima kasih dan ada satu syarat yg harus dipatuhi sepanjang perjalanan. Dia mengatakan jangan sekali-kali bercerita mengenai Muhammad..Tentu kalian mahu mengetahui apa yang lelaki tua itu katakan di sepanjang perjalanan kn!!Jom kita mengembara bersama-sama dengan lelaki tua dan lelaki muda ini.

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


As our boxes, our hearts and our trusts to God open up, we are face with new challenges

We meet those with different cultures, lives, dreams and views

We meet those reluctant to feel the earth, taste the rain, lean naturally to the sun, growing to the lights of God mercy

As we share this road of life, shall we not share this gift of hope in the way that it was shared by the prophet past with the people??

Old man: It would be such a pleasure to have you come along with me

I accept your gracious offer kindness and company

But as we walk along young man

And as you help me with my load

I have only one request as we travel down this road

Chorus:

Don’t talk to me about Muhammad

Because of him there is no peace and I have trouble in my mind

So don’t talk to me about Muhammad

As we walk along together we will get along just fine

As we walk along together we will get along

That man upsets me so

So much more that you could know

I hear of his name and reputation everywhere I go

Though his family and his clan once knew him as an honest man

He’s dividing everyone with his claim that god is one

So,

Repeat chorus

He’s misled all the weak ones and the poor ones and the slaves

They think they’ve all found wealth and freedom following his ways

He’s corrupted all the youth with his twisted brand of truth

Convince them that they all are strong

Giving them somewhere to belong

So,

Repeat chorus

Thank you now young man

You’ve really been so kind

You’re generosity and smile are very rare to find

Let me give you some advice since you’ve been so very nice

From Muhammad stay away

Don’t talk about Muhammad

You will never have true peace and trouble is all you will find

So don’t talk about Muhammad

And as you travel down life’s road

You will get along just fine

Now before we part and go

If it’s allright just the same

May I ask my dear young man

Who are you what’s your name?

Forgive me what was that

Your words weren’t very clear

My ears are getting old sometimes

Its difficult to hear

Its truly rather funny though I’m sure I must be wrong

But I thought I heard you said your name is Muhammad

Muhammad


Oh talk to me Muhammad

Upon you I pray for peace for you I peace my trouble mind

Oh talk to me Muhammad

And as we walk along together we will get along just fine

And as I travel down life’s road I will get along just fine

Di akhir perjalanan, lelaki tua itu bertanya mengenai lelaki muda itu. Siapakah namanya kerana lelaki muda itu sangat baik hati. Akhirnya, lelaki muda itu menjawab MUHAMMAD..So, it is actually our prophet that helps that old man. Subhanallah.indahnya akhlak baginda..Rasa-rasanya kalau saya la yang dihina sepanjang perjalanan itu, tidak mungkin saya akan membantu lelaki tua itu. Mungkin sebelum perjalan dimulakan lagi, sudah melenting kerana marah..Itu la beza antara kita dan seorang rasul yang sangat mulia...Rindu padamu ya Muhammad..

Saturday, May 3, 2008

Untuk semua

Bismillahirrahmanirrahim..

وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat..Bagi orang-orang yang beriman (Surah Az-Zariyat, Ayat 55)

******

Berilah peringatan buatku yang kealpaan

Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan

Kerana suatu peringatan

Nasihat, panduan dan teguran

Amat berguna kepada insan nan beriman

Beri peringatan untukku dan untuk semua

Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan

Alami luahan isi hatiku yang kekosongan

Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan

Bukankah engkau khalifah

Di muka bumi membawa risalah

Kebenaran dan peringatan..seluruh insan

Alami suasana irama

Hatiku yang syahdu

Agar kau memahami rahsia

Yang terpendam di kalbu

Selamilah diriku yang sesungguhnya amat perlukanmu

Oh sahabatku...

SO, jom kite sama-sama saling mengingatkan satu sama lain...

Friday, May 2, 2008

Hikmah Kembara

Hikmah Kembara.mp3


Assalamualaikum wbt..sudah hampir sebulan tidak mencoretkan apa-apa entry dalam blog ini..Agak buzy sedikit dengan esaimen yang menimbun.(2 je pun..hehehe..)..Alhamdulillah smlm dah handed in my esaimen.Now i can focus on my blog...Tetapi sepatutnya walau sebuzy mane pun kita, jangan tinggalkan terus tugas kita yang lagi satu iaitu menyeru kepada amal makruf nahi mungkar..Itu kelemahan diri saya.insyaAllah akan diperbaiki..Owh ye berbalik kepada tittle of this entry..Last week, I joined a trip to Wollongong (Jaulah)..It is quite far from Sydney..There was 21 of us (akhowat from Macquarie Uni, UNSW and UniSyd). I had known none of them..But in that trip, we were like sisters. All of them were very nice and I found that my love for them had grown..Wish to meet them again..The trip started quite late from what had been planned as there was a a parade in the city(Anzac Day Parade)-please refer to one of my frens blog to know what Anzac Day really is (http://thetalkingpen.blogspot.com/)-(salah satu sambutan meraikan kejatuhan caliphate empayar di Turki)..So most of the roads were closed for maybe 30 minutes.

Tentatif perjalanan:

9.00- 9.30 - Bergerak ke Royal National Park
10.30-10.45 - Dari Otford ke Sea Cliff Bridge
11.15-12.15 - Sea Cliff Bridge ke Kiama Blowhole
12.45- 1.00 - Kiama ke Seven Mile Beach
3.00 - Bergerak pulang

However, kita merancang, tetapi Allah sebaik2 perancang..Perjalanan tu terdelay disebabkan kejadian yand disebutkan di atas.

Berjalan, melihat dan mentafsir....

Firman Allah,

Sungguh, pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang mukmin" (45:3)


Di sini kau berdiri
Berpijak dibumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah Yang Maha Esa

Panoramic view of Sea Cliff Bridge







Tiada beza warna, kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah
Dengan satu tujuan mencari KEREDHAAN
Dan berbudi di bumi Tuhan


Ni, somewhere di tengah-tengah perjalanan





Like a painting isn't it??


Berjalan dan bermusafirlah
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan
Untuk mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurnianya
Nilai harganya, iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia



Phot-photo di Kiama Blowhole and Seven Mile Beach tidak dapat ditunjukkan kerana photo-photo itu berada di dalam kamera senior saya..(Kamera abeh bateri di pertengahan trip)

Firman Allah SWT:

"Allah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan(hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu, janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui" (Al-Baqarah:22)



Ni view di uni (out of topic)




Renungkanlah dan berfikirlah dengan memerhatikan alam di sekeliling kita. Tersusun rapi tiada bertingkah, rukun alam seiring bersama..Itu tanda ada pencipta, singkap tauhid pada manusia..Belayar bahtera di lautan luas, seorang nakhoda perintah dijulang..Dua nakhoda pasti jadi pertelingkahan..petanda tiada dua pencipta..tiada dua Tuhan disembah..(Cinta Teragung, Mestica)

Akhirul kalam, saya ingin share satu doa yang insyaAllah boleh diamalkan oleh kita.

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka"
(3:191)

Wallahualam....